Subscribe:

Pages


Bacalah Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Showing posts with label mutiara. Show all posts
Showing posts with label mutiara. Show all posts

Tuesday, September 20, 2011

Terbaekkk!!!... ARE WE??

Assalamualaikum,


Ni pun antara artikel yang termasuk dalam kategori 'dah lama dah...". Aku kadang2 banyak isu nak kongsi dalam blog ni tapi aku manusia lemah tambah biasa yang mudah lupa. Tahap lupa aku makin teruk bila dua kali aku tertingal laptop. Satu masa nak balik sabah dan satu lagi tertinggal di pekan Telupid masa nak masuk ke dalam. (masa sedang mengarang ni actually sedang menunggu reply YM dari isteri, maybe dia tertido dah ni).


Dekat dua tahun aku berkelana ni sabah ni, banyak benda yang aku belajar. Ketepikan dulu soal jalan raya atau shopping complex atau bandar2 yang segan hidup mati tak mahu, kita fokuskan kepada benda yang lebih serius sikit, pasal kemajmukan agama yang ada di sini. Aku takde la nak mengulas panjang pasal jumlah penganut agama islam berbanding dengan kristian atau ape, atau nak keluarkan statistik berapa jumlah masjid dan gereja, tapi aku nak bawa satu perbualan yang aku tersentappp sangat lama dulu.




"... ko tengok itu si Ali (bukan nama sebenar), dulu masa mula2 masuk, perghhhh. Solat tak pernah tinggal. Lepas tu kalau kau lalu jak di rumah dia waktu maghrib sure ko akan dengar suara dia mengaji. Tapi sekali dia putus tunang, dia couple plak dengan satu orang kampung tu, pastu boleh plak diaorang tinggal satu rumah. Pastu tak tahu lah apa jadi. Alih2 dengar cerita mak bapak itu budak suruh dia kahwin sama itu cikgu. Sekarang macam teda sudah, macam pindah sudah dia...."





Masa ni aku duk mendengar cikgu2 senior ni duk bercerita pasal guru2 yang skandal. haihhh..Guru yang bercakap di atas adalah kristian.


Jadi apa isinya. Seorang kristian boleh bercakap macam tu. Agak2lah kan apa nilai murni yang berjaya diambil oleh kawan aku ni. Terkedu aku.



Aku dari dulu tak suka untuk bercakap banyak tambah pula pasal benda2 tak baik ni. Antara sebabnya banyak dah aku duk tengok orang yang pong pang sana sini orang ni buat benda jahat la apa la, last2 tiba2 dia plak yang kantoi buat benda tu. Sama sebijik plak tu.

Itulah cabarannya kan. Bila kita cuba berniat baik dan cuba memberi kesedaran, kita juga akan diuji. Jadi selain dari mengambil iktibar dan memberi pengajaran kepada orang lain, kita kena selalu buat check up kepada diri sendiri.



Berkaitan dengan cerita di atas, banyak betul isu yang muslim di sini yang aku rasa menyebabkan orang lain jauh dengan islam. Sebenarnya sebagai muslim, they expect us to behave, to be a good person, punctual, bersih, rajin, baik, dan segala2 yang baik2 belaka. Tapi malang dan sedih bila kita lebih bangga untuk menjadi seperti mereka demi merasakan untuk lebih mudah diterima dan cool.

Kesimpulannya, sentiasalah check diri sendiri.

sekian, terima kasih.

Friday, December 18, 2009

sekadar berkongsi

assalamualaikum dan salam sejahtera..

malam rabu lepas mak aku berjaya mengheret aku ke masjid untuk mendengar ceramah agama.. tafsir ayat2 al-quran..

mendengar ustaz tu bercakap mmg srunuk.. sgt tertarik dgn cara ustaz tu menarik minat org2 kg dengan cuba meniru loghat2 org kg.. hehe..

isi tafsiran ayat tu berkenaan dengan (maaf x ingat sudah ayat mana) lebih kurang beginilah.. "adakah mereka yakni orang2 yang mengucapkan kalimah syahadah akan ditinggalkan begitu sahaja yakni tanpa di uji"... emm.. maknanya adakah kita mengaku kita telah berimana dengan Allah taala maka kita akan selamat.. Allah akan memberikan ujian samada berbentuk kesenangan atau kesusahan kepada kita..

