assalamualaikum dan salam sejahtera..
hari ni boleh dikatakan garisan penamat kpd aku sebagai guru pelatih di IPBA dan IPIS.. tamat je exam tdi xda rse pape sgt sbb rse nak abiskan cepat2.. patut aku duduk je dlm dewan tu hirup udara dewan semasa exam puas2 kan..tpi ketaksabaran utk bebas dari belenggu modul sejak empat tahun lepas membuat aku mengangkat kaki keluar trus dari dewan..
keluar dari dewan aku perlu bersedia jiwa raga kerana selepas ini alam baru bakal aku tempuh.. bukan alam cakerawala lain tapi alam cikgu la pula...syukur kepada tuhan kerana dengan izin-Nya aku lepas juga setelah banyak rintangan dan halangan dan aku hampir tersungkur di tengah jalan.. mungkin di sini tempat aku.. di sini aku punya peranan untuk dimainkan.. punya fungsi untuk dijalankan.. mungkin impaknya tidak sebesar iceberg yg tenggelam tp aku pasti aku punya kesan di sini..
aku perlu kuat semangat selepas ini..
petang tadi aku dan rakan2 dirai oleh persatuan prasklh.. wjud rupanya persatuan begini.. haha.. seingat aku masa sem 1 kami pernah perlu mengadakan aktiviti untuk persatuan pra utk gerko tp mungkin kerana tika itu gerko masih bernafas dalam lumpur dan kami memang tidak mahu menyusahkan diri maka persatuan itu pun berlalu di telan arus..
tatkala ucapan2 oleh pengucap mengusik gegendang telinga aku, aku masih tiada perasaan ape2.. tapi pabila video yg disediakan oleh hakim dimainkan... ditamabah dengan efek lilin ala2 demo nizar dlu aku dan rakan2 (pasti kan) berasa sangat tersentuh hati..begitu menyentuh perasaan...tambahan kami sebenarnya tidaklah berapa mengenali kerana mungkin terdapat gap batch antara kami..pernah bekerjasama membuat aktiviti tapi tak berapa begitu rapat..
jadi rasanya aku tidak rugi ape2 untuk menyatakan perasaan terharu dan berterima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang bertungkus lumus menyediakan majlis untuk kami..terasa kami kelas yang sangat beruntung pula..pada satu ketika kami berasa berada terlalu bawah di sini.. tiada dipedulikan oleh warga lain kerana mungkin berlainan ideologi dan fahaman tapi hari ni aku sangat teruja dengan diperlakukan begini...
sekali lagi terima kasih...bak kata mr. stylo xtau ape nk buat untuk ckp trima kasih.. tgkp gmbr beramai2 je yg termampu..THANKS..
sekian wassalam..
pErTh bOund
7 years ago
7 respon baek punya:
benar.
hidup ini roda
ada di atas ada di bawah
dulu kita di bawah dan hari ini kita di atas
p/s: yes bebeh. sangat terharu dengan usaha diorang. berasa diri ini begitu berharga dan dihargai
T_T
sangattttt!!!sangat terharu!!balik bilik baca ucapan2 dorg, bertambah terharu aku..huwaaa..
yes akem,
memang rse seperti di awang awangan..
mcm lembing awang pulang ke dayang..
begitu fantastic bukan..
anne,
mereka begitu kreatif la anne.. mmg wajar bg mereka lima bintang..
idup susah mati pun susah
qema, let have a nice talk here.. there are lot of things to be considered
emmm..laa..tak maksud pape pn..cme teringat apek dlm cte p.ramlee tu je..
hehe... lek la mus, takan pasal skrip apek pun nak marah? ngeh2... bakpe junior2 aku kat sini tade wat majlis cam ni ek? aku komen blog ko mus, ko je tak komen post aku.... kejam seh ko
Post a Comment