Subscribe:

Pages


Bacalah Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sunday, October 2, 2011

tradisional vs moden vs alternatif

Assalamualaikum,


Ni hasil dari perbincangan ringkas dengan isteri. Memang banyak benda kalau kita berbincang dia senang bercambah dan menjadi sesuatu yang baik.


Dewasa ini, kita perhatikan kecenderungan orang melayu a.k.a islam di Malaysia mempunyai banyak jalan untuk masalah. Kita fokuskan di sini mengenai sakit.

Kalau dulu, hanya ada rawatan tradisional. Pernah dengar macam mana orang merawat perempuan yang bleeding sewaktu bersalin. Aku pernah tanya dengan orang kampung disini, mereka menggunakan sejenis minuman herba dari hutan, katanya memang selepas beri minum tu, darah cepat betul berhenti. Tapi katanya sekarang mana lagi mau dapat, hutan kelapa sawit apalah yang ada.

Masa berlalu, kita didedahkan dengan perubatan moden. Tokoh terkemuka dalam islam iaitu ibn sina. Perubatan mengalami evolusi saban hari melalui penemuan baru samada dari segi ubat-ubatan atau cara merawat. Mungkin sepuluh tahun lepas, orang kita takut untuk dibedah, tapi dengan perkembangan teknologi sekarang, kita ada keyakinan untuk menyerahkan diri kepada doktor.

Seiring dengan masa berlalu, terdapat perubatan tradisional yang dimodenkan atau penemuan baru yang kita boleh kategorikan sebagai perubatan alternatif. Biasanya pengusaha ini bergerak secara individu dan mempromosi dari satu pintu ke satu pintu atau sekarang dari satu web ke satu web. Kebanyakan mereka ni pula bergerak dan berkempen atas testimonial pengguna sebelumnya. (kenapa testimonial penting dalam perbandingan, sebab dalam perubatan moden doktor tidak menggunakan testimonial untuk mengesahkan produk yang diguna mereka tapi melalui ujian klinikal)


Jadi ke mana hala tuju entri ni, pernah baca buku ni.


Buku ni mengisahkan seorang kanak-kanak (bapanya kumpulan raihan tu) yang disahkan mengidap brain tumor seawal 3 ke 4 tahun. Jadi dirangkumkan dalam buku ni mengenai bagaimana si ibu dan ayah berusaha semampu mungkin untuk merawat anak mereka. Alhamdulillah sehingga ke saat ini anak ini masih mampu untuk bernafas bersama kita.



Aku boleh katakan buku ni merupakan pertembungan antara rawatan alternatif dengan rawatan moden. Ini boleh dikatakan testimonial yang agak hebat kerana dibukukan. Bahkan bakal menjadi rujukan kepada sesiapa sahaja dan mungkin antara kita, yang mungkin diuji dengan ujian seperti ibu bapa kanak-kanak ini.

Memang kalau kita berada ditempat kejadian dan hanya menjadi penonton, kita boleh cakap apa saja. Tapi cuba bayangkan kita sebagai pelakon. Mampu atau tidak kita nak buat keputusan seperti mereka ni.


Kita tinggalkan dulu buku ni, pernah baca kandungan blog ni,


Memang ni blog anti-MLM. Tapi ada berapa kandungan dalam blog ini yang membidas sesetengah dari kita yang begitu percaya dengan testimonial. Contohnya macam herbalife yang boleh mengatasi masalah gemuk, pendant Q-net yang boleh merawat pelbagai jenis penyakit, air ECPI yang lebih alkali yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit juga.

Jadi, di mana kita. Betul lah seperti ungkapan ini, tiada penyakit yang tiada ubat kecuali mati. Malah orang selalu memberi semangat untuk berusaha selagi mampu mencari apa saja cara untuk menyelesaikan masalah. Pernah dengar kes begini, seorang mengidap penyakit hati, sudah beberapa kali dibedah di hospital selayang. Turut pergi mendapatkan rawatan di tabib2 atau pengamal perubatan alternatif, akhirnya meninggal dunia juga.

Pada aku, semuanya bergantung kepada individu untuk memikirkan baik buruk. Tapi satu benda kena sematkan dalam hati, semuanya dengan izin Allah jua. TanpaNya kita tak mampu untuk berbuat apa2 hatta untuk mengangkat sebatang jarum pun. 


Kalau kita fikir2 balik memang ada rasional juga untuk mereka2 untuk mendapatkan rawatan alternatif. antaranya kos perubatan moden yang baik terlalu mahal. Memang boleh diselesaikan dengan kad perubatan a.k.a insurans tapi berapa ramai yang mampu untuk beri komitmen setiap bulan. Bagaimana dengan nasib pelajar, pekerja kelas bawahan atau buruh yang bergaji kecil.

Jadi, terpulang kepada masing2 untuk menilai. Biarlah kita jumpa seratus orang pun pakar, kita juga akhirnya yang akan membuat keputusan. Yang terbaik lakukan solat sunat istikharah. InsyaAllah Allah tidak akan membiarkan hambanya menanggung beban lebih dari kemampuannya.

sekian, wassalam.


p/s boleh sambung chatting dengan isteri balik.

0 respon baek punya:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...