Subscribe:

Pages


Bacalah Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Thursday, October 6, 2011

Aku Nak Cari Buku tu...

Assalamualaikum,

ketik gambar ni untuk ke blog dia.

Baru ni ada kawan aku di IPBA , warid post kat FB dia yang owner blog ni ada tulis buku pasal kisah dia sebagai guru pedalaman.


So buku owner blog ni tiba2 jadi wajib-beli aku. 


Tapi dalam english la pulak. Aku ni tak faham sangat BI ni. Apsal la tak tulis dalam BM. Eh aku serkap jarang je ni sebab blog dia mostly in english.




sekian.



blog aku penuh gambar ni. Apsal tak ramai pun follow. heh.

Masaum

Assalamualaikum,

Sejak dua menjak ni internet macam merajuk dengan kami.



Dari pagi sampai ke malam, merajuk tak sudah2.

Puas kena pujuk tapi tak makan juga.




bosan,

bosan,

bosan,



Lama2 fed-up kami beralih kepada benda yang lebih happening.



Baru2 ni ada ckgu2 sekolah beli pukat. Kalau menjala di sini dipanggil merambat. Heh takde hasil pun. Dapat la dua tiga orang putera duyung.




heh, jangan pandang sebelah mata. Cikgu masaum ada dua biji perahu. Untuk memancing dan waktu kecemasan. Ni salah satu bot dah berwarna putih dah.



heh, ni kawan pandalela sedang melakukan aksi beliau di sukan olimpik baru2 ni. Berjaya mendapat emas tapi sebab china tak puas hati, dia alter keputusan dan hantar pulang atlet ni terus ke malaysia. 


Tapi sekarang tak boleh dah sebab air sudah pasang. Macam hujan di hulu. Bahaya.


Sekian, Ni entri semalam tapi kena tunggu gambar kena edit dulu. hehe.

I Hope She OK

Assalamualaikum.

Malam ni aku tido selepas maghrib. Tak banyak benda dapat buat dengan mengantuk sebab siang aku cuci kereta. Sapu ubat kasi hilang kesan2 banjir pada kereta. Lama kan tapi aku baru ada kerajinan nak buat tu tadi. Lagipun kereta dalam hutan ni, tak standartlah kalau berkilat. Kena la kotor2 sikit.

Gambar???.. Sorry entri ni takde gambar. sekian.

Jadi yang buat aku lena lagi bila internet duk merajuk tak sudah2. Ni baru ok. Baru dapat msg dari isteri yang dia dah tidur. Harap dia tidur lena. Kesian pada saat ni, aku terkilan juga sebab tak dapat nak duk sebelah dia. But dont worry ok, my prayers for you never fail insyaAllah.

Jadi sebenarnya aku takde idea pun. Just nak kongsi satu artikel dengan kamu orang semua yang baca blog aku ni. Sebab aku post sebab aku la pembaca paling setia. Jadi nanti aku nak baca balik artikel ni.

Aku malas nak komen or discuss pape. Copy and paste. Sebab aku tengah buat RPH ni.

link



You don't want to leave your family unprepared for what will happen to them financially if you do not get sufficient life insurance coverage. So planning today can provide the income your family will need if you are no longer here. Following are some reasons to consider life insurance from a company that will be there for your family. Every person and every family have their own reasons for life insurance, but the need for protection is at the base of all the needs.

Life Insurance To Replace Lost Income

People buy life insurance to replace income lost if something happens to them. It provides the capital which provides the income. Providing money for your family through life insurance is the most cost effective way even if you have substantial capital. You are buying protection for your family for pennies on the dollar.

Life Insurance Can Pay Off Debt

Debts can be difficult to pay , especially without a regular income. Life insurance capital can be used to provide income to pay off debts at the death of a loved one. If you die, the last thing you want is for your relatives to be hounded by debt collectors.

Life Insurance Pays Final Expenses

Final expenses can be large especially if there has been a long illness, along with legal, medical and funeral costs to pay. There is no real way to assess how much money will be needed but you should always plan on the maximum instead of the minimum.

Life Insurance Helps Pay For Education

Educating children is expensive and needs to be well thought out. Many people contribute funds each year but if something unexpectedly happens there may not be enough time to build up a bank for education. Life insurance helps create a cash fund that you can count on.

Finally remember that no widow or widower has ever been left too much capital through life insurance!

And Finally Life Insurance Can Provide A Pension

If you have a joint to die life insurance policy, the proceeds from such a policy or a single life policy could provide an income as a pension.

Suppose you had a joint first to die policy with your spouse. Your children grow up and leave and you are left wondering what to do with this large life insurance policy you bought to protect them. As neither of you died and the need for it has passed, you now have to make a decision.

But while thinking about this, your spouse dies and so you inherit the lump sum. It now provides you with an extra income from capital which can now be passed down the line at your death.

Considered wisely, there are not too many products as versatile as life insurance.

Monday, October 3, 2011

Gundah Gulana

Assalamualaikum.

Aku sedang gundah gulana. Ada dua benda.


#1
 Petang ni aku kepenatan mencuci pra. Lantai pra semakin kotor sebab lama tak disental. Aku memang jarang sental lantai sebab luas betul dan aku takde PPM. Hujung minggu aku sibuk. titik.

Hampir maghrib aku ready untuk memasak. Aku kuarkan ikan limpatak. Proses dan gaulkan dengan serbuk kari. Kemudian aku perap untuk beberapa minit.

Kemudian aku goreng. Siap tutup lagi guna tudung periuk sebab aku test sebelum ni macam sedap pula bila ditutup. Macam gorengannya betul2 masak sampai ke dalam.

Siap!!!

Aku dengan rumet makan masuk waktu maghrib sebab rumet aku puasa. Aku puasa sekerat hari je sebab penat memasak dan mengemas di pra. Makan dengan budak2 tengah hari tadi.

Tapi....

Rumet aku tak jamah pun ikan yang aku goreng. sentapppp!!!...

Habis aku makan, aku ambil semua ikan yang bersisa dan aku gaulkan dan beri makan pada kucing.


Now i know how my mother or my wife are going to feel if i don't event bother to eat their cooking.


(please dear readers, don't do this even in warung or kedai mamak)


#2

Aku masih tak dapat respons dari isteri aku a.k.a cyba.

Memang aku risau sangat.

Dari petang tadi lagi. Selalunya dia akan on9 samada petang atau paling lewat sebelum maghrib. Kalau aku tak on9 dia akan buzz ke YM atau tinggalkan pesanan.

Mungkin dia ada kerja atau dia ada urusan.

Mungkin dia kepenatan.

But i can't stop thinking of her.

Anyone can help me since nobody i can reach now.

wassalam.

Penyakit - penyakit

Assalamualaikum.


Bagi yang follow blog aku. Setiap entri akan ada pendahuluan. Contohnya ;

Setiap manusia tidak dapat lari dari sakit. Penyakit datang tanpa kad undangan dan pergi tanpa perlu dilayangkan kad merah. Setiap kali ada penyakit kita akan mencari ubat atau duduk diam biar je sel-sel darah putih cuba menguatkan daya imunisasi badan untuk melawan penyakit tu. Biar apapun cara, kita tetap akan berjaya dan gagal namun yang pasti penyakit tidak akan pernah serik untuk datang,

(nampak topik diulas secara umum. Ini merupakan satu ciri pengenalan)






Kemudian aku akan masuk kepada isi. Dalam blog takde masanya aku nak susun isi2 bagi cantik jer. Isi berterabur untuk menguji readers (haha) dan untuk menunjukkan idea datang kat aku tak sekata, sekejap lancar sekejap aku kena bancuh dulu air kopi pujuk2 dia datang.


Ni senarai penyakit yang aku berjaya kenalpasti,


#1
Penyakit mencontohi dan menjadikan rujukan mereka2 yang kerjanya sangat di bawah par. Kena golek seratus kali baru masuk lubang. Ini sebenarnya banyak berlaku kepada guru2 muda yang akhirnya men'tua'kan mereka sebelum masanya.


#2
Penyakit berasa kerja diri sendiri sangat sempurna. Terbaik di kalangan yang terbaik. Sering merasakan apa yang dilakukan sudah mencukupi dan sekali lagi membanding2 dengan rakan lain dan akhirnya mengatakan "korang punya kerja punya la senang bla bla bla..."


