assalamualaikum dan salam sejahtera..
sedar x sedar dah seminggu aku ada kat bumi sabah... minggu lepas rasanya sudah lama pada waktu seperti ini aku n abg aku bersama emakku dalam perjalanan ke kuala lumpur utk ke klia pada pginya.. yup.. perasaan pada ketika itu sangat tidak dapat digambarkan kerana kepala begitu pusing renit memikir apa yang bakal aku tempuh nanti..
akhirnya seminggu sudah aku di sini...masih bernyawa lgi.. masih bergelak ketawa.. memang aku akui sedikit sebanyak aku sudah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di sini..
rutin di sini sama saja.. barangkali kerana sumber yang sangat terhad maka setiap yang berada di sini menerima sahaja tanpa komplen.. tiada istilah bosan di sini..
setiap pagi aku bangun awl di sini mengikut waktu semenanjung.. 530 pagi beb.. haha.. kemudian bersiap2.. kadang2 tidur sebentar kerana kelas hanya akan bermula pukul 720.. usai menyiapkan diri aku terus menyediakan sarapan.. masak air.. bancuh air milo dan kemudian cicah dgn biskut jacob.. haha..begitu rileks menikmati sarapan pagi di beranda melihat anak2 murid masaum berjalan kaki ke sekolah..
sebelum tu.. kami semua di sini mandi menggunakan air yang di pam dari bawah tanah.. syukur kehadiran ku di sini disambut dgn pekerja jabatan saliran air yang baru saja selesai memasang paip air graviti.. kalau x sebelumnya semua di sini menggunakan air hujan yang di tadah ke dalam tangki..bayangkan kalau musim kemarau.. arghh.. xdpt dibayangkan.. haha..
dalam 730 begitu aku melangkah ke pra.. lewat????... haha sebenarnya aku boleh dikata masih awl lgi..msuk ke klas ku ni memang menyusutkan sedikit.. pada awl kedatanganku lantainya memang kotor bangat.. sepertinya penghuninya memakai selipar di dalam kelas.. dgn tandas yang baunya perghhhh... dapur yang berselerakan.. adoii.. memang sakit mata memandang pada hari pertamaku..
jadi semalam aku dan pembantuku bergotong royong membersihkan kelasku...syukur sekali lagi kerana air sudah tiada menjadi masalah..lagi satu kasihan aku pada keadaan di prasekolah ni kerana kesan banjir pada tahun lepas menyebabkan banyak bahan sudah rosak dan tidak dapat digunakan langsung.. byk big book yang rosak.. di tambah dengan murid2 yang membawa pulang peralatan.. memang aku masuk ke sana dgn tiada apa2 bahan untuk mengajar anak bangsaku..
2 hari je aku sempat nak bersama murid.. jenuh jugak nak menghafal nama mereka.. biani, bianti (kembar), riko, zefanny, danil, erlin. elisa... byk lagi tu.. hehe..ada yang sudah boleh mengenal huruf kerana sudah masuk ke pra thn lepas.. ada yang boleh sudah memegang pensel untuk menulis.. ada yang belum...
hari jumaat lepas aku diketawakan oleh guru2 di sini.. kerana aku telah terlibat dalam satu misi menangkap murid yang mahu lari dari kelas.. haha.. pagi2 sudah berkeringat kerana murid tu pantas beb melarikan diri pabila melihat aku... mujur aku ni enhem enhem... setakat budak 6 tahun bukan saingan aku la.. haha..
aku habis kelas dalam pukul 1130.. kemudian terus ke bilik guru lepak2 di sana..
ok la tu rasanya...nanti2 aku update lagi..
pErTh bOund
7 years ago
5 respon baek punya:
Ahaa,menarik nama2 depa tuh..
Sakula or Sadewi ada dak?
Hm, baguihla tu muszt, pagi2 ang bole excercise, main kejar2 ngan anak murid yang lari betaburan!
Cyaiyok Mustz!!
mmg sgt menarik.. terbelit lidah aku menyebut masa mula2.. tu xmsuk nama penuh lagi plus ngan nama penuh dorg.. sure terkeluar sereblum ko.. haha..
ko pun gd luck la ea.. tke cre.
hehe..sabar ja mus...
aku di sekolah ok..cuma aku xdpt nk thn sendirian..
sabar anem sabar.. ko x sendirian punya.. bykkan ibadat kpd tuhan..
eh, tim kai klas mu smpi kul 1130 sj ah?? mine til 12!!
Post a Comment