assalamualaikum dan salam sejahtera,
hampir dua tahun mengajar, sedikit sebanyak aku makin masak dengan alam guru.. tapi mungkin masih terhad kepada sekeliling aku ja.. sebab di sini, disini je lah duniaku..
aku berpendapat, mana-mana sekolah sebenarnya ada potensi untuk cemerlang. waima di pedalaman mana pun boleh. malahan pada pendapat aku di pedalaman lah medan untuk kita mengasah dan membuktikan ketulenan skil seorang guru. sebabnya di pedalaman (pandangan aku) semuanya diberikan oleh guru. murid datang ke prasekolah boleh dikatakan kosong dan hanya mengenal ABC di sekolah sedangkan kebanyakan murid di bandar atau pekan kecil sudah sedikit sebanyak belajar dengan ibu bapa malah telah pun masuk tadika seawal usia 4 tahun lagi..
tetapi apa yang aku perhatikan apa yang menyekat kecemerlangan sekolah itu, budaya salah menyalah ni seakan sudah berakar umbi.. melekat kuat.. guru LINUS salahkan guru PRA, guru sekolah menengah salahkan guru sekolah rendah.. akibatnya setiap guru cuba untuk menjadi hero dan mencari orang lain sebagai pesalah..yang kesian guru PRA la sebab tiada modal untuk salahkan sesiapa.. hehe
sebenarnya kita kena sedar untuk mendidik dan mengajar manusia bukan perkara yang magis.. proses ini bukan sehari dua dan sekelip mata.. jadi pada pandangan aku sebenarnya perkara ini dapat diselesaikan dengan permainan nombor.. seperti dalam konsep semasa menjadi ejen insurans.. kamu berjumpa 100 orang sekurang-kurannya 10 orang akan terima, kalau jumpa 10 orang mungkin 1 orang akan terima..
contohnya (dalam situasi aku)..
murid prasekolah (campur 5 dan 6 tahun) pada tahun 2010 ada 25 orang.. pada 2011 10 orang akan masuk tahun 1. kalau dari 10 orang itu, aku boleh dapat 4 orang untuk boleh membaca dan mengira (kiranya membaca dan mengira itu indikator sekarang untuk menilai kejayaan murid dan guru), maka pada pandangan aku, itu sudah dikira ok sebab untuk menumpukan 10 orang ini dalam kalangan 25 orang sebenarnya sukar pada aku.. tolong ambil perhatian, aku baru setahun mengajar dan mengajar di pedalaman sabah yang menggunakan bahasa campuran suku sungai dan murut)..
jadi pada 2011 katakan guru LINUS masukkan enam dalam linus tegar, aku harapkan pada 2011, sekurang-kurangnya 2 orang dapat ditingkatkan ke LINUS dan ada murid yang akan lepas kelas perdana.. maka prosesnya berterusan.. malahan NKRA menyebut sasaran untuk murid boleh membaca dan mengira hanya selepas 3 tahun persekolahan formal.. jadi pada aku sangat realistik..
tapi malangnya, dari hari pertama lagi bila ada sudah yang menuding jari kepada aku menyatakan murid aku teruk hatta menulis nama pun tidak tahu..maka aku boleh simpulkan mereka membuat generalisasi.. mereka tidak membuat analisa dari pemerhatian yang tepat untuk menilai murid yang hanya seramai 10 orang ini.. malah lebih mengecewakan aku sehingga ke saat ini, tiada ura-ura yang mengatakan ada yang akan masuk kelas perdana..
pada aku, sebenarnya ada yang sudah boleh masuk kelas perdana dari awal tahun lagi.. tapi mungkin kerana murid pada pandangan mereka tidak lagi layak maka terus tidak layak.. tapi tak mengapalah sebab tiada masalah rasanya sebab walapun semua murid LINUS, aku perhatikan silibus yang diajar adalah menggunakan buku teks yang tentunya hanya dipelajari di kelas perdana (betul kan).. malahan guru LINUS kelihatan terkejar-kejar untuk menghabiskan topik menjelang peperiksaan..
lebih ralat bila tiada usaha untuk melibatkan guru prasekolah dalam perbincangan mengenai hal ehwal murid.. seolah-olah diketepikan tetapi merupakan orang yang pertama untuk dipersalahkan..
tapi ini semua sebenarnya cabaran, maknanya mereka mencabar kita guru prasekolah untuk melakukan magis.. jadi apa salahnya kita sahut cabaran ini.. memang untuk tahun 2012, seramai 16 orang murid akan masuk tahun 1, dan aku jangkakan tiada yang akan masuk LINUS TEGAR dan 10 orang akan masuk kelas perdana.. mari kita lihat tahun depan..
insyaALlah artikel ini akan aku update balik tahun depann..
sekian..
pErTh bOund
7 years ago
0 respon baek punya:
Post a Comment