Subscribe:

Pages


Bacalah Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Showing posts with label s.k masaum. Show all posts
Showing posts with label s.k masaum. Show all posts

Sunday, January 9, 2011

ckgu dewasa ini..

assalamualaikum dan salam sejahtera..

minggu pertama sesi persekolahan bercampur baur.. aku menjadi sangat teruja untuk melihat produk aku yang pertama melangkah yakin memasuki alam persekolahan formal.. dan lebih teruja untuk melihat anak-anak baru untuk tahun ni..

pgi isnin tu aku tidur juga selepas subuh.. kepenatan yang amat.. perjalanan tanpa henti sejak dari hari sabtu memang melelahkan. tambah lagi dengan pengalaman kali pertama naik flight dari johor bahru ke kota kinabalu dan langsung tanpa rehat dari kota kinabalu terus ke sandakan. sampai di sandakan tanpa kasihan rakanku mantan membawa ke rumahnya untuk makan. lebih menyeksakan terpaksa menunggu adiknya memanggang dulu daging kambing. bayangkan mereka hanya memanggang daging tersebut bila aku sudah sampai. lapar dan penat memang kombinasi yang mengantukkan. sedikit terubat dengan daging kambing panggang yang sememangnya kegemaran hasil asuhan isteriku. hehe.

jadi pagi isnin tu aku bersiap selengkapnya. berpakaian kemeja lengan panjang hadiah pertunangan dan tie sedondon, aku cuba tampil hebat. tambah dengan fakta menarik guru besar aku turut berada bersama kami pada hari ni. jarang sekali malah seingat aku tahun sekali saja dia masuk pada hari ahad tahun lepas. dari balkoni rumah kelihatan ibu bapa berkumpul di hadapan pra. makin teruja aku.

aku terus ke kelas. sayang xbanyak muka baru. sampai aku langsung xmengira statistik tepat murid baru ku. sebab jumlah keseluruhan yang datang pada hari pertama hanya 12 orang. sangat menyedihkan. aku mahu 25 orang. biarlah hingar bingar tapi aku lebih selesa dengan angka 25. semangat sedikit merosot. heh.

entry aku pgi ni sebenarnya nk cakap yang aku tengah bengang. menyirap darah aku bila kena komen "mus, teruk betul budak2 ko bagi aku thn ni, kalau mcm ni semua aku masuk linus la".."menulis nama pun xtau"..tapi aku pendam jer.. lepas tu aku balas "memang ada budak yang lemah (aku akui), tapi ada budak yang ok kan, riko, thericy, suzrieyannie, erlin tu mmg aku target tu".. kemudian cikgu tu diam. (maknanya dia tahu nama yang aku sebut tu memang betul boleh).. dan aku tgk sendiri dalam kelas diaorang xda masalah setakat nak tulis nama. membaca perkataan mudah aku jamin mereka boleh.

selepas tu senyap.. bisu.. kemudian selang beberapa hari bos menyapa aku "mus, teruk betul budak2 thn 1 thn ni".. aku menjawab balik "memang pun bos, (menyebut beberapa nama) memang saya pun pening nak ngajar, tapi ada empat orang sy rasa xda masalah, (menyebut lagi nama2 mereka). selepas tu diam terus. (maknanya dia pun tahu kebolehan budak2 tu.

pada aku kenyataan mereka ini xlebih dari nk provoke aku. nak hebohkan kegagalan aku mengajar murid2 ni. maka lebih jahat aku ni xbuat kerja pun. please la. tolong berpijak di bumi nyata. dorg dah lebih tahun berada dalam sekolah ni xkan x faham tahap intelek budak2 di sini. pada aku kejayaan aku transform 4 orang budak dari 10 orang adalah satu kejayaan manis memandangkan aku nak kawal semua 20 orang (average budak yg dtg thn lps) dalam satu kelas.. aku xsuka sebenarnya mencari alasan. tapi memang banyak alasan sepanjang aku ngajar. terutamanya xdtg sekolah. memang tu membantutkan kerja aku.

tambahan.. dan aku memang percaya bukan setakat melayu tetapi cina, india, bugis, jawa, atau apa saja bangsa di dunia ni mmg ada satu kesamaan.. sebilangan mereka lebih gemar membesarkan yang pahit dari memperkatakan yang manis..

entah. aku takut aku menghambur nanti dalam meeting. aku berhenti dulu. sekian.

