Subscribe:

Pages


Bacalah Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Thursday, September 22, 2011

Korang Nak Pilih Mana?

Assalamualaikum,


Mesti ramai di kalangan kita adalah orang yang sentiasa berada di atas pagar kan. Straight to the point, mereka yang tidak menyokong BN dan PR. Mereka ini antaranya selalu cakap macam ni,

"malas la aku nak layan, serabut kepala otak aku jer, yang sini kutuk sana, yang sana kutuk sini"

"aku tak mahu diperalatkan, biarlah aku sendiri membawa hati yang lara ni. hehe"

"risau la aku nak cakap lebih2, aku ni pekerja gomen, kang tiba2 kena dengki kang tak naya je aku, then sape nak bagi aku makan, anak bini aku nak makan pasir ke"

dan banyak lagi..


Dulu aku pun lebih kurang je. Masa pilihanraya 2004, aku berkempen untuk semua parti. aku redah pos semua parti. Sebab setiap pos biasa ada makan2. Jadi kenyang la perut. hehe. Sebab aku join je mana2 kawan aku yang ajak. Aku pernah accident masa konvoi mencari harta karun anjuran UMNO. Tapi aktiviti PAS kurang sebab kampung aku pior UMNO. Sape tak kenal area gerik.

Tapi ada benda yang buat aku terfikir, yang secara logik berdasarkan kepada pengalaman aku sendiri jer.

Benda2 ni yang buat aku rasa terpaut untuk menyokong PAS. Mungkin diri aku ni takde lah sempurna tapi kita sepatutnya berusaha untuk ke arah yang lebih baik kan.

Antaranya,

1. Aku tengok abang2 aku, memula dorg nak aktif dalam parti mesti dorg aktifkan diri dengan masjid. Abang aku pernah jadi SU cawangan. Takdelah nak cakap abg aku alim tapi di masjid lah tempat dorg berkumpul. Memang ada orang cakap mereka ini memperalatkan masjid. Tapi bila difikirkan memang masjid lah tempat untuk diperalatkan oleh kita untuk menyusun aktiviti yang membawa kepada kebaikan kan. Ada usrah, ada program islamik, ada mesyuarat. Semuanya berkitar di masjid.

Senang cerita, untuk ko mudahkan diri diterima oleh parti ni, dekatkan diri dengan masjid.



2. Lagi bila aku menzahirkan diri menyokong PAS, people expect me to do good things. Maknanya tak boleh nak kacau anak dara orang, takleh nak masuk PUB, takleh nak melepak di shopping complex. Bila aku menyokong PAS, aku mesti rajin ke masjid, tak tinggal solat, rajin puasa sunat, boleh baca quran, boleh lead tahlil dan yasin, dan sekian2. Jadi bukan ke benda baik tu, tapi takde la aku nak cakap orang UMNO tak baik, cuma tu la, apa yang aku nampak la.

Senang cerita, aku diransang untuk berkelakuan baik which is good for me.


3. Ini faktor yang menolak UMNO plak, aku dibesarkan di kalangan penyokong tegar UMNO. Memang ketidakadilan selalu jadi di kampung aku. Memang ada kemajuan tapi sepatutnya kampung aku lebih baik. Contohnya jalan raya sampai ke hari ni masih lagi tidak berturap penuh. Pernah ada satu projek membina pemancar celcom di kampung aku, jadi kira satu kilometer jalang kampung rosak teruk. Teruk yang sangat sampai abg2 aku pening kepala nak bawa kereta dorg sebab memang dah takleh nak elak lubang. Nak dijadikan cerita ada beberapa orang kampung yang marah dan tahan bos kontraktor tu. Maka bongkarlah bahawa bos tu dah beri pampasan untuk repair jalan kepada ketua JKKKK. Tapi yang hairan nape takde repair. Pastu ada kes dapat peruntukan buat jalan tapi diturapnya court sepak takraw.
Satu lagi kes, bila PR menang tahun 2008 di perak, semua barang kelengkapan kahwin macam khemah, pinggan mangkuk dan semua2 hilang lesap entah ke mana. khabarnya disorokkan. Hujahnya tu hak kerajaan UMNO. Kerajaan PAS beli la plak untuk kampung. Serabut betul. Pastu bila PR kena sanggah, barang2 tu timbul balik tapi banyak dah hilang. dah jadi harta peribadi kot.