kemudian berbangkit satu soalan berkenaan dengan tugu negara.. komen ustaz itu ialah sememangnya perkara berkenaan bertentangan dengan ajaran islam.. kemudian beliau menambah mengenai patung2 teddy bear yang banyak disimpan di rumah.. itu pun tidak boleh.. hanya dibolehkan petung2 permainan anak2 kecik.. maka aku teringat ramai kawan2 aku mempunyai patung2 teddy bear dan berbagai2 lagi sebagai koleksi mereka.. emmm.. mungkin mereka ada hujah mereka.. tapi risiko dari menyimpan koleksi patung begini menurut ustaz fahmi ialah ketidakhadiran malaikat rumah ke dalam rumah.. maka sekiranya malaikat tak msuk maka makhluk lain pula akan hadir..

malam tu aku pulang ke rumah dengan seribu satu keinginan untuk menyampaikan.. moga ramai yang akan membaca entri ini.. berilah pendapat.. moga kita akan sama2 belajar..

Thursday, October 22, 2009

utk renungan diri ini..

ISU MURTAD: TOLONG BACA



'Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu?
Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman,
tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes
murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikutboyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu
seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu,
paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu.
Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara
kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya
dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah..
Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita.
Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun
1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan
Melayu atas alasan keluar dari Islam.


Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari
Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad.
Menurutnya sehingga Julai 1997,3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun
1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad,
sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita
Zulkifli Nordin.. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes
ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu.. Sistem
pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari
segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan
dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut..

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman
kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan
pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih
di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang
sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke
sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan
diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat
Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang
bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir.
Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa
yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya
Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ...

Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam.. Dia didedahkan dengan gerakan
Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible..... Dari segi keterampilan, dia
budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-
bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C.
Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari
telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia
telefon 19 Nov 1997,

'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu,
Intan dah kristian.'


Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad.
Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh
murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV
menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat?
Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir
laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ...


Butir asal permohonan.. .......


Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina
Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan
untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang
permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah.
Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan.
Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu
menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28
November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.


Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah
untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada
Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk
Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'

Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung
secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan
bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama
pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan
menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun)
berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan
orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita
sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila
berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil,
undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah
acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan
sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik,
ekonomi.... semua tak termasuk..

Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang
bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah
hukum syara'.


Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.....

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa
mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya..
Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah
dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya
selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya
anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya
dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang
dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan
boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan
nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan
kedai tu..


Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan.
Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan
akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya
menggelupur sendirian.. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat
report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik
lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang
mempertahankan kekasih Hindunya.
Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang
diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina
bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari.
Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ),
Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh
seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya
kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut.
Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan
hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai
tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta
dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan
hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal
Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki,
nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam.
Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa
anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup
2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak
lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat,
dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas
anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni
pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada
si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik
budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap!
(padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar).
Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu
kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni,
dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan
oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun
telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman
anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia
ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia
masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak.
Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat
perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk
dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama,
kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur
16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas,
dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari
jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang
Suzie isytiharkan agamanya sendiri.
Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak
dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil
menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih
nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan
Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab
itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas
sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga
yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.


Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti
Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu
kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari,
pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita
mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia
Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu
dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret
di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir
akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung
di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah
tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'.... Berlari Amar menemui
Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang
mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy
kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa
itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus,
tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama
Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah
saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang
berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang.
Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah,
seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut.
Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada
ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah
hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan
di kubur Bukit Kiara.
Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka
bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena
dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara
kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis
agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW
berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada
umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti
satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya
'Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan
lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam,
petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi.
'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia
jual agamanya dengan nilai dunia'.


Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad
ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.
' Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan
cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak
nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap,
dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya.
Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan
Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew'
(tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak.
Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu
ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi
punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.
Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang
kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam
perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6
yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada
ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin
Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan
tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada
mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu
tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang
kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar
strategi.... Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas
orang Islam.'

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam
Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511
kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam
Pattani .. Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama
lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ...
semuanya satu demi satu..

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama
kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita
tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa
tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang
bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak
sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang
nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa,
ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu.. Waktu siang asalnya ubi kayu kita
letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai.
maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya
kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW
kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata
macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan
nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang
mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam
sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke
negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini
tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system
kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah
digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud
dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang
diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam
sifat kerohanian, bukannya organisasi.... Dirasa kesegarannya, bukan bersikap
kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak
menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal,
menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar
dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang
bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,
dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim
Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya
dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-
paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak...
Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion,
bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah.
Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma
adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni
mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan
menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan
mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah
besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang
lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita
semua.

Akhir sekali,
email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa
saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku
Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum
terlambat.

#kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan
email ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar
perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan
akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab
ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa
perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan
sentiasa mencari-cari jalan yang betul.

Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita
sehingga kita kembali ke sisi-Nya.. Sementara itu, berhati-hatilah dalam
apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah.

aku copy paste email ni kat blog aku jer.. sape nk aku forward sila bgi
email dia..
harap ada manfaat pada semua.. sekian..

Friday, October 16, 2009

tahap sensitiviti kita

assalamualaikum dan salam sejahtera...

hari ini aku diizinkan oleh Allah utk hadir kemasjid walaupun slps maghrib baru aku tiba... insafkan diri.. hadirkan slalu ke rumah Allah itu ya Mustakim..

hari ni ada satu forum yg berkisar dengan satu topik yg sebenarnya hangat tapi sayang tidak ada lagi entry di mana2 blog sahabat2 ku.. mungkin mereka lupa.. tp jangan tidak peka..

topik nya berkisar mengenai satu gerakan NGO utk membantah tindakan SIS yang meminta mahkamah tinggi syariah negeri pahang untuk meminda enakmen yg berkaitan dengan undang2 jenayah... dan secara lebih spesifik adalah berkenaan dengan hukuman sebatan 6 kali ke atas kartika.. so rsenya skrg semua sudah maklum kan..

aku tertarik dgn hujah dari seorang panelis berkenaan dengan limitasi hukuman yang bleh dijatuhkan oleh mahkamah syariah iaitu formula 3-5-6.. faham???.. bermaksud hanya maksimum 3 tahun penjara, denda rm5000, dan 6 sebatan.. hanya itu hukuman maksimum yg bleh dijatuhkan oleh mahkamah syariah..

katanya lagi.. dengan keadaan mahkamah syariah yg sudah terbatas ini pn masih ada lgi pihak yg mahu membantah.. kalo nk dikira dengan formula 3-5-6 ini.. mmg jauh sgt sbnrnya dari kehendak syariah.. jadi tindakan SIS utk cuba mencabar keputusan mahkamah syariah pahang dirasakan telah menghina islam, undang2 islam, mahkamah itu sendiri dan juga sultan yg berkuasa dlm hal ehwal islam negeri..

apa yg hendak diperkatakan oleh aku kat sini adalah berkenaan dengan sejauh mana kita sebagai bakal guru dalam menangani isu ini.. adakah kita hanya membaca surat khabar atau blog dan sekadar hanya membaca.. selepas itu apa???

tertarik dgn kata2 panelis apabila dia mengingatkan aku tentang hadis yg wajib aku hafal masa f2.. setiap kamu adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinan kamu..

rasanya setakat itu jer la.. moga memberi peringatan kepada yg membaca dan yg menulis ni..

sekian...

Sunday, September 6, 2009

anak kecil penjaja kue

http://idhamlim.blogspot.com/2009/09/anak-kecil-penjaja-kue.html

satu artikel yang sgt menarik...meh kita sama2 baca dan hayati maksud yang tersirat terutama kpd rakan2 yang akan bekerja thn dpn...duit bukan ukuran semata...