#3
Berasa diri sendiri sudah buat yang terbaik. Akhirnya pandai mencari alasan2 untuk menyokong diri sendiri. Elektrik takde la, kertas tak cukup la, panas la, murid malas la, murid malas buat kerja rumah la, murid tak datang la, ibu bapa tak sokong la, dan etc. (takdelah nak menafikan kewujudan alasan2 tu tapi berat sangat dengan alasan tu yang buat jadi penyakit)


#4
Nak buat semua benda. Planning terbaik la. Begini begitu semua pong pang sana sini. Akhirnya habuk.

(bahagian isi entri kali ni agak tersusun la. Tengok siap ada nombor lagi satu2. Tapi ni tak boleh dalam karangan SPM sebab kena buat perenggan satu2.)






Bahagian last sekali penutup/ kesimpulan. Dalam tulisan aku, penutup biasanya ulasan aku kepada keratan2 atau isu2 yang aku tampal kat entri tu, ataupun kesimpulan kepada isi2 aku dalam entri tersebut.

kesimpulan
Penyakit ini memang kena cari ubat dan dirawat segera. Mungkin sekarang kesannya tak ketara tapi untuk berpuluh2 tahun akan datang, kita takkan ke mana selagi ada penyakit ni. 

(biasa kesimpulan kena pendek jer.. panjang2 pun orang dah tak baca dah)


Entri takde gambar.

Sekian wassalam.

Sunday, October 2, 2011

tradisional vs moden vs alternatif

Assalamualaikum,


Ni hasil dari perbincangan ringkas dengan isteri. Memang banyak benda kalau kita berbincang dia senang bercambah dan menjadi sesuatu yang baik.


Dewasa ini, kita perhatikan kecenderungan orang melayu a.k.a islam di Malaysia mempunyai banyak jalan untuk masalah. Kita fokuskan di sini mengenai sakit.

Kalau dulu, hanya ada rawatan tradisional. Pernah dengar macam mana orang merawat perempuan yang bleeding sewaktu bersalin. Aku pernah tanya dengan orang kampung disini, mereka menggunakan sejenis minuman herba dari hutan, katanya memang selepas beri minum tu, darah cepat betul berhenti. Tapi katanya sekarang mana lagi mau dapat, hutan kelapa sawit apalah yang ada.

Masa berlalu, kita didedahkan dengan perubatan moden. Tokoh terkemuka dalam islam iaitu ibn sina. Perubatan mengalami evolusi saban hari melalui penemuan baru samada dari segi ubat-ubatan atau cara merawat. Mungkin sepuluh tahun lepas, orang kita takut untuk dibedah, tapi dengan perkembangan teknologi sekarang, kita ada keyakinan untuk menyerahkan diri kepada doktor.

Seiring dengan masa berlalu, terdapat perubatan tradisional yang dimodenkan atau penemuan baru yang kita boleh kategorikan sebagai perubatan alternatif. Biasanya pengusaha ini bergerak secara individu dan mempromosi dari satu pintu ke satu pintu atau sekarang dari satu web ke satu web. Kebanyakan mereka ni pula bergerak dan berkempen atas testimonial pengguna sebelumnya. (kenapa testimonial penting dalam perbandingan, sebab dalam perubatan moden doktor tidak menggunakan testimonial untuk mengesahkan produk yang diguna mereka tapi melalui ujian klinikal)


Jadi ke mana hala tuju entri ni, pernah baca buku ni.


Buku ni mengisahkan seorang kanak-kanak (bapanya kumpulan raihan tu) yang disahkan mengidap brain tumor seawal 3 ke 4 tahun. Jadi dirangkumkan dalam buku ni mengenai bagaimana si ibu dan ayah berusaha semampu mungkin untuk merawat anak mereka. Alhamdulillah sehingga ke saat ini anak ini masih mampu untuk bernafas bersama kita.



Aku boleh katakan buku ni merupakan pertembungan antara rawatan alternatif dengan rawatan moden. Ini boleh dikatakan testimonial yang agak hebat kerana dibukukan. Bahkan bakal menjadi rujukan kepada sesiapa sahaja dan mungkin antara kita, yang mungkin diuji dengan ujian seperti ibu bapa kanak-kanak ini.

Memang kalau kita berada ditempat kejadian dan hanya menjadi penonton, kita boleh cakap apa saja. Tapi cuba bayangkan kita sebagai pelakon. Mampu atau tidak kita nak buat keputusan seperti mereka ni.


Kita tinggalkan dulu buku ni, pernah baca kandungan blog ni,


Memang ni blog anti-MLM. Tapi ada berapa kandungan dalam blog ini yang membidas sesetengah dari kita yang begitu percaya dengan testimonial. Contohnya macam herbalife yang boleh mengatasi masalah gemuk, pendant Q-net yang boleh merawat pelbagai jenis penyakit, air ECPI yang lebih alkali yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit juga.

Jadi, di mana kita. Betul lah seperti ungkapan ini, tiada penyakit yang tiada ubat kecuali mati. Malah orang selalu memberi semangat untuk berusaha selagi mampu mencari apa saja cara untuk menyelesaikan masalah. Pernah dengar kes begini, seorang mengidap penyakit hati, sudah beberapa kali dibedah di hospital selayang. Turut pergi mendapatkan rawatan di tabib2 atau pengamal perubatan alternatif, akhirnya meninggal dunia juga.

Pada aku, semuanya bergantung kepada individu untuk memikirkan baik buruk. Tapi satu benda kena sematkan dalam hati, semuanya dengan izin Allah jua. TanpaNya kita tak mampu untuk berbuat apa2 hatta untuk mengangkat sebatang jarum pun. 


Kalau kita fikir2 balik memang ada rasional juga untuk mereka2 untuk mendapatkan rawatan alternatif. antaranya kos perubatan moden yang baik terlalu mahal. Memang boleh diselesaikan dengan kad perubatan a.k.a insurans tapi berapa ramai yang mampu untuk beri komitmen setiap bulan. Bagaimana dengan nasib pelajar, pekerja kelas bawahan atau buruh yang bergaji kecil.

Jadi, terpulang kepada masing2 untuk menilai. Biarlah kita jumpa seratus orang pun pakar, kita juga akhirnya yang akan membuat keputusan. Yang terbaik lakukan solat sunat istikharah. InsyaAllah Allah tidak akan membiarkan hambanya menanggung beban lebih dari kemampuannya.

sekian, wassalam.


p/s boleh sambung chatting dengan isteri balik.

HUDUD

Assalamualaikum,


Sejak dua menjak ni kalau kita baca paper atau e-paper atau buka blog2 arus perdana (hah ada pulak), kita akan perhatikan topik HUDUD. Kenapa topik hudud secara tiba populis kembali. Sejak sekian lama, hudud kurang mendapat tempat dalam perbahasan masyarakat Malaysia tapi sekarang semakin ramai pula yang berani memberi komen.


Baru2 ni aku tiba2 mengaktifkan twitter. Antara akaun yang aku follow ialah akaun obiefiend. Cuba la korang cari. Aku ada tweet dengan dia pasal hudud ni. Aku lupa plak nak print screen tapi lebih kurang beginilah;

Bermula dari komen dia pasal hudud yang aku tak ingat sangat dah macam mana,

Tapi aku tweet dia,

"the reason we cant argue hudud because the law came directly from our creator. He knows the best for his makhluk"

Tu aku tweet direct terus kat dia tapi dia tak reply direct kepada aku. Maybe aku orang biasa dan dia orang feymes gila baban, maka dia tweet secara umum dengan lebih kurang begini.

"you said the law come from your god, so how come it has so many injustices and flaws, are you saying your god is fa liable"

the aku balas secara tak direct,

"you said it has many injustices and flaws, from HUMAN point of view???"

Pastu ada beberapa tweet dia yang aku tak berani nak cakap,

"if you in JESUSLAND, the JESUSIA have a law, if dont follow JESUSLAW, should you not be called jesus followers..... and so on la"

ok cukup setakat tu untuk tweeter, lepas tu hari ni aku terbaca satu artikel pasal HUDUD dari link raja petra, SINI

Antara arguement yang aku nak terangkan (highlight) kat sini,


What if the thief was with a Chinese or Indian accomplice who was sentenced only to a few months’ imprisonment under the Penal Code while the Malay thief is now disabled and unable to get a job, and be forever publicly stigmatised?


On top of that, my rape report could also be taken as confession of illicit sex and I could be charged for zina. And even if I could produce the four men, I would be torn apart wondering why four supposedly pious and just men watched me being raped.


jadi sebenarnya apa yang aku nak kisahkan di sini,

1. Aku sendiri masih memantapkan ilmu mengenai HUDUD. Sebenarnya dakyah musuh islam mengenai keburukan undang2 islam sudah berjaya meresap ke dalam pemikiran umat islam. Umat islam sendiri menjadi takut dan gerun mendengar undang2 dari TUHANNYA sendiri iaitu ALLAH.

2. Bahayanya pemikiran logik yang tak disandarkan kepada pemahaman yang baik kepada quran dan sunnah. Sabda nabi "aku tinggalkan kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selagi mana kamu mengikutinya iaitu al-quran dan as-sunnah". Memang kita dikurniakan intelektual tapi tetap ada hadnya. Ada perkara tidak mampu difikirkan oleh kita lantas diberikan panduan dari Allah. Contohnya kejadian manusia dalam rahim, mampukan manusia hatta pada zaman sekarang untuk mengisahkan satu2 urutan2 pembentukan manusia tapi Allah mampu kerana Dia yang menjadikan kita.

kesimpulan,

Kita kena sangat berhati-hati dalam menangani sesuatu isu tambah2 lagi bila membabitkan akidah. Namun aku respek pendekatan PAS dalam membawa isu HUDUD ni. Situasi sebenarnya adalah seperti menarik benang dalam tepung.

updated sikit dari perbincangan dengan isteri,
Kita boleh tengok isu poligami juga. Memang dari segi fitrah perempuan tidak suka namun kita takleh tolak secara total kerana nabi muhammad berpoligami. Cuma yang kita nak cek balik ialah lelaki yang ingin berpoligami tu. Mampu ke bukan sekadar harta. Niat nak berpoligami tu untuk nafsu semata ke. Jadi dalam isu hudud ini, memang kita nampak zalim kerana kita nampak potong tangan dan rejam tu, tapi sekali lagi ini bukan rekaan manusia, ini dariNya. Jadi tentu ada hikmah dan rahsia yang akal manusia tak mampu nak capai. Pokoknya kita siapa untuk mempertikaikan Allah.


Aku secara tanpa ragu menerima pelaksanaan hudud. Tambah dengan undang2 ciptaan manusia sekarang yang terbukti gagal dalam mendidik manusia. Semoga kita mendapat hidayah dan inayah dariNya.



sekian, terima kasih.

Saturday, October 1, 2011

Kembara Kelana

Assalamualaikum,


Sepanjang aku berkelana, banyak aku perhatikan dunia blogging. Bukan benda yang baru dan asing bagi semua rakyat malaysia yang celik IT. Dulu masa aku sekolah menengah, kami kenal internet sebegai tempat chatting dan bermain game. Berbirat-birat kena sebat bila kantoi lepak di CC tapi tetap mahu ke CC. Masa tu memang CC tumbuh macam nak rak sebab kebanyakan sekolah memang takde komputer ataupun komputer kt sekolah tu hanyalah perhiasan untuk tatapan pelawat.




Sekarang boleh dikatakan blogging sudah menjadi kerjaya bagi dua tiga kerat. Jangan pandang sebelah mata setengah dari mereka ni lebih untung dari kita. Tambah untung bila kerja mereka sangat fleksibel kerana menghadap laptop sepanjang hari dan boleh pilih bila2 masa untuk cuti. Tapi mereka tetap kena bijak sebab untuk kekalkan rating blog bukan satu kerja mudah sebab blog baru tumbuh melata setiap hari. 




Then aku terjumpa satu blog yang aku bila ingat2 balik 3 tahun lepas pernah singgah di blog aku yang no 2 (ayat fail spm). Aku pernah ada dua blog sebab aku lupa password. Last baru aku tau rupanya kita boleh reset mana2 password. ceh. Jadi kisahnya orang ni aku track bila bila ada orang retweeted balik tweet blogger tu. Then sekali aku buka blog dia dah ada 20k followers dah. Jadi bila aku pikir2 balik, memang usaha dia untuk blogging bukan sebarang la sampai dia tersesat ke blog aku. Blogwalking rase istilahnya untuk promote dia sampai ke tahap sekarang.


Aku pula macam mana. Dah hampir 3 tahun aku blogging, apa je hasil yang aku dapat. Aku rasa takde pape kot. Nak kata ada iklan nuffnang pun takde. Iklan trader2 kain ke ubat ke lagi la jauh panggang dari api. Aku sendiri berapa kali dah on off blog ni. Ikut mood sendiri jer.


Aku boleh kata ini blog untuk self satisfaction aku sendiri jer. Aku jadi syok sendiri je bila baca balik post2 lama. Sampai rasa kenapa ada part2 yang tak masuk dalam blog ni. Tapi tak semua la boleh di blog sebab i respect my own privacy kan. heh. Ini blog aku.


OK la kot. tu jer untuk pagi ni. sekurang2nya aku sudah berjaga awl.



ada orang nasihat kalau nak tarik traffic ke blog kena letak gambar untuk setiap entri. Nah amik gambar mereka yang suci murni ni lagi. Punya seribu satu hajat dan mimpi untuk keluar dari zaman gelap. pastu entri takde gambar macam ikan singgang takde sambalnya. hahaha.

sekian, wassalam.

Friday, September 30, 2011

Layan Rumet

assalamualaikum..

sejak dua menjak ni rumet aku asyik duk melayan lagu ni.. sampai aku pun duk terhangguk hangguk kepala layan.. memang agak sedap dimakan begitu saja.. hehe..


so layan dulu.. takde mood nak serius2 lagi..





sekian, terima kasih.

Kembali Dari Kelana

Assalamualaikum,

Akhirnya kembali juga dari berkelana. Tak pergi jauh pun. Dekat2 sini jer.

Jadi layan dulu lagu dari filem fevret aku.







Apa je aku buat sepanjang aku berkelana ni..

kebanyakan masa siang aku banyak layan blog  aididmuaddib dan malamnya aku chatting dengan isteri..

Itu je untuk edisi sulung aku kali ni..

sekian, wassalam.

Thursday, September 22, 2011

Korang Nak Pilih Mana?

Assalamualaikum,


Mesti ramai di kalangan kita adalah orang yang sentiasa berada di atas pagar kan. Straight to the point, mereka yang tidak menyokong BN dan PR. Mereka ini antaranya selalu cakap macam ni,

"malas la aku nak layan, serabut kepala otak aku jer, yang sini kutuk sana, yang sana kutuk sini"

"aku tak mahu diperalatkan, biarlah aku sendiri membawa hati yang lara ni. hehe"

"risau la aku nak cakap lebih2, aku ni pekerja gomen, kang tiba2 kena dengki kang tak naya je aku, then sape nak bagi aku makan, anak bini aku nak makan pasir ke"

dan banyak lagi..


Dulu aku pun lebih kurang je. Masa pilihanraya 2004, aku berkempen untuk semua parti. aku redah pos semua parti. Sebab setiap pos biasa ada makan2. Jadi kenyang la perut. hehe. Sebab aku join je mana2 kawan aku yang ajak. Aku pernah accident masa konvoi mencari harta karun anjuran UMNO. Tapi aktiviti PAS kurang sebab kampung aku pior UMNO. Sape tak kenal area gerik.

Tapi ada benda yang buat aku terfikir, yang secara logik berdasarkan kepada pengalaman aku sendiri jer.

Benda2 ni yang buat aku rasa terpaut untuk menyokong PAS. Mungkin diri aku ni takde lah sempurna tapi kita sepatutnya berusaha untuk ke arah yang lebih baik kan.

Antaranya,

1. Aku tengok abang2 aku, memula dorg nak aktif dalam parti mesti dorg aktifkan diri dengan masjid. Abang aku pernah jadi SU cawangan. Takdelah nak cakap abg aku alim tapi di masjid lah tempat dorg berkumpul. Memang ada orang cakap mereka ini memperalatkan masjid. Tapi bila difikirkan memang masjid lah tempat untuk diperalatkan oleh kita untuk menyusun aktiviti yang membawa kepada kebaikan kan. Ada usrah, ada program islamik, ada mesyuarat. Semuanya berkitar di masjid.

Senang cerita, untuk ko mudahkan diri diterima oleh parti ni, dekatkan diri dengan masjid.



2. Lagi bila aku menzahirkan diri menyokong PAS, people expect me to do good things. Maknanya tak boleh nak kacau anak dara orang, takleh nak masuk PUB, takleh nak melepak di shopping complex. Bila aku menyokong PAS, aku mesti rajin ke masjid, tak tinggal solat, rajin puasa sunat, boleh baca quran, boleh lead tahlil dan yasin, dan sekian2. Jadi bukan ke benda baik tu, tapi takde la aku nak cakap orang UMNO tak baik, cuma tu la, apa yang aku nampak la.

Senang cerita, aku diransang untuk berkelakuan baik which is good for me.


3. Ini faktor yang menolak UMNO plak, aku dibesarkan di kalangan penyokong tegar UMNO. Memang ketidakadilan selalu jadi di kampung aku. Memang ada kemajuan tapi sepatutnya kampung aku lebih baik. Contohnya jalan raya sampai ke hari ni masih lagi tidak berturap penuh. Pernah ada satu projek membina pemancar celcom di kampung aku, jadi kira satu kilometer jalang kampung rosak teruk. Teruk yang sangat sampai abg2 aku pening kepala nak bawa kereta dorg sebab memang dah takleh nak elak lubang. Nak dijadikan cerita ada beberapa orang kampung yang marah dan tahan bos kontraktor tu. Maka bongkarlah bahawa bos tu dah beri pampasan untuk repair jalan kepada ketua JKKKK. Tapi yang hairan nape takde repair. Pastu ada kes dapat peruntukan buat jalan tapi diturapnya court sepak takraw.
Satu lagi kes, bila PR menang tahun 2008 di perak, semua barang kelengkapan kahwin macam khemah, pinggan mangkuk dan semua2 hilang lesap entah ke mana. khabarnya disorokkan. Hujahnya tu hak kerajaan UMNO. Kerajaan PAS beli la plak untuk kampung. Serabut betul. Pastu bila PR kena sanggah, barang2 tu timbul balik tapi banyak dah hilang. dah jadi harta peribadi kot.

Senang cerita, pengalaman aku dengan UMNO tak berapa baik la. hehe.


4. Lagi satu teringin aku nak tengok PR perintah malaysia.. Hari2 duk pong pang sana sini, negara berkebajikan la, demokrasi la, keadilan la. Berlambak dalam youtube kutuk Najib la, Rosmah la, BN la, apa la.. Semua tak kena. Hari2 duk cakap aku nak juga tengok macam mana la dorg ni kalau pegang Malaysia. Kalau ok bagus lah. Kalau tak ok memang aku surrender la politik Malaysia ni.
Pernah aku dengar Malaysia akan hancur, bangkrap, kacau bilau kalau PR menang. Hairan plak aku macam mana boleh ada kenyataan macam tu. Tak pernah pun aku tengok PR menang pilihanraya, jadi macam mana boleh cakap macam tu plak.
Kalau setakat pegang lima negeri tak boleh nak nilai lagi. Apa sangat la kuasa pada negeri.

Senang cerita, jom test kerajaan baru plak. JEpun rileks je tukar PM berkali2.


Jadi tu lah. Bukan aku nak pengaruh orang atas pagar ni tapi tu lah. Sampai bila kita mahu di atas pagar kan. Sampai bila mentaliti rezeki diberikan oleh UMNO. bahaya tu. Sampai bila cikgu cuma boleh cakap belakang jer. Memang ada kes cikgu dikenakan tindakan bila aktif, tapi salahkah cikgu aktif dalam politik. Selagi dia tak mengacau kerjanya aku rasa ok kan. Cikgukan SOCIAL ENGINEER.


Aku takde la nak keluarkan isu2 semasa lain. CUma pengalaman aku. Mungkin tak sama dengan orang lain sebab aku MUSTAKIM. Korang mungkin nama lain. hehe..


sekian, wassalam.

Tuesday, September 20, 2011

Terbaekkk!!!... ARE WE??

Assalamualaikum,


Ni pun antara artikel yang termasuk dalam kategori 'dah lama dah...". Aku kadang2 banyak isu nak kongsi dalam blog ni tapi aku manusia lemah tambah biasa yang mudah lupa. Tahap lupa aku makin teruk bila dua kali aku tertingal laptop. Satu masa nak balik sabah dan satu lagi tertinggal di pekan Telupid masa nak masuk ke dalam. (masa sedang mengarang ni actually sedang menunggu reply YM dari isteri, maybe dia tertido dah ni).


Dekat dua tahun aku berkelana ni sabah ni, banyak benda yang aku belajar. Ketepikan dulu soal jalan raya atau shopping complex atau bandar2 yang segan hidup mati tak mahu, kita fokuskan kepada benda yang lebih serius sikit, pasal kemajmukan agama yang ada di sini. Aku takde la nak mengulas panjang pasal jumlah penganut agama islam berbanding dengan kristian atau ape, atau nak keluarkan statistik berapa jumlah masjid dan gereja, tapi aku nak bawa satu perbualan yang aku tersentappp sangat lama dulu.




"... ko tengok itu si Ali (bukan nama sebenar), dulu masa mula2 masuk, perghhhh. Solat tak pernah tinggal. Lepas tu kalau kau lalu jak di rumah dia waktu maghrib sure ko akan dengar suara dia mengaji. Tapi sekali dia putus tunang, dia couple plak dengan satu orang kampung tu, pastu boleh plak diaorang tinggal satu rumah. Pastu tak tahu lah apa jadi. Alih2 dengar cerita mak bapak itu budak suruh dia kahwin sama itu cikgu. Sekarang macam teda sudah, macam pindah sudah dia...."





Masa ni aku duk mendengar cikgu2 senior ni duk bercerita pasal guru2 yang skandal. haihhh..Guru yang bercakap di atas adalah kristian.


Jadi apa isinya. Seorang kristian boleh bercakap macam tu. Agak2lah kan apa nilai murni yang berjaya diambil oleh kawan aku ni. Terkedu aku.



Aku dari dulu tak suka untuk bercakap banyak tambah pula pasal benda2 tak baik ni. Antara sebabnya banyak dah aku duk tengok orang yang pong pang sana sini orang ni buat benda jahat la apa la, last2 tiba2 dia plak yang kantoi buat benda tu. Sama sebijik plak tu.

Itulah cabarannya kan. Bila kita cuba berniat baik dan cuba memberi kesedaran, kita juga akan diuji. Jadi selain dari mengambil iktibar dan memberi pengajaran kepada orang lain, kita kena selalu buat check up kepada diri sendiri.



Berkaitan dengan cerita di atas, banyak betul isu yang muslim di sini yang aku rasa menyebabkan orang lain jauh dengan islam. Sebenarnya sebagai muslim, they expect us to behave, to be a good person, punctual, bersih, rajin, baik, dan segala2 yang baik2 belaka. Tapi malang dan sedih bila kita lebih bangga untuk menjadi seperti mereka demi merasakan untuk lebih mudah diterima dan cool.

Kesimpulannya, sentiasalah check diri sendiri.

sekian, terima kasih.

Monday, September 19, 2011

Merdeka, British, Komunis finale


Kita boleh perhatikan dua tiga menjak ni, ramai ahli akademik mempertaruhkan kredibiliti mereka dengan membuat kenyataan2. Ada berapa kenyataan yang aku nak highlightkan kat sini.

Tanah melayu bukanlah tanah jajahan british tapi tanah naungan british. Jadi siapa yang menentang british pada ketika itu sebenarnya menentang kerajaan tanah melayu bukan british. Jadi timbul persoalan, apa tu negara naungan apa tu negara jajahan???... Jadi negara kita tak pernah dijajah ke??? Kalau tak pernah dijajah jadi kenapa kita perlu sambut Hari Kemerdekaan.

Kemudian turut ada isu sebenarnya takde istilah british meyerahkan tanah melayu kepada malaysia tapi sebenarnya raja2 melayu yang menyerahkan kuasa kepada rakyat untuk memerintah tanah melayu melalui kerajaan raja berpelembagaan. hmm.. confius sangat kan... aku taknak komen sangat. sumber berita harian 10 september.




