Banyak kali dah cuba nak mengarang kat blog ni.. tapi separuh jalan jer..
sejak pindah dari sabah ke johor memang aku tak banyak baca blog. dulu boleh kata setiap hari aku akan usya2 blog kawan2.. buang masa kosong tatkala internet sekolah lama kencang.. tapi sekarang dengar cerita internet sk masaum out terus.. tak tau la sekarang ada ke tak lagi..
khamis depan ada nazir nak datang tengok pra aku.. serius aku teruja bila dapat tau nazir nak datang.. dua tahun aku ngajar seorang pun tak datang pantau hatta gb lama aku.. kurang2 aku tau tahap aku kat mana. tadi bila PK 1 dan Penyelia petang datang cek pra aku pun aku dah rasa banyak kurang.. siