Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pertama kali aku bertemu dengan dia aku sudah tersalah orang. Mungkin kerana dia mengatakan dia menginap di hotel City tu, aku terus menerpa orang yang sedang menunggu di lobi hotel. Rupanya dia dah check out dan sedang menunggu aku dalam kereta di hadapan hotel. Nak dijadikan cerita orang yang aku tersalah tegur tu plak kawan sekampung dengan Hadi yang kebetulan ada bersama aku, patutlah dia beri respon bila aku gerak ke hotel, rupanya dia mahu menegur Hadi. malu malu malu.
Seperti biasa guru baru akan diraikan sebaiknya. Sememangnya adat di pedalaman ni, Hubungan menjadi cepat kejap, erat dan rapat. Mungkin komuniti kami hanya berkitar belasan orang, kami cepat mengenal budi dan pekerti masing2. Malah seakan2 masing2 dapat menyesuaikan diri atau menyembunyikan kegusaran tinggal dalam hutan kerana perlu untuk survive atau menjaga diri.
Dia menjadi rakan serumah dengan aku, sepantas masa berlalu, kami sudah boleh dibawa untuk berceloteh dan bersenda. Tiada hiburan tatkala itu, malah internet pun masih belum disambung, jadi kami banyak membunuh masa dengan membuka topik2 berkisar isu2 semasa, pengalaman di maktab, malah turut menjangkau hal2 seperti perkahwinan. Aku yang lebih dulu merasa perit menguruskan perkara dari dalam sentiasa berkongsi dengan dia.
Rupanya dia peminat tegar Shah Rukh Khan dan Awie.
Kami menjadi semakin rapat bila aku sering keluar masuk dengan dia. Jujurnya aku tahu, dia sebenarnya tidak betah tinggal di pedalaman. Jujurnya aku tahu dia sering merintih untuk keluar dari sini. Seperti aku, dia juga turut akan mengalami masalah sekiranya terus mengajar di sini sebab bakal isterinya di Kapit, Sarawak yang aku rasakan lebih jauh perjalanan berbanding dengan aku. Malah lebih membuak2 bila ada ura2 mengatakan penempatan dia akan dibuat semula dan dia akan ditukar ke unit pendidikan khas.
Hubungan kami melarat ke keluarga. Bila aku kerap turun ke KK untuk pulang ke JB, rumah dia menjadi persinggahan dan tempat aku parking kereta. Keluarganya terlalu baik melayan aku.
Memang satu ketika, hubungan kami berantakan. Sehingga pecah tak mampu di sambung kembali. Perbezaan itu kan lumrah.
Namun semua sudah menjadi kenangan. Dia telah sah bertukar ke sekolah lain. Tahniah untuknya. Semoga yang terbaik untuk dia. Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmatimu.
Semoga kita akan bersua lagi di lain hari. Selamat maju jaya.
Tribute to Jeboenz Khan.
pErTh bOund
7 years ago
0 respon baek punya:
Post a Comment