Mat Sabu secara peribadi tetap melawan dan enggan meminta maaf. Kalau kita enggan meminta maaf maknanya kita percaya diri kita tidak bersalah kan. 

Kata Mat Sabu, Mat Indera berjuang pada zaman pra kemerdekaan. Beliau menentang british dan pada ketika itu hanya melalui platform komunis dia dapat menentang british. Mat Indera mahu menghalau british dan seterusnya membawa tanah melayu ke arah kemerdekaan. 

Profil Mat Indera secara tiba2 menjadi sensasi. Malah menakjubkan bila mat indera termasuk dalam senarai buku pengukir nama johor. Beberapa artikel menyatakan Mat Indera sebagai seorang yang amat dihormati di kampungnya malah berlatarbelakangkan pendidikan agama. Malah turut dikaitkan dengan bapa Muhyidin Yasin.

Kisah Mat Indera selari dengan kisah yang diceritakan oleh tok isteriku. seorang guru lama yang sendiri mengaku orang jawa tidak menganggap mat indera sebagai komunis. Ceritanya mengenai bagaimana orang kampung menangkap Mat Indera memang sama dengan dalam harakah.

Jadi timbul persoalan, wajarkah Mat Indera dianggap sebagai pejuang kemerdekaan??? Mat Sabu menyatakan memang tidak salah untuk membariskan jaafar onn, tunku abdul rahman sebagai orang yang membawa kemerdekaan malaysia tetapi seharusnya disenaraikan jugak la mereka2 ni yang dikatakan sebagai haluan kiri (kerana menentang british) sebagai pencetus kemerdekaan


.

kesimpulan,

jadi sekarang, apa isi yang hendak diangkat dari isu ini. 

Adakah mat sabu pendokong komunis???
Mat Indera komunis???


dan secara tidak sengaja timbul pula persoalan lain bila isu ini disensasikan oleh UMNO>>

Umno pejuang kemerdekaan???



Aku tak berniat untuk mempengaruhi sesiapa. apa yang aku tulis hasil dari apa yang aku baca dan tengok. Mungkin tak sama dengan orang lain. Biasalah perbezaan tu kan lumrah.

hehe.. sekian.

(sorry kalau point terabur, aku ada masalah dalam menyampaikan maklumat, tegurlah mungkin aku boleh improve)

finale..

Merdeka, British, KOmunis 2


Berdasarkan pemahaman aku kepada utusan dan tv3, mat sabu dikatakan sebagai pejuang komunis kerana mengangkat Mat Indera sebagai seorang pejuang kemerdekaan. simple as that kan. 


Kenyataan Mat Sabu adalah berkisar dengan cerita Bukit Kepong. Beliau menyatakan orang yang menyerang balai polis itu iaitu Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan kerana menyerang polis british.


Bila aku tengok filem bukit kepong, apa je nilai kemerdekaan dalam cite tu? Komunis serang balai polis, polis kalah dan komunis tawan balai tu. Cuma lamanya cite tu dengan perjuangan polis2 untuk mempertahankan balai polis tu. macam mana ada isteri2 yang terkorban, anak2 kecil terbunuh. Boleh disimpulkan cite ni nak menunjukkan kekejaman komunis pada satu ketika di zaman kolonial. jadi apa kaitan dengan usaha menuntut kemerdekaan??? Siapa yang mahu memerdekakan tanah melayu dalam cite tu???

Honestly aku masih tak ingat ending cite tu sebab aku akan tukar siaran selepas adegan tembak menembak tu. heh..





Ramai yang kata umno menggali kubur sendiri bila mengangkat isu ni dengan begitu panas sekali. Kenapa???

1. Orang mula menggali balik sejarah malaysia. Sejak akhir2 ni kita boleh tengok kebanjiran buku mengenai tokoh2 haluan kiri sebelum kemerdekaan seperti shamsiah fakeh, burhanuddin helmy, dan tentunya mat indera. Semasa aku belajar subjek sejarah di sekolah dulu, topik mengenai mereka sangat tipis dan hanya menyentuh secara sepintas lalu tentang perjuangan mereka dalam PKMM, API, AWAS dan lain2.

Jadi timbul persoalan, siapa sebenarnya yang memperjuangkan kemerdekaan. Satu pihak berjaya mendapatkan kemerdekaan untuk malaysia melalui rundingan dengan british manakala satu pihak lagi tidak berjaya tercatit dalam sejarah dalam mendapatkan kemerdekaan malaysia kerana diburu british dan dianggap sebagai pro-komunis yang berjuang secara gerila dalam hutan.

Jadi kalau mereka menyokong komunis, adakah wajar mereka terus dilabel sebagai komunis. Cuba kita timbulkan persoalan 


"Siapa yang ditentang mereka???"
"Kenapa mereka menentang pihak tersebut???"


Jadi, adakah sejarah yang kita belajar sekarang mewakili sejarah sebenar negara kita???

2. It's do or die for everybody. Memandangkan tarikh pilihanraya sebagai dekat. Kurang dari setahun adalah tempoh yang sangat singkat. Jadi samada Mat Sabu dan PAS atau UMNO yang berjaya menyakinkan rakyat adalah turning point kepada kejayaan mereka. Sekarang kita lihat PAS hanya mampu membuat kenyataan media alternatif. Tapi kita perhatikan dalam media arus perdana, serangan makin diperhebatkan. Jadi sejauh mana rakyat dapat mencapai sesuatu maklumat akan memberi kesan kepada isu ini.





continue..

Merdeka, Komunis,British...


Assalamualaikum,

Sejak dari hujung ramadhan, aku agak pening2 lalat untuk menghadam cerita Mat Sabu yang dikatakan sebagai penyokong komunis. Memandangkan time tu aku kat kampung, tak banyak yang dapat aku komen sebab kat kampung takda internet. sebab sekarang selain paper, internet sumber aku untuk tahu berita panas ni..

kebiasaanya kalau ada isu aku akan buat beberapa perkara,
  • tengok tv3, baca paper. biasanya mereka ni cepat dalam kalau berkaitan dengan isu2 panas ni. lagipun ni la sumber paling mudah nak cari kan. 
  • internet. mula cari video kat youtube. lebih terang dan jelas kalau kita dengar sendiri kan ucapan orang yang berkenaan. pastu tengok blog2. status blog banyak kat facebook dan twitter.
  • tengok status FB, biasanya ramai akan update. tu bergantung kepada rakan2 fb kita la.
  • tengok sumber2 lain, sembang2 dengan kawan.
lepas tu terpulang la kepada kita untuk menilai kan. mungkin ada yang menyokong dan membangkang tapi sebelum tu biarlah kita dah tengok dan dengar dari kedua belah pihak. macam yang mat sabu cakap "berilah saya peluang untuk slot di akhbar arus perdana dan TV, sebab saya diserang setiap hari tapi langsung takde peluang untuk beri penjelasan, sekurang2nya kalau saya dah beri penjelasan rakyat boleh menilai".

betul jugak kan. teringat apa yg PM kita cakap pasal ni. dia pertikaikan bila pembangkang minta ruang dalam surat khabar arus perdana kerana katanya tu surat khabar dia. dia kata pembangkang takde pun beri ruang kat kerajaan dalam surat khabar parti pembangkang macam harakah. persoalannya akhbar macam utusan, BH, the star tu bukan akhbar parti kan. tu kan akhbar bebas jadi sepatutnya dia bebas. sepatutnya UMNO atau BN buatlah akhbar sendiri untuk menyerang pembangkang secara khusus. barulah kita kata adil. akhbar parti fokus pada parti manakala akhbar perdana tidak berpihak atau cenderung kepada mana2 pihak.

berbalik kepada kes Mat Sabu,

continue..

Thursday, September 15, 2011

lullaby

Assalamualaikum,

hari ni nak share satu lagu kanak2 sini apabila cikgu dia cakap,

"hah, siapa yang kentuttt ni???"

maka akan berkemundanglah lagu ni;


"sang-sang tut siapa berkentut dialah berbau aring, makan tikus no posak, nakarunina taik, ngarania si @@@@.....


sori, ada berapa part yang aku highlight merah tu aku tak pasti ejaan dia.