Senang cerita, pengalaman aku dengan UMNO tak berapa baik la. hehe.


4. Lagi satu teringin aku nak tengok PR perintah malaysia.. Hari2 duk pong pang sana sini, negara berkebajikan la, demokrasi la, keadilan la. Berlambak dalam youtube kutuk Najib la, Rosmah la, BN la, apa la.. Semua tak kena. Hari2 duk cakap aku nak juga tengok macam mana la dorg ni kalau pegang Malaysia. Kalau ok bagus lah. Kalau tak ok memang aku surrender la politik Malaysia ni.
Pernah aku dengar Malaysia akan hancur, bangkrap, kacau bilau kalau PR menang. Hairan plak aku macam mana boleh ada kenyataan macam tu. Tak pernah pun aku tengok PR menang pilihanraya, jadi macam mana boleh cakap macam tu plak.
Kalau setakat pegang lima negeri tak boleh nak nilai lagi. Apa sangat la kuasa pada negeri.

Senang cerita, jom test kerajaan baru plak. JEpun rileks je tukar PM berkali2.


Jadi tu lah. Bukan aku nak pengaruh orang atas pagar ni tapi tu lah. Sampai bila kita mahu di atas pagar kan. Sampai bila mentaliti rezeki diberikan oleh UMNO. bahaya tu. Sampai bila cikgu cuma boleh cakap belakang jer. Memang ada kes cikgu dikenakan tindakan bila aktif, tapi salahkah cikgu aktif dalam politik. Selagi dia tak mengacau kerjanya aku rasa ok kan. Cikgukan SOCIAL ENGINEER.


Aku takde la nak keluarkan isu2 semasa lain. CUma pengalaman aku. Mungkin tak sama dengan orang lain sebab aku MUSTAKIM. Korang mungkin nama lain. hehe..


sekian, wassalam.

Monday, September 19, 2011

Merdeka, British, Komunis finale


Kita boleh perhatikan dua tiga menjak ni, ramai ahli akademik mempertaruhkan kredibiliti mereka dengan membuat kenyataan2. Ada berapa kenyataan yang aku nak highlightkan kat sini.

Tanah melayu bukanlah tanah jajahan british tapi tanah naungan british. Jadi siapa yang menentang british pada ketika itu sebenarnya menentang kerajaan tanah melayu bukan british. Jadi timbul persoalan, apa tu negara naungan apa tu negara jajahan???... Jadi negara kita tak pernah dijajah ke??? Kalau tak pernah dijajah jadi kenapa kita perlu sambut Hari Kemerdekaan.

Kemudian turut ada isu sebenarnya takde istilah british meyerahkan tanah melayu kepada malaysia tapi sebenarnya raja2 melayu yang menyerahkan kuasa kepada rakyat untuk memerintah tanah melayu melalui kerajaan raja berpelembagaan. hmm.. confius sangat kan... aku taknak komen sangat. sumber berita harian 10 september.




Mat Sabu secara peribadi tetap melawan dan enggan meminta maaf. Kalau kita enggan meminta maaf maknanya kita percaya diri kita tidak bersalah kan. 

Kata Mat Sabu, Mat Indera berjuang pada zaman pra kemerdekaan. Beliau menentang british dan pada ketika itu hanya melalui platform komunis dia dapat menentang british. Mat Indera mahu menghalau british dan seterusnya membawa tanah melayu ke arah kemerdekaan. 

Profil Mat Indera secara tiba2 menjadi sensasi. Malah menakjubkan bila mat indera termasuk dalam senarai buku pengukir nama johor. Beberapa artikel menyatakan Mat Indera sebagai seorang yang amat dihormati di kampungnya malah berlatarbelakangkan pendidikan agama. Malah turut dikaitkan dengan bapa Muhyidin Yasin.

Kisah Mat Indera selari dengan kisah yang diceritakan oleh tok isteriku. seorang guru lama yang sendiri mengaku orang jawa tidak menganggap mat indera sebagai komunis. Ceritanya mengenai bagaimana orang kampung menangkap Mat Indera memang sama dengan dalam harakah.

