Assalamualaikum...
sejak dua menjak ni, banyak kejadian berlaku di sekeliling aku. perubahan kepada atmosfera sekeliling terkadang menyesakkan namun adakalanya terasa begitu lapang.
kita selalu berfikir adakah sesuatu keputusan itu betul atau tidak. terkadang kita cenderung untuk menilai sesuatu keputusan tu berdasarkan kepada outcome keputusan tu. mungkin pada saat ini, kita mahu kembali membetulkan balik keadaan dan akhirnya kadang2 kita tak pernah membetulkan apa2 jua keadaan pun.
sebagai manusia biasa, kita tetap punyai keinginan luar biasa. padahal kita patut sedar limitasi selaku makhluk biasa yang sempurna kejadian punya banyak lompong.
ada kala aku terpikir terlalu keras dalam membuat keputusan. bila ada yang jengkel dan memandang separuh mata, aku mula rasa goyah. tapi bila difikir balik, apapun tak salah untuk membuat silap.
selalu kita mengharapkan agar kita difahami. supaya segala keputusan dirasionalkan sebaik mungkin. namun kita juga perlu sedia untuk langsung tidak dipeduli. lumrah.
sekian, terima kasih.
pErTh bOund
7 years ago
0 respon baek punya:
Post a Comment