Sunday, September 11, 2011

Dah lama dah...

assalamualaikum...

tajuk blog ni takde kaitan langsung dengan kata2 mahathir sewaktu nak pencen dulu. cuma ayat tu tak habis lgi. ayat penuh berbunyi "dah lama dah nak cerita pasal ni..."

awal pagi (lebih kurang jam 4.00 am)

"cikgu... cikgu... cikgu..."
aku dan sudir terjaga. jarang ada orang yang datang ke rumah kami awal2 pagi begini. aku masing baring dan sudir yang pergi buka pintu.

"mus, air naik mus..."
secepat kilat aku teringat kereta aku.

cepat2 aku turun ke tangga. air sudah dekat side mirror kereta aku. aku ambil kunci kereta dan berenang ke arah kereta. buka pintu, cuba start tapi tak dapat. mungkin kipas dah tenggelam dan tak dapat melawan arus air.

"hmmm.... mana motor ko dir?"
"entah lah mus, semalam aku parking belakang kereta ko"
"habis lahhh..." jebon.

tak banyak yang dapat kami buat. kami berkemas, packing baju sikit2, ambil dokumen penting, angkat barang2 ke tempat yang lebih tinggi, ambil perahu dan pelan2 mengayuh ke rumah wan yang lebih tinggi. dari jauh sayu je aku tengok kereta aku makin hilang. sayup2 juga aku dengar suara kontot (kucing yang selalu mencuri makanan di rumah kami). tak sempat aku nak selamatkan dia.

menunggu siang kami tidur di rumah wan.


siangnya aku tengok air masih belum surut. jelas depan mata aku banjir di masaum. memang sk masaum selalu kena landa banjir. mungkin sebab sekolah yang dikelilingi sungai, semacam pulau pulak.


banjir di masaum jadi bila sungai di belakang menjadi terlalu besar. jadi sungai kecik di tepi sekolah tidak dapat mengalir lalu melimpah ke sekolah. macam banjir kilat juga di KL bila longkang tidak dapat menampung air lalu melimpah ke darat.


padahal malamnya hujan rintik2 jer. rupanya hujan lebat di hulu dan membawa air ke kuala. tu la bahaya bermain air sungai.

dengar cerita kampung2 di bawah menonton sahaja banjir di kampung mereka tatkala tengah panas terik.

dalam jam 2, baru air surut. kami gotong royong menarik kereta aku. perghhh.. terbaik!!! dah jadi macam kapal selam.

itu jer.. enjoy the pics below..

ni la perahu yang memang parking di bawah rumah kami. yang kami guna untuk ke rumah wan. dalam gambar wan dan hadi. 

satu2nya bangunan sekolah masaum. ni dari rumah aku. banjir tahun 2009 air naik sampai ke lantai bangunan tu. horror x?

tu bangunan baru yang ada dalam projek solar hibrid. kantin dan rumah guru. tenggelam beb.

tu dia KD Masaum..

jom main kakurusan (papan gelongsor). macam kat sunway lagoon ooo.. 

ni dia barisan guru SK Masaum. yang pki baju lengkap tu siap2 nak g sekolah dah. haha


tu jer kot... kalau nak tau apa yang selepas banjir tu.. bagitau aku apa yang patut aku cerita..

sekian, wassalam

Wednesday, September 7, 2011

Perbezaan itu lumrah..

assalamualaikum...


raya lepas memang berbeza kepada aku kerana beraya bersama isteri. tetapi kesian kat isteriku sebab budaya yang 100% berbeza dengan suasana beraya di rumahnya. hehe. memang kami lebih selesa bersantai di rumah pada hari raya, mungkin cuba menggantikan masa bersama ahli keluarga yang luput kerana masing2 jauh.


namun raya tahun ni agak meriah bila semua ahli keluarga berkumpul, biasanya abangku yang sulung menjadi insan tunggal yang tiada atau ada secara total kerana keluarga mentua di pahang. rasanya aku pun sama la nanti. hehe... jadi raya tahun ni semua dapat berkumpul walaupun secara rasmi hanya pada raya ke dua.


satu agenda rasmi kami sekeluarga adalah duduk dalam bulatan semasa makan dan selepas makan. satu budaya yang berjaya diterapkan oleh ibu bapaku sejak kami kecil. maka semasa dan selepas makan banyak topik yang keluar bagi mengisi masa.


kalau dulu hanya abg ju, abg ji, dan abg zahari, dan sekali2 ayah dan mak yang berbicara. kami adik2 yang lebih muda hanya mendengar dan memberi respons samada ketawa atau diam. paling meriah bila ada abg2 kembar. memang kelakar dan seronok. tapi sekarang aku dan adikku yang lain mula mengomen sikit2 untuk menambah rencah bicara.


antara topik wajib ialah berkenaan bola. samada bolasepak malaysia dan dunia. adik beradik lelaki aku seramai 5 orang adalah pemain bola di sekolah. adik hery paling cemerlang. pernah bermain untuk pulau pinang untuk SUKMA. jadi topik ni sering dibualkan oleh kami. sekarang yang masih tega menonton bola hanyalah abg ju dan heri. yang lain hanya mengikut dari jauh termasuklah aku. malah masa cuti kami sering call astro untuk masukkan sukan kerana mak buang channel sukan bila kami takde di rumah. tapi sekarang heri atau abg ju akan bawak balik kad astro rumah masing2 yang memang ada channel sukan. lagi senang kan.


satu perkembangan yang aku dapat sedari ialah mula kelihatan perbezaan pendapat dan pandangan abang2 ku berkenaan dengan isu politik. terutamanya abg ju yang mula kelihatan condong ke arah kerajaan. mula aku sedari selepas isu politik perak. menurutnya sultan azlan shah bukan calang2 orang untuk membuat keputusan begitu. hehe.. mungkin dia kena brainwash semasa kuliah undang2 di uitm.


manakala abg kembarku lebih condong kepada alternatif. ini memang sejak dahulu lagi namun mereka lebih bersikap menyokong secara senyap kerana mungkin faktor kerja. namun aku perhatikan kedua mereka aktif dengan aktiviti keagamaan. mungkin ada korelasi di situ.


namun aku perhatikan, dalam perbincangan mereka, satu perkara yang aku suka ialah perdebatan secara sihat. contohnya isu bukhari, abg ju akan memberi penilaiannya berdasarkan kepada penilaian dari segi undang2, malah menurutnya mereka turut mengkaji dan mengikuti kes tersebut hatta terdapat soalan yang menyentuh terus kes berkenaan. manakala abg kembarku akan bercakap sebagai entiti bebas.


menarik, itulah sebabnya aku suka bersantai di rumah.


tapi, bila aku ingat2 balik, tabiat aku bersantai di rumah sejak lepas spm. itulah pesan aku pada adik bawahku "abis belajar tu duduklah rumah sementara tunggu kerja, tak payahlah nak cari kerja sementara ke apa, nanti dah kerja susah dah nak balik rumah"


sekian, terima kasih.

Reflection...

Assalamualaikum...

sejak dua menjak ni, banyak kejadian berlaku di sekeliling aku. perubahan kepada atmosfera sekeliling terkadang menyesakkan namun adakalanya terasa begitu lapang.


kita selalu berfikir adakah sesuatu keputusan itu betul atau tidak. terkadang kita cenderung untuk menilai sesuatu keputusan tu berdasarkan kepada outcome keputusan tu. mungkin pada saat ini, kita mahu kembali membetulkan balik keadaan dan akhirnya kadang2 kita tak pernah membetulkan apa2 jua keadaan pun.


sebagai manusia biasa, kita tetap punyai keinginan luar biasa.  padahal kita patut sedar limitasi selaku makhluk biasa yang sempurna kejadian punya banyak lompong.


ada kala aku terpikir terlalu keras dalam membuat keputusan. bila ada yang jengkel dan memandang separuh mata, aku mula rasa goyah. tapi bila difikir balik, apapun tak salah untuk membuat silap.


selalu kita mengharapkan agar kita difahami. supaya segala keputusan dirasionalkan sebaik mungkin. namun kita juga perlu sedia untuk langsung tidak dipeduli. lumrah.


sekian, terima kasih.