Jadi timbul persoalan, wajarkah Mat Indera dianggap sebagai pejuang kemerdekaan??? Mat Sabu menyatakan memang tidak salah untuk membariskan jaafar onn, tunku abdul rahman sebagai orang yang membawa kemerdekaan malaysia tetapi seharusnya disenaraikan jugak la mereka2 ni yang dikatakan sebagai haluan kiri (kerana menentang british) sebagai pencetus kemerdekaan


.

kesimpulan,

jadi sekarang, apa isi yang hendak diangkat dari isu ini. 

Adakah mat sabu pendokong komunis???
Mat Indera komunis???


dan secara tidak sengaja timbul pula persoalan lain bila isu ini disensasikan oleh UMNO>>

Umno pejuang kemerdekaan???



Aku tak berniat untuk mempengaruhi sesiapa. apa yang aku tulis hasil dari apa yang aku baca dan tengok. Mungkin tak sama dengan orang lain. Biasalah perbezaan tu kan lumrah.

hehe.. sekian.

(sorry kalau point terabur, aku ada masalah dalam menyampaikan maklumat, tegurlah mungkin aku boleh improve)

finale..

Merdeka, British, KOmunis 2


Berdasarkan pemahaman aku kepada utusan dan tv3, mat sabu dikatakan sebagai pejuang komunis kerana mengangkat Mat Indera sebagai seorang pejuang kemerdekaan. simple as that kan. 


Kenyataan Mat Sabu adalah berkisar dengan cerita Bukit Kepong. Beliau menyatakan orang yang menyerang balai polis itu iaitu Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan kerana menyerang polis british.


Bila aku tengok filem bukit kepong, apa je nilai kemerdekaan dalam cite tu? Komunis serang balai polis, polis kalah dan komunis tawan balai tu. Cuma lamanya cite tu dengan perjuangan polis2 untuk mempertahankan balai polis tu. macam mana ada isteri2 yang terkorban, anak2 kecil terbunuh. Boleh disimpulkan cite ni nak menunjukkan kekejaman komunis pada satu ketika di zaman kolonial. jadi apa kaitan dengan usaha menuntut kemerdekaan??? Siapa yang mahu memerdekakan tanah melayu dalam cite tu???

Honestly aku masih tak ingat ending cite tu sebab aku akan tukar siaran selepas adegan tembak menembak tu. heh..





Ramai yang kata umno menggali kubur sendiri bila mengangkat isu ni dengan begitu panas sekali. Kenapa???

1. Orang mula menggali balik sejarah malaysia. Sejak akhir2 ni kita boleh tengok kebanjiran buku mengenai tokoh2 haluan kiri sebelum kemerdekaan seperti shamsiah fakeh, burhanuddin helmy, dan tentunya mat indera. Semasa aku belajar subjek sejarah di sekolah dulu, topik mengenai mereka sangat tipis dan hanya menyentuh secara sepintas lalu tentang perjuangan mereka dalam PKMM, API, AWAS dan lain2.

Jadi timbul persoalan, siapa sebenarnya yang memperjuangkan kemerdekaan. Satu pihak berjaya mendapatkan kemerdekaan untuk malaysia melalui rundingan dengan british manakala satu pihak lagi tidak berjaya tercatit dalam sejarah dalam mendapatkan kemerdekaan malaysia kerana diburu british dan dianggap sebagai pro-komunis yang berjuang secara gerila dalam hutan.

Jadi kalau mereka menyokong komunis, adakah wajar mereka terus dilabel sebagai komunis. Cuba kita timbulkan persoalan 


"Siapa yang ditentang mereka???"
"Kenapa mereka menentang pihak tersebut???"


Jadi, adakah sejarah yang kita belajar sekarang mewakili sejarah sebenar negara kita???

2. It's do or die for everybody. Memandangkan tarikh pilihanraya sebagai dekat. Kurang dari setahun adalah tempoh yang sangat singkat. Jadi samada Mat Sabu dan PAS atau UMNO yang berjaya menyakinkan rakyat adalah turning point kepada kejayaan mereka. Sekarang kita lihat PAS hanya mampu membuat kenyataan media alternatif. Tapi kita perhatikan dalam media arus perdana, serangan makin diperhebatkan. Jadi sejauh mana rakyat dapat mencapai sesuatu maklumat akan memberi kesan kepada isu ini.





continue..

Merdeka, Komunis,British...


