assalamualaikum dan salam sejahtera...
tertarik dengan komentar saudara Amzari berkenaan dengan pendidikan di Malaysia yang menurutnya bersifat dualisme.. maksudnya terdapat pemisahan antara bidang agama dengan bidang lain2 seperti sains, ict dll.. tetapi rasanya istilah yg lebih tepat tentulah sekularisme apabila berkenaan dengan pemisahan agama dari perkara lain..
usah memandang ke belakang mengeluh kenapa mesti begini.. kita sebagai pelapis guru khususnya perlu merangka strategi untuk cuba mengimbangi keadaan ini..especially aku la yg bakal keluar mengajar thn dpn..
teringat kata2 ustaz abu hisham sewaktu aku berdiskusi dgn dia.."kita sebagai guru apa perkara penting yang perlu kita ajar kepada murid?"... terkedu aku memikir apa jawapan yang ringkas tetapi dapat memenuhi kehendak ustaz abu hisham.. akhirnya beliau jawab " kita perlu ajar anak murid kita kenal dulu dengan Allah".. jadinya x kiralah kita ni cikgu pra ke cikgu ks ke cikgu agama ke cikgu bhsa arab ke cikgu english ke.. itu pokok utama yg perlu kita beri perhatian...
banyak plan yg bermain dalam kepala aku.. mungkin ini faktor pertumbuhan uban yang ketara berbanding dengan rakan lain.. perempuan aku xtau la.. haha.. mungkin nanti bila aku dah mengajar aku akan cuba aplikasikan pada diri aku dgn murid aku dlu.. kemudian mungkin aku punya hujah yang lbih kuat untuk berkongsi di blog ni.. insyaAllah..
aku punya ketakutan untuk berbicara mengenai perkara masa depan secara terbuka.."Ya Allah jadikan aku dan sahabatku golongan yang beristiqamah"...
sekian wassalam..
pErTh bOund
7 years ago
2 respon baek punya:
betul3..insyaAllah..kenal dulu dgn Allah..
yap.setuju.
Post a Comment