Monday, September 5, 2011

Raya...

assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tahun ni raya membawa makna yang berbeza bagi aku. Akhirnya saat yang ditunggu tiba juga. Sekian lama aku kepingin menjadi seperti saudara2ku yang telah berpasang2. Beraya bersama2 dengan isteri di sisi.

Mungkin masa menjadi semakin terhad. Namun syukur akhirnya kami berjaya menyambut kedatangan syawal secara sederhana dan insyaAllah tahun depan kami akan bersama seorang lagi ahli baru.

Masa berlalu begitu cepat. Tahun demi tahun berlalu, aku makin berganjak dari satu tahap ke satu tahap.

Alhamdulillah, hanya syukur kepadaMu yang memberikan aku kekuatan dan daya dalam menempuh hari2 dalam hidupku.

Terima kasih kepada semua yang mengenali, yang membantu membentuk diri menjadi seperti hari ini.

SELAMAT HARI RAYA, Maafkan aku atas salah silap selama berkenal dan berkawan. Aku juga maafkan salah silap semua kawan2. Semoga tarbiah ramadhan telah membentuk diri kita menjadi istiqamah dalam amalan kita.

sekian, wassalam.

Sunday, August 21, 2011

Mood Raya

Assalamualaikum,

Boleh dikatakan setiap hari ada ja entri baru dalam blog ni. Kalau ada yang mengatakan "si mus ni takde kerja ke?". Memang kat sini masa terluang banyak tapi bukan takde kerja, kalau nak mencari kerja memang banyak; kemas pra, lukis mural pra, kemaskini fail pra, kemaskini pra, kemas rumah, wat garisan padang, latih budak olahraga, dan macam2 lagi. Tapi tu la, susah nak jawab.

Bila aku baca balik entri2 aku minggu ni (suka menulis sebab aku suka baca balik - syok sendiri), takde pun entri yang berorientasikan ramadhan dan raya. Macam pelik pulak bila aku tengok dekat list blog kawan2 aku, semuanya menjurus kepada mood ramadhan dan raya. Jadi persoalannya aku ni tak berpuasa ke, aku ni tak de rasa nak beraya ke?

Tahun ni sebenarnya aku membuka ramadhan dengan satu lembaran baru, pertama kali aku dapat berbuka dengan isteri aku. Selepas beberapa tahun kami berkenalan dan memang selalu berbuka bersama sepanjang berkenalan, saat berbuka sebagai seorang suami isteri memang mengasyikkan. Tambah lagi dengan berkesempatan untuk berterawih bersama2 di masjid BBU, aku bersyukur kepada Allah atas nikmat yang tela dikurniakan. Semoga kami terus diberikan peluang untuk menebus kembali masa silam.

Untuk persiapan raya, jujurnya kami belum lagi bersedia. Kami sedang menunggu saiz sebenar isteriku untuk mengelakkan baju rayanya nanti tidak muat. hehe. Jadi mungkin kami akan beli masa minit2 terakhir nak raya. Dari segi mengemas rumah pula, kesibukannya mungkin tidak sama berbanding dengan rakan lain sebab kami masih lagi tinggal di rumah mentua, jadi isteri hanya mengemas seperti tahun2 sudah. Lepas ni kalau sudah pindah barulah boleh buat deco2 sikit setiap kali nak sambut raya.

Tapi secara keseluruhan, puasa kali ni lebih tenang, seronok, dan rela. Moga Allah kuatkan hati kami untuk terus istiqamah dalam amalan2 sepanjang bulan ramadhan ini di bulan2 akan mendatang juga.

"Ya Allah, segala puji hanya bagi Mu, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, Ya Allah, ampunkan dosa kami, tunjukkan kami jalanMu yang lurus, hidupkan kami dalam iman, matikan kami dalam iman, dan masukkan kami ke dalam syurgaMu dalam iman. Ya Allah, Ampunilah dosa kedua ibu kami, serta ahli keluarga kami, kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas mereka, Ya Allah ampunilah dosa guru2 kami yang banyak mendidik dan membimbing kami. Ya Allah, hanya kepada Mu tempat kami memohon pertolongan dan berserah, kurniakanlah dari kami zuriat yang soleh dan solehah yang dapat menyambung syiar agamu Ya Allah. Aminnnn..

Sekian wassalam.

Saturday, August 20, 2011

Qaala Ibnu Ahmad anil MLM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni kesiangan lagi. Memang untuk maintain berjaga sesudah subuh memerlukan azam dan semangat yang tinggi. Tambah2 bila rumet keluar dan rumah agak terasing dari komuniti kecil ni. Jadinya suasana aman dengan cuaca yang sejuk2 memang boleh buat tidur itu terlalu indah untuk dilepaskan. Dugaan dugaan dugaan.

Semalam lama aku berbual bersama isteri, antara topik panas kami ialah berkenaan MLM. Sejak dua menjak ni aku rajin membaca blog anti mlm, saudara Aidid. Banyak maklumat baru dan terkini aku dapat dari blog ni. Memang isteriku ada komplen berkenaan dengan bahasa yang digunakan, agak kasar namun pada aku, ketepikan dulu aras bahasa yang digunakan dan cuba dapatkan intipati kandungan blog tersebut. Ambil yang jernih buang yang keruh. Yang masalahnya kita selalu fokus kat yang keruh tu.

Sebenarnya aku respek saudara Aidid kerana usahanya untuk membongkar aktiviti MLM kerana memang jelas MLM sebenarnya hanya merugikan kita. Memang ada antara kita telah mendapat untung dari MLM tetapi tu mungkin kerana kita antara orang terawal dalam skim tu. tetapi kita tidak sedar kita sebenarnya telah menganiaya orang yang masuk di bawah kita dan tidak mampu untuk meneruskan bisnes tersebut. Memang kita boleh cakap "tu salah kamulah sebab tak dapat nak kembangkan bisnes', padahal semasa kita promosi dengan dia berbuih mulut kita cakap inilah peluang kamu hendak kaya, menolong ibu bapa, pergi umrah etc. Di rencah lagi "kamu tak perlu beli barang, tak perlu cari orang" tapi sekali dah terjebak lain pula ceritanya. Menurut Aidid masalah ini berlaku apabila terjadi ketepuan dalam masyarakat (tiada lagi orang yang mahu join) akhirnya yang di bawah akan berputih mata dan habis duit kerana tidak mendapat pulangan modal. Lebih menyedihkan kalau kita perhatikan kebanyakan yang giat menjalankan aktiviti MLM ni orang melayu juga.

Kalau di Masaum, topik MLM sangat dingin, langsung tiada cikgu2 yang berminat untuk join dan mempromosikan sebarang produk di sini. Mungkin atas faktor jaringan perhubungan yang sangat lemah. Kalau di pekan telupid ada juga aku dengar seorang GB (orang semenanjung) yang aktif melaksanakan pelbagai skim. Aku kurang jelas sebab belum pernah bertemu dengannya.

Semalam juga aku berjanji dengan isteriku untuk membaca betul2 artikel aidid berkenaan dengan Herbalife. Ada misi yang perlu kami laksanakan. Ada target yang hendak di brainwashkan balik. Secara rambang Herbalife sekarang menunggu masa untuk menerima nasib seperti Amway yang telah di saman oleh ahlinya kerana sistem piramid yang digunakan. Malah produk2 yang digunakan oleh Herbalife mengandungi banyak bahan kimia yang berbahaya. Banyak kajian klinikal dan kajian kes yang dijalankan telah membuktikan kaitan langsung produk Herbalife dengan kes2 kerosakan hati.

memetik dari saudara Aidid,

The reasons for the ineffectiveness of Herbalife's diet treatment are the following: no education to better food practices, products are systematically hypo-caloric with health risks, a medicalisation of the way of life by the absorption of special products, disproportionate price compared to results obtained. All the indicts of an inadequate approach of the diet coincide to create doubt as to the effectiveness of these supposedly miracle products.

Rasanya bukan kepakaran aku untuk membaca dan menjelaskan semua kandungan blog Aidid tu. Nasihat aku kepada diri aku dan pembaca sekalian untuk meluang masa untuk membaca dan mengambil intipati blog tersebut. Sekiranya ada yang tidak setuju, aku tidak boleh memaksa. Kita berhak untuk menyokong mana pendapat2. Malah dalam blog tersebut tengah hangat dibincangkan mengenai status MLMS yang didakwa sebagai sistem MLM yang halal.