Assalamualaikum,

Sejak dari hujung ramadhan, aku agak pening2 lalat untuk menghadam cerita Mat Sabu yang dikatakan sebagai penyokong komunis. Memandangkan time tu aku kat kampung, tak banyak yang dapat aku komen sebab kat kampung takda internet. sebab sekarang selain paper, internet sumber aku untuk tahu berita panas ni..

kebiasaanya kalau ada isu aku akan buat beberapa perkara,
  • tengok tv3, baca paper. biasanya mereka ni cepat dalam kalau berkaitan dengan isu2 panas ni. lagipun ni la sumber paling mudah nak cari kan. 
  • internet. mula cari video kat youtube. lebih terang dan jelas kalau kita dengar sendiri kan ucapan orang yang berkenaan. pastu tengok blog2. status blog banyak kat facebook dan twitter.
  • tengok status FB, biasanya ramai akan update. tu bergantung kepada rakan2 fb kita la.
  • tengok sumber2 lain, sembang2 dengan kawan.
lepas tu terpulang la kepada kita untuk menilai kan. mungkin ada yang menyokong dan membangkang tapi sebelum tu biarlah kita dah tengok dan dengar dari kedua belah pihak. macam yang mat sabu cakap "berilah saya peluang untuk slot di akhbar arus perdana dan TV, sebab saya diserang setiap hari tapi langsung takde peluang untuk beri penjelasan, sekurang2nya kalau saya dah beri penjelasan rakyat boleh menilai".

betul jugak kan. teringat apa yg PM kita cakap pasal ni. dia pertikaikan bila pembangkang minta ruang dalam surat khabar arus perdana kerana katanya tu surat khabar dia. dia kata pembangkang takde pun beri ruang kat kerajaan dalam surat khabar parti pembangkang macam harakah. persoalannya akhbar macam utusan, BH, the star tu bukan akhbar parti kan. tu kan akhbar bebas jadi sepatutnya dia bebas. sepatutnya UMNO atau BN buatlah akhbar sendiri untuk menyerang pembangkang secara khusus. barulah kita kata adil. akhbar parti fokus pada parti manakala akhbar perdana tidak berpihak atau cenderung kepada mana2 pihak.

berbalik kepada kes Mat Sabu,

continue..

Monday, August 15, 2011

Bonus Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bismillah,

Akhirnya hari ni masuk juga bonus raya setengah bulan gaji.

Tolak juga EPF rupanya. walaupun tak seperti yang dijangka namun syukurlah. Terima kasih kerajaan. mungkin ada yang berkata tengok, tak sokong kerajaan tapi ambil juga bonus yang kerajaan bagi.

Well, pada aku takde masalah pun dengan attitude tak sokong kerajaan ni. Tapi bila masa plak aku tak sokong kerajaan, semua dasar yang di bentuk dan digubal oleh kerajaan terutamanya melibatkan kementerian pelajaran semua aku ikut kan. Cuma mungkin ada beberapa isu yang aku tak setuju dan setuju dengan mereka2 yang membangkang tu. Mana la ada orang yang sempurna kan. Kerajaan pun ada buat silap dan tak salah untuk menegur kan.

Setiap dari kita kan berhak untuk menyokong siapa2 sahaja. Aku jujurnya percaya kerajaan yang bakal dibentuk oleh PR akan menjadi lebih baik dari kerajaan sekarang. Mungkin ada tak percaya, aku tak salahkan sebab sehingga ke hari ni PR tak pernah pun jadi kerajaan. Ok sekarang kita bercakap pasal kerajaan pusat, kalau setakat kerajaan negeri kita tak boleh buat perbandingan kerana perbezaan kuasa dan autoriti yang ada pada kerajaan pusat. Cuba bandingkan dengan kerajaan negeri Melaka, N9, dan lain2. Ada x perbezaan???.

Papepun aku masih menunggu pengumuman negeri2 macam Penang, Selangor, dan kelantan yang berjanji untuk beri bonus juga.

Sekian terima kasih.

Friday, August 12, 2011

takut kepada yang takut..

ni post aku yg dulu2.. masa aku dgr ceramah kes ape ntah. lupa dah.. malas plak aku nk cari balik td..


mahasiswa takut kepada dekan
dekan takut kepada dorsen
dorsen takut kepada menteri
menteri takut kepada perdana menteri
perdana menteri takut kepada mahasiswa..

tu jer.. sekian...