Seorang pemuda yang sedang lapar pergi menuju restoran jalanan dan iapun menyantap makanan yang telah dipesan. Saat pemuda itu makan datanglah seorang anak kecil laki-laki menjajakan kue kepada pemuda tersebut, “Pak mau beli kue, Pak?” Dengan ramah pemuda yang sedang makan menjawab “Tidak, saya sedang makan”.

Anak kecil tersebut tidaklah berputus asa dengan tawaran pertama. Ia tawarkan lagi kue setelah pemuda itu selesai makan, pemuda tersebut menjawab “Tidak dik saya sudah kenyang”.

Setelah pemuda itu membayar ke kasir dan beranjak pergi dari warung kaki lima, anak kecil penjaja kue tidak menyerah dengan usahanya yang sudah hampir seharian menjajakan kue buatan bunda. Mungkin anak kecil ini berpikir “Saya coba lagi tawarkan kue ini kepada bapak itu, siapa tahu kue ini dijadikan oleh-oleh buat orang dirumah”.

Ini adalah sebuah usaha yang gigih membantu ibunda untuk menyambung kehidupan yang serba pas-pasan ini.

Saat pemuda tadi beranjak pergi dari warung tersebut anak kecil penjaja kue menawarkan ketiga kali kue dagangan. “Pak mau beli kue saya?”, pemuda yang ditawarkan jadi risih juga untuk menolak yang ketiga kalinya, kemudian ia keluarkan
uang Rp 1.500,- dari dompet dan ia berikan sebagai sedekah saja.

“Dik ini uang saya kasih, kuenya nggak usah saya ambil, anggap saja ini sedekahan dari saya buat adik”.

Lalu uang yang diberikan pemuda itu ia ambil dan diberikan kepada pengemis yang sedang meminta-minta. Pemuda tadi jadi bingung, lho ini anak dikasih uang kok malah
dikasihkan kepada orang lain.

“Kenapa kamu berikan uang tersebut, kenapa tidak kamu ambil?”.

Anak kecil penjaja kue tersenyum lugu menjawab, “Saya sudah berjanji sama ibu di rumah, ingin menjualkan kue buatan ibu, bukan jadi pengemis, dan saya akan bangga pulang ke rumah bertemu ibu kalau kue buatan ibu terjual habis. Dan uang yang saya berikan kepada ibu hasil usaha kerja keras saya. Ibu saya tidak suka saya jadi pengemis”.

Pemuda tadi jadi terkagum dengan kata-kata yang diucapkan anak kecil penjaja kue yang masih sangat kecil buat ukuran seorang anak yang sudah punya etos kerja bahwa
“kerja itu adalah sebuah kehormatan”, kalau dia tidak sukses bekerja menjajakan kue, ia berpikir kehormatan kerja di hadapan ibunya mempunyai nilai yang kurang. Suatu pantangan bagi ibunya, bila anaknya menjadi pengemis, ia ingin setiap ia pulang ke rumah melihat ibu tersenyum menyambut kedatangannya dan senyuman bunda yang tulus
ia balas dengan kerja yang terbaik dan menghasilkan uang.

Kemudian pemuda tadi memborong semua kue yang dijajakan lelaki kecil, bukan karena ia kasihan, bukan karena ia lapar tapi karena prinsip yang dimiliki oleh anak kecil itu “kerja adalah sebuah kehormatan”, ia akan mendapatkan uang kalau ia sudah bekerja dengan baik.

CATATAN :
Semoga cerita di atas bisa menyadarkan kita tentang arti pentingnya kerja. Bukan sekadar untuk uang semata. Jangan sampai mata kita menjadi “hijau” karena uang sampai akhirnya melupakan apa arti pentingnya kebanggaan profesi yg kita miliki. Sekecil apapun profesi itu, kalau kita kerjakan dengan sungguh-sungguh, pasti akan berarti besar.

penulis : Ruddy Suryadarma

pagi ahad yang menginsafkan

tuhanku
aku tidak layak
untuk syurgaMu
tetapi aku tidak pula
sanggup menanggung
seksa nerakaMu
dari itu kurniakanlah
keampunan kepadaku
ampunkanlah dosaku
sesungguhnya engkaulah
pengampun dosa2 besar...

