Subscribe:

Pages


Bacalah Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sunday, January 9, 2011

ckgu dewasa ini..

assalamualaikum dan salam sejahtera..

minggu pertama sesi persekolahan bercampur baur.. aku menjadi sangat teruja untuk melihat produk aku yang pertama melangkah yakin memasuki alam persekolahan formal.. dan lebih teruja untuk melihat anak-anak baru untuk tahun ni..

pgi isnin tu aku tidur juga selepas subuh.. kepenatan yang amat.. perjalanan tanpa henti sejak dari hari sabtu memang melelahkan. tambah lagi dengan pengalaman kali pertama naik flight dari johor bahru ke kota kinabalu dan langsung tanpa rehat dari kota kinabalu terus ke sandakan. sampai di sandakan tanpa kasihan rakanku mantan membawa ke rumahnya untuk makan. lebih menyeksakan terpaksa menunggu adiknya memanggang dulu daging kambing. bayangkan mereka hanya memanggang daging tersebut bila aku sudah sampai. lapar dan penat memang kombinasi yang mengantukkan. sedikit terubat dengan daging kambing panggang yang sememangnya kegemaran hasil asuhan isteriku. hehe.

jadi pagi isnin tu aku bersiap selengkapnya. berpakaian kemeja lengan panjang hadiah pertunangan dan tie sedondon, aku cuba tampil hebat. tambah dengan fakta menarik guru besar aku turut berada bersama kami pada hari ni. jarang sekali malah seingat aku tahun sekali saja dia masuk pada hari ahad tahun lepas. dari balkoni rumah kelihatan ibu bapa berkumpul di hadapan pra. makin teruja aku.

aku terus ke kelas. sayang xbanyak muka baru. sampai aku langsung xmengira statistik tepat murid baru ku. sebab jumlah keseluruhan yang datang pada hari pertama hanya 12 orang. sangat menyedihkan. aku mahu 25 orang. biarlah hingar bingar tapi aku lebih selesa dengan angka 25. semangat sedikit merosot. heh.

entry aku pgi ni sebenarnya nk cakap yang aku tengah bengang. menyirap darah aku bila kena komen "mus, teruk betul budak2 ko bagi aku thn ni, kalau mcm ni semua aku masuk linus la".."menulis nama pun xtau"..tapi aku pendam jer.. lepas tu aku balas "memang ada budak yang lemah (aku akui), tapi ada budak yang ok kan, riko, thericy, suzrieyannie, erlin tu mmg aku target tu".. kemudian cikgu tu diam. (maknanya dia tahu nama yang aku sebut tu memang betul boleh).. dan aku tgk sendiri dalam kelas diaorang xda masalah setakat nak tulis nama. membaca perkataan mudah aku jamin mereka boleh.

selepas tu senyap.. bisu.. kemudian selang beberapa hari bos menyapa aku "mus, teruk betul budak2 thn 1 thn ni".. aku menjawab balik "memang pun bos, (menyebut beberapa nama) memang saya pun pening nak ngajar, tapi ada empat orang sy rasa xda masalah, (menyebut lagi nama2 mereka). selepas tu diam terus. (maknanya dia pun tahu kebolehan budak2 tu.

pada aku kenyataan mereka ini xlebih dari nk provoke aku. nak hebohkan kegagalan aku mengajar murid2 ni. maka lebih jahat aku ni xbuat kerja pun. please la. tolong berpijak di bumi nyata. dorg dah lebih tahun berada dalam sekolah ni xkan x faham tahap intelek budak2 di sini. pada aku kejayaan aku transform 4 orang budak dari 10 orang adalah satu kejayaan manis memandangkan aku nak kawal semua 20 orang (average budak yg dtg thn lps) dalam satu kelas.. aku xsuka sebenarnya mencari alasan. tapi memang banyak alasan sepanjang aku ngajar. terutamanya xdtg sekolah. memang tu membantutkan kerja aku.

tambahan.. dan aku memang percaya bukan setakat melayu tetapi cina, india, bugis, jawa, atau apa saja bangsa di dunia ni mmg ada satu kesamaan.. sebilangan mereka lebih gemar membesarkan yang pahit dari memperkatakan yang manis..

entah. aku takut aku menghambur nanti dalam meeting. aku berhenti dulu. sekian.

6 respon baek punya:

FarhahNur said...

Muz, kalau betul2 depa ikhlas, depa takkan cakap dpn hang lagu tuh! Abaikan depa!can they do the same if they were to be in your shoes!tgk skit depa ajar dajah satu n masuk djh dua nati cana..if bagus alhamdulillah, if no, rasekan..!chaiyok bro!!teruskan usaha!put high aims on ur kids! :)

mus@akim said...

btul tu.. thanks paah.. just mmg rse dorg nak jatuhkan maruah aku la.. nk kecik2kan aku.. xpa2.. aku xnk tgk pnya kerja sbb aku pun ada kerja.. haha.. biar dorg terjun sendiri dgn luncai2 sbb aku nak nek titanic..

dzulhakimbaharom said...

"Siapa yang menabur senyum, dialah yang akan menuai cinta" -Andrea Hirata

Apa2 pun hadapinya dengan rasional, jangan terlalu ikut emosi.

kau boleh, boi (:

cyba_qema said...

sabar byk2 ea..blik ni kte cari duck chop..hehehe..yg penting kte tau ape yg kte wat..abg mesti bole pnya..qema cuba sbaik mgkin utk kuakan abg dri sna..nt bia mereka tau ape rseny bila abg takde..

mus@akim said...

@hakim. betul2. insyaAllah. thanks.

@qema. haha.. adik bradik lamb chop n chicken chop kan?.. amboi ayat tu xthn. insyaAllah. kita usahakan sme2 ea.. thanks..

Aku Fikir..... said...

wat pekak sudah beb.... yg penting ko tau ko dah wat keje ko n ape2 selepas tu, serah je la pada yg berkuasa... lek beb... aku penah rase mende ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...