Sunday, July 10, 2011

BERSIH 2.0

assalamualaikum dan salam sejahtera...

semalam beberapa kerat antara kami begitu teruja untuk ambil tahu mengenai apa yang berlaku di Kuala Lumpur. alhamdulillah mujur selepas cuti sem lepas sekolah aku sudah ada akses kepada internet. walaupun beberapa bulan lewat namun aku tetap bersyukur sempat juga internet masuk ke sini. memang kalau tiada internet, maka sumber berita mengenai keadaan luar hanya kepada TV3, TV1, dan astro AWANI. cuma kadang-kadang bila aku keluar sandakan baru la ada sikit bahan-bahan yang didownload oleh JACK. jangan tanya pasal surat khabar di sabah. sedih sangat2.




aku mengikuti rapat perkembangan BERSIH malah menjadi topik utama apabila berchatting dengan isteri. alhamdulillah juga isteri pun sekapal. xda la susah2 nak berhujah.

pada aku, perhimpunan kali ni memang menghadapi cabaran yang lebih dasyat. seawal hari khamis jalan-jalan utama sudah ditutup kepada awam. malah bukan sekadar jalan masuk ke KL tp di seluruh negara turut diadakan sekatan jalan raya. semasa balik JB minggu lepas, aku risau tak sempat untuk ke airport bila jalan ke airport sesak teruk kerana ada sekatan jalan raya.malah ayah mentua turut meanyakan sinis kepada aku"sabah tiada road block ke?".. maka kesimpulannya road block ada di mana-mana.

menjelang hari perhimpunan, semakin hebat polis beraksi. malah dalam satu blog terdapat orang awam yang diminta berpatah balik dari memasuki KL kerana alamat di ICnya bukan di KL. malah beberapa sedutan klip di TV3 memamparkan betapa KL lengang dan kosong. beberapa tahun berada di sekitar KL, aku cukup faham betapa terdapat jalan-jalan di KL memang xpernah lengang. macam 24 jam ada je kereta atau kenderaan. tapi kelmarin lengang dan kosong penangan BERSIH.

dalam kepala aku, rasanya gagal la BERSIH kali ni. tapi mengejutkan aku bila aku buka je blog malam semalam, walaupun selepas tekanan, sekatan dan ugutan dari semua pihak kerajaan, polis malahan PERKASA DAN PATRIOT, rakyat membuktikan betapa kuasa sebenarnya berada pada tangan rakyat. berpuluh ribu, malah menurut Al-Jazeera beratus ribu berhimpun menuntut pilihan raya bersih dan adil. walaupun matlamat untuk berjumpa AGONG tidak kesampaian, namun BERSIH telah membuktikan usaha mereka sebenarnya telah berjaya.

bila orang bertanya kepada aku, kenapa nak juga buat perhimpunan ni, secara jujurnya aku sebenarnya tidak punya jawapan yang betul konkrit. namun tujuan utama bersih menuntut pilihanraya yang adil ada rasionalnya. sekian banyak bukti dikemukakan yang menunjukkan betapa pilihanraya di Malaysia mempunya banyak keraguan, namun tiada tindakan diambil. paling jelas bila pelaksanaan penggunaan dakwat kekal menjadi acara tarik tali SPRM pada pilihanraya 2008. malah bukti-bukti mengenai daftar pemilih yang bertindih, tidak dikemaskini, pengundi hantu semuanya masih tidak ditangani dengan baik.

medium jalanraya dirasakan paling baik untuk menunjukkan kepada kerajaan bahawa mereka sebenarnya diperhatikan rakyat. rakyat bukan lagi mudah ditipu, diugut, diancam dan ditakut-takutkan. sekiranya kerajaan masih sombong dengan kuasa mereka, percayalah hayat BN x lama.

sekian.

Sunday, March 20, 2011

Hang Jebat..

"Jangan!. jangan sembah aku!. Aku bukan gila disembah. Aku bukan sebagai Sultan Melaka yang mengagung-agungkan pangkat dan kebesaranya. Aku Jebat! Rakyat biasa. Pangkat aku untuk kepentingan rakyat. Bergerak aku untuk membuat jasa kepada rakyat, dan aku rela mati untuk rakyat. Kerana aku mahu keadilan, keadilan, keadilan...."

suka aku membanding sejarah sultan-sultan melayu dengan sirah para nabi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...