(untuk diri yang banyak dosa kepadaMu Ya Allah...yang sering mengingkari sumpahku kepadaMu..ampunkan hambaMu ini Ya Allah)

Wednesday, August 19, 2009

ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIR..


http://idhamlim.blogspot.com/2009/08/andai-ini-ramadhan-yang-terakhir.html
Dapatkan banyak lagi dari blog ini...


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu

sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

Tuesday, August 18, 2009

posisi tidur menurut islam dan sains

http://idhamlim.blogspot.com/2009/08/posisi-tidur-menurut-islam-dan-sains.html

Diriwayatkan daripada Barra2 bin 'Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن...
Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidor dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:
"Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gump alan belakang badan yang besar yang mengh alan g dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. "

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah 'Times' telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.
Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya." (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam." (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang

Dr Zafir al-Attar berkata:
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.
Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara...
Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri
Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Rujukan: Mausuah al-I'jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak oleh Dr Nadiah Toyyarah, Musnad Imam Ahmad dan kamus.

Moga ada manfaat,

Saturday, August 15, 2009

Enam perkara yg Allah sembunyikan.....

sumber,
http://idhamlim.blogspot.com/2009/08/enam-perkara-yg-allah-sembunyikan.html

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.

'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmuitu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.' Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?' Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikansyurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...' Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh men empuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: 'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ' Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan..... .' Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan.... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S..W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

Thursday, August 13, 2009

berjiwakah aku....

salamun alaik..

bbrp mggu lps pn ct saleha ada cite kisah anaknya yg xbrapa sehat.. dua tiga hari lps mkn asyik muntah jer..then anak dia smpi lembik2 trus..kisahnya bermula pabila dia menghantar anaknya ke hospital serdang... mmg pada tika tu ramai orang menunggu...

pn ct menyambung lg.. lama dia menunggu.. sampai anaknya x tahan trus muntah jer atas lantai dpn orang ramai..mmg kesian mendengar..then staff or sape2 yg berkenaan skdr tgk jer.. pn ct ckp mmg time tu ramai orang tp kesian la kat budak tu sbb dah smpi lembik...

last2 pn ct bwk anak dia g hospital an-nur.. stop di situ saja crita dia..agaknya selesai la kot..

tapi kesimpulan yg dia buat..."tgk ea skrg ni mus, sekarang nilai kemanusiaan orang mcm dah xda..smpi tahap cmtu skali ttp dipeduli, mcm skrg kita tgk cikgu2 la..ngajar skdr ngajar utk ckp syarat dpt gaji..ckp thn naik gred n so on smpi pencen..orang skrg bekerja mcm dah xda jiwa sebagai manusia...kerja ikut buku jer..."

then aku terfikir..betul jgak kan...di mana2 saja skrg...even aku sendiri selalu memikir cmne nak survive...pedulikan la orang lain...biarlah orang lain xdpt asalkan aku dpt..biarlah orang kalah asalkan aku menang....jadinya wujudlah orang yg lebih percaya pada anjing, pada kucing, pada harmster, n sebagainya dan bukan kepada abg, kepada adik, kepada kakak, kepada ayah n mak, kepada rakan dll....

begitu lah kan..

moga ada manfaat kpd yg membaca..

sekian wassalam..

Wednesday, July 29, 2009

Tugas Hakiki kita sebenarnya ini..

di ambil daripada http://idhamlim.blogspot.com/2009/07/beautiful-hadith.html...

"Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beramallah kamu seolah-olah kamu akan mati keesokkannya"

Hadis yang Menarik


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'


Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'


When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because
Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'


May Allah bestow this favour on all of us.

Saturday, April 18, 2009

Hilang Pedoman...

lemahkah mereka...
tnduk patuh...
mengangguk gila..
tekun bekerja...

lemahkah mereka..
kasih cinta...
lalu mengikut..
buta tuli..

lemahkah mereka...
gugur air mata..
merayu hiba..
pada kasih yang fana..

lemahkah mereka..
menjadi hamba..
menghambat sayang mereka...
mengejar memburu...

lemahkah mereka..
lalu dibiarkan..
diketepikan dihina...
dibuang begitu sahaja..

siapakah yang lemah begini..