Sebenarnya masalah seperti ini pernah sudah berlaku. Cuba kita lihat kes ASB. Apabila satu ketika dulu, bila majlis mufti selangor memfatwakan ASB adalah haram bertembung pula dengan fatwa majlis mufti kebangsaan yang mengatakan ianya harus. Bila kita tengok hujah kedua pihak (info ni aku dapat dari UZAR tapi bila aku cari balik artikel dah takde. mungkin sudah terlalu lama) pada aku hujah dari selangor lebih kuat kerana mereka berpendapat ASB haram kerana tempat pelaburan yang meragukan. Dikemukakan antara tempat pelaburannya di American Tobacco dan Maybank. Namun hujah kebangsaan pula hanya kepada maslahat ummat kerana ramainya orang islam di dalam ASB, nanti boleh menyebabkan kejatuhan ekonomi yang teruk di kalangan orang islam.

Sebenarnya yang haram tetap haram. Hujah maslahat umat tu sebenarnya terlalu lemah di Malaysia. Sekarang begitu banyak tempat pelaburan yang telah disahkan dan diakui halal. Mungkin ramai dari kita yang selesa dengan ASB sebab ASB maintain, confirm beri dividen setiap tahun. Kalau ejen dari tempat lain akan hanya menyatakan track record tahun2 terkemudian dan menyatakan kemungkinan kadar untung pada tahun2 mendatang. Jadi ada kemungkinan untuk untung dan rugi juga tetapi kalau ASB confirm untung. Ada 2 perkara di sini;
  1. apabila sesuatu pelaburan menjanjikan keuntungan secara tetap, ia jelas melanggar konsep pelaburan dalam islam. Sebab pelaburan dalam islam menyatakan terdapat untung dan rugi untuk memberi keadilan kepada pelabur dan juga syarikat yang dilaburkan. Cuba bayangkan tahun tersebut, ekonomi Malaysia jatuh teruk dan syarikat tersebut rugi, adalah zalim kepada syarikat tersebut untuk tetap membayar dividen walaupun telah rugi. Tetapi memang ASB mampu pun untuk bayar dividen setiap tahun waima ekonomi Malaysia jatuh sebab tempat pelaburannya memang susah hendak rugi pun. hehe.
  2. Untuk menjadi pelabur, kita sepatutnya kena la bekerja sedikit. Kebanyakan kawan2 aku yang masuk ASB merasakan ASB lebih mudah kerana mereka tidak perlu risau untuk memikirkan portfolio sesuatu syarikat kerana ASB confirm untung punya. Pada aku, kalau aku ada 10k atau 20k memang aku akan cari mana2 syarikat dan tengok track record dan tempat pelaburannya untuk melabur. Ini kerana sebenarnya kita mampu untuk menjana keuntungan lebih dari 5-7% setiap tahun dari syarikat lain. Malah pada tahun 2007 sebelum kejatuhan ekonomi Malaysia, ada syarikat yang memberikan kadar keuntungan melebihi 30%. Tetapi selepas kejatuhan ekonomi tu, memang teruk sikit la. Jadi di sini, jadilah pelabur yang berilmu sikit.
Jadi itu antara faktor yang menyebabkan aku tidak pernah join ASB. Lagipun aku takde cash maa. Ada rakan malah kakak aku sendiri membuat pinjaman bank untuk join ASB. Aku pernah cakap, kalau kita kira balik jumlah yang kita bayar dengan apa yang kita dapat dari ASB, kita akan dapati jumlah yang kita bayar sebenarnya lebih dari itu. Kan dah rugi di situ, mungkin kita membayangkan selepas 10 tahun bedebuk dapat 50k. Kalau betul kita menyimpan bulan2, memang kita akan dapat juga malah mungkin lebih banyak. Cuma tu la, biasanya kalau duit tu cair, senang je dia nk keluar. Lebih teruk kalau pinjaman dengan bank konvensional, tambah dengan status ASB, berganda2 la sumber rezeki kita meragukan.

Sesiapa nak melabur tengoklah la senarai syarikat yang telah disahkan halal oleh Suruhanjaya Sekuriti. Di sini.

Jadi berbalik kepada topik MLM ni, bila timbul isu MLM dan MLMS. Ada pendapat yang menyokong dan membangkang kewujudan MLMS. Antara hujah pembangkang ialah MLMS hanya kosmetik sahaja tetapi modus operandi tidak lari dari MLM. Hujah penyokong pula disokong oleh fatwa Majlis mufti kebangsaan yang menyatakan ianya adalah harus. Benda ini masih baru bagi aku, jadi aku mengambil jalan selamat untuk menjauhkan diri. Ambil masa untuk studi betul2.

Kepada pembaca, ambil tahulah. Mungkin bermanfaat untuk diri kita, mungkin saudara atau kawan kita akan beroleh manfaat bila kita ambil tahu. Kita janganlah taklid membuta tuli, jadilah mereka yang berpaksikan kepada ilmu. Bila mencari ilmu, kena la pula pandai filter. Jangan sembarangan menerima. Yang lebih mengesankan, bawa2lah berbincang dengan sesiapa sahaja. Mungkin dari kita ada lompong2 yang dapat diisi oleh yang lain. Seperti yang aku pernah cakap "perbezaan pendapat itu lumrah".

sekian terima kasih.

Friday, August 19, 2011

Tribute to Jebon

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertama kali aku bertemu dengan dia aku sudah tersalah orang. Mungkin kerana dia mengatakan dia menginap di hotel City tu, aku terus menerpa orang yang sedang menunggu di lobi hotel. Rupanya dia dah check out dan sedang menunggu aku dalam kereta di hadapan hotel. Nak dijadikan cerita orang yang aku tersalah tegur tu plak kawan sekampung dengan Hadi yang kebetulan ada bersama aku, patutlah dia beri respon bila aku gerak ke hotel, rupanya dia mahu menegur Hadi. malu malu malu.

Seperti biasa guru baru akan diraikan sebaiknya. Sememangnya adat di pedalaman ni, Hubungan menjadi cepat kejap, erat dan rapat. Mungkin komuniti kami hanya berkitar belasan orang, kami cepat mengenal budi dan pekerti masing2. Malah seakan2 masing2 dapat menyesuaikan diri atau menyembunyikan kegusaran tinggal dalam hutan kerana perlu untuk survive atau menjaga diri.

Dia menjadi rakan serumah dengan aku, sepantas masa berlalu, kami sudah boleh dibawa untuk berceloteh dan bersenda. Tiada hiburan tatkala itu, malah internet pun masih belum disambung, jadi kami banyak membunuh masa dengan membuka topik2 berkisar isu2 semasa, pengalaman di maktab, malah turut menjangkau hal2 seperti perkahwinan. Aku yang lebih dulu merasa perit menguruskan perkara dari dalam sentiasa berkongsi dengan dia.

Rupanya dia peminat tegar Shah Rukh Khan dan Awie.

Kami menjadi semakin rapat bila aku sering keluar masuk dengan dia. Jujurnya aku tahu, dia sebenarnya tidak betah tinggal di pedalaman. Jujurnya aku tahu dia sering merintih untuk keluar dari sini. Seperti aku, dia juga turut akan mengalami masalah sekiranya terus mengajar di sini sebab bakal isterinya di Kapit, Sarawak yang aku rasakan lebih jauh perjalanan berbanding dengan aku. Malah lebih membuak2 bila ada ura2 mengatakan penempatan dia akan dibuat semula dan dia akan ditukar ke unit pendidikan khas.

Hubungan kami melarat ke keluarga. Bila aku kerap turun ke KK untuk pulang ke JB, rumah dia menjadi persinggahan dan tempat aku parking kereta. Keluarganya terlalu baik melayan aku.

Memang satu ketika, hubungan kami berantakan. Sehingga pecah tak mampu di sambung kembali. Perbezaan itu kan lumrah.

Namun semua sudah menjadi kenangan. Dia telah sah bertukar ke sekolah lain. Tahniah untuknya. Semoga yang terbaik untuk dia. Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmatimu.

Semoga kita akan bersua lagi di lain hari. Selamat maju jaya.

Tribute to Jeboenz Khan.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...