Sunday, November 14, 2010

Sukan MSSzP



SK Masaum johan utk kali pertama di MSSzP yang berlansung pada 12-15 Oktober di SMK Penangah... sukan zon penangah adalah untuk memilih wakil zon ke MSSd Telupid yang akan berlangsung pada tahun hadapan.kiranya sukan kat cni dah bermula pada thn ni.. jadi peraturannya murid tahun 6 tidak dibenarkan menyertai MSSz.. ni adalah penyertaan pertama aku sebagai guru pengiring merangkap jurulatih.. dari bulan 7 aku dan mantan melatih budak2 setiap petang.. then bila lagi 3 minggu kami pecah2kan murid mengikut acara masing2.. aku dapat lompat tinggi..

seronok.. puas hati.. loncak2 lagiiii....

dari bulan 7 sampi bulan 9 kami berikan latihan asas yang sama untuk semua.. drill, fitness, fleksibiliti... semuanya kami berikan secara konsisten.. aku perkenalkan latihan untuk fleksibiliti murid yang aku msih ingat2 mse kena buat ngan abg kpli tu mse kagum kt bandar penawar.. mmg sakit semua budak2 kena ngan aku tp aku percaya mereka sangat memerlukan.. seminggu sekali aku buat.. then aku juga perkenalkan latihan menggunakan hurdle.. walaupun dikutuk sbb hurdle aku dibuat dari kayu namun aku buat dono jer.. sbb budak dengan ketinggian 130cm mne nk latih ngan hurdle standart.. giler ke apeee..

olahragawati... si Kuyau.. nama betul Glorina Luis

skuad perbarisan SK Masaum... no 3
cikgu2 SK Masaum bikin havoc tgh2 padang.. hahaha

tp alhamdulillah.. aku bleh tgk tahap kecergasan atlet2 aku mse sukan.. walaupun berturut2 acara namun mereka tetap mantap.. untuk perempuan dari 6 emas yang dipertandingkan kami dapat 5.. untuk lelaki memang tiada harapan sebab dari awal tiada disiplin.. jarang datang latihan dan main2 semasa latihan.. satu perak jer.. tp sayang untuk lompat tinggi tiada pemenang.. aku tak puas hati sbb starting height dorg letak dah 1.15m.. ketinggian utk kelayakan ke peringkat daerah.. patutnya bg la rendah dulu.. biar budak lompat2 dulu.. dpt confidence dulu.. lee hup wei pun kalau trus start lompat 2.25m pun kantoi la wpun dia bleh.. tp aku xnk besar2kan sbb atlet aku mmg x ready sbb mse utk fokus acara iaitu 3 minggu sblm sukan aku kursus 2 minggu berturut2.. kesian dia.. tp thn dpn aku nk start lgi awl utk lompat tinggi..
mmg cmni la kontijen kami tdo.. atas lantai lapik karpet tu jer.. bdak2 bersusun2.. satu pengalaman yang xda kat tempat lain..

harap semua berpuas hati.. yg penting aku PUAS HATI...

Lawatan Sambil Belajar SK Masaum ke Sandakan


assalamualaikum dan salam sejahtera..

biarlah gambar pula berbicara..


semua kusyuk tgk orang utan.. tapi mcm orang utan plak yg tgk kami.. haha



aku dan ahli rombongan tggu lunch hour orang utan sepilok..


melepak di tepi pantai batu sapi.. di belakang adalah transport sepanjang lawatan.. mine is in red.. hehe.. sronok bdak2 ni dapat mndi laut

gb tegur aku "tinggi betul ko lompat"... mmg jdi fevret aku tangkap gmbr lompat2.. sejak aku ajak geng2 ckgu ni men loncak2.. dah jdi wajib plak kami loncak2 smbl tangkap gmbr..

di sepilok.. wpun dah dkt setahun aku ulang alik ke sandakan ni la pertama kali aku g sepilok.. nasib baik ada lawatan.. kalau x xtau la..

tu saja kot.. banyak lgi tempat kami pergi.. sbnrnya lwtn ni utk belanja dan meraikan ahli rombongan (sebenarnya atlet sk masaum) yang telah jadi johan msszp.. so tahniah..

sori gmbr terabur..

sekian wassalam..