Sunday, April 12, 2009

keramat

salam blogging...

berundur bukan menyerah...
marah bukan x sayang..
berpisah bukan benci...
menjauh bukan busan...
diam bukan kelu...

hati ingin bicara...
laku ingin membuat...
banyak mahu dikata..
banyak mahu dikota..

aku kelu..
aku jadi keliru...
tiada kata hikmat...
tiada tingkah keramat..
kerana aku manusia biasa...
ingin menjadi luar biasa...

lalu kadang aku jauh sesat..
lalu aku pingin kembali..
mencari dasar...
mencari mutiara...
yg semakin hilang.
lantaran mata memandang langit..
dada mendongak tinggi..

moga diri akan diterima..

p/s : sekian lama x posting pape rasa mcm ralat.. ingin berkarya dgn cara mus.. x kisah la nk or xnk bce.. yg penting "INI BLOG AKU!!!"...hehehehe..

Sunday, February 8, 2009

intipati ceramah ust Rani

assalamualaikum...bismillah...



mlm ni aku diizinkan oleh Allah untuk melangkah masuk ke dalam masjid dan berjaya untuk meletakkan diri aku dlm ceramah yang disampaikan oleh ust. Rani..sblm dgt ceramah aku br perasan yang aku duk sblh pengarah jer..ingat kan sape sbb dressing sluar slack ngan bju melayu jer..then dia tegur aku "sejak turun pangkat ni trus xnmpk muka ea"....hehehe...ingat lagi dia kat aku..



lps tu aku dgr la..so aku post entri kat sini berkenaan dgn intipati ceramah tu sbb aku nak kongsi dgn sesape yg xdtg n moga ada keberkatan jugak di situ...



aku just bg point jer la...kalo ada sape nak tmbh masukkan je dlm komen tu...

1) Umat islam sekarang kurang kebergantungan kepada Allah s.w.t..contohnya dalam kes palestin..umat islam lebih menaruh harapan kepada kuasa barat seperti amerika utk menyelesaikan masalah tersebut..mcm yang kita baca dalam surah al-Fatihah "hanya Engkau yang kami sembah dan tempat kami meminta meminta pertolongan"....

2) Kemudian umat islam kekurangan tokoh kepimpinan yang mampu membawa dunia islam ke tahap yang sepatutnya..betul jugak tu..sbb Ust Rani menegaskan betapa pentingnya seorang pemimpin yang hebat kerana ini yang akan menentukan sejauh mana sesuatu umat itu mampu untuk survive...kalau kita tgk keadaan sekarang di mana umat isla ditindas di mana2....usah di lihat pada Palestin....saudara kita di selatan Thai, di mindanao, di Ambon indonesia telah mengalami penindasan yang tidak terbayang...jadi mana pemimpin kita yang mengaku sebagai orang islam..kita memerlukan pemimpin yang bukan setakat mampu berkata2 seperti Erdogan tp pada masa yang sama mampu untuk membela saudaranya seagama dengan tangan mereka...

3) Perlunya kepada pemimpin yang adil...dalam mengulas isi ni..Ust Rani memberikan contoh Saidina Umar..bagaimana Saidina Umar sentiasa mengambil berat mengenai hal ehwal rakyatnya....beliau akan meronda pada malam hari untuk melihat sendiri apa yang sedang dilakukan oleh rakyatnya..malah apabila beliau mendapati terdapat rakyatnya dalam kesusahan maka terus dia menghulurka bantuan...kalau kita tgk sekarang ada ke pemimpin kita yang mahu mencontohi keperibadian Saidina Umar...rasanya mereka lebih memilih untuk hidup mewah tanpa mempedulikan rakyat yang melarat...

rasanya setakat tu je yang mampu aku recall....actually entri ni pttnya aku post smlm tp mcm xda idea nak menaip smlm....alhamdulillah aku bleh recall sket2..pttnya ada lagi point tp biasalah aku ni manusia biasa saja...

begitu saja lah....sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...