Subscribe:

Pages


Bacalah Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Thursday, May 30, 2013

Pusing Sendiri

Bismillah..

Terus terang selepas je keluar keputusan PRU 13 aku rasa ralat sangat. Memang aku berharap sangat PR akan menang kali ni. Tapi kuasa Allah tiada yang berdaya hendak menghalang. Memang selepas tu aku rasa letih sangat. Mungkin tu padah bila kita terlalu berharap lalu tidak bersandar kepada Allah, lalu rasa kecewa seolah - olah cuba menidakkan qada dan qadar Allah.

Tapi harapnya ada sinar sedikit selepas petisyen dikemukakan walaupun sikit.

Sejak dua menjak ni, aku selalu memikir hala tuju aku untuk masa depan. Kerjaya cikgu pra memang seronok tapi ada beberapa benda yang menyekat aku. Terutama bila aku disekat untuk berkembang dalam sukan arus perdana hanya kerana aku GURU PRA. Sukan pra, mesyuarat pra, kursus pra, semua benda hanya berkaitan pra. Agak kebosanan.

InsyaAllah akan ada keputusan. Eksperimen kedua akan menyusul selepas eksperimen pertama nampak buntu. Kalau menjadi mungkin aku ada keputusan nanti.

Banyak benda bersarang dalam kepala aku. Sekarang cuma kalau boleh biar je dia lepas dulu pelan2.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...