Sunday, February 28, 2010

checklist...`

assalamualaikum dan salam sejahtera....

satu topik sensitif...

CNY lpas aku sempat jumpa kwn2 yg sama2 posting ke daerah telupid ni... ceritanya guru2 dari sabah yang mengajar di sekolah sentiasa culas.. masa diatur sedikit sekali seminggu... murid2 tidak dipeduli...tekannya hanya guru semenanjung yang bersungguh untuk mengajar...
kemudian tambahnya lgi kesian betul dgn bdak2 sana... dia ngajar mereka PJ langsung mereka tidak tahu apa itu BALAPAN.. OLAHRAGA...ACARA PADANG... ACARA BALAPAN...(dalam hati aku duk berkata "what do you expect haaa!!!)
tmbh lgi psl repo seorang guru sabah...ada satu kuarters bakal dibina.. jadi satu nama perlu diambil untuk menghuni rumah tu..orang berkenaan akan tidak layak mendapat elaun perumahan.. maka kalau guru semenanjung rugi la sbb rm830 tp kalau guru sabah baru rm300 something..jdi guru sabah ni mahu mengisi tp tidak mahu share ngan guru lain wpun rumah tu ada 3 bilik...

cerita aku... housemate aku x mahu amik duit belanja dapur sepanjang aku berada di sini sebab dia ckp aku belum bergaji... asal dari tawau...
seorang guru sanggup membeli 10 kotak kertas A4 utk kegunaan guru..asal dari sandakan...
senang cite sgt kontra cite aku ngan mmbr aku..

kesimpulannya.. pada aku tidak perlu ada istilah semenanjung atau sabah srwk... aku juga benci kepada mereka yang suka merujuk kpd batch atau kelas.. kenapa tidak sama semuanya..aku masih ingat sejak dari tingkatan 4 buku sejarah..ada satu perenggan menerangkan mengenai konsep yin yang...

dalam putih ada satu titik hitam.. dalam hitam ada satu titik putih...dalam byk kebaikan pada sesuatu mesti ada juga keburukan..dan dalam byk keburukan pada sesuatu itu mesti ada juga kebaikan......

sekian..

Sunday, January 31, 2010

Pembukaan blog Prasekolah SK Masaum

assalamualaikum dan salam sejahtera..

gembira mengumumkan pembukaan blog prasekolah ku.. meniru barangkali rakan2 yang sudah ada blog pra mereka..

http://guruprasekolah.blogspot.com/

sekian terima kasih

Sunday, January 17, 2010

me @ SK Mesaum 4

assalamualaikum dan salam sejahtera..

rajin plak aku nk update blog.. nk cite satu benda la..

hari pertama aku di kelas pra.. "hari ni hari ape??"...diam je bdak2 tu.. "okey, dgr ni semua... hari ni hari khamis.. smua ikut ckgu.. HARI NI HARI KHAMIS..maka mengikut la smua bdak2 kcil itu..

hari kedua "hari ni hari ape?"..."hari khamis..." serentak dan begitu konfiden...

hari isnin berikutnya... "hari ni hari ape?"..."hari khamis!!!"... konfiden betul bdak2 ni..

hari selasa berikutnya.. hari ni hari ape?... "hari khamis!!!"...

begitulah setiap hari.. jenuh aku membetulkan... siap bercerita semalam hari ape.. esok hari ape.. n so on.. lepas tu jenuh plak mengulang2 psl hari.. hehehe

then mngkin hari pertama aku melekat begitu kuat dalam ingatan mereka.. sabar je la kan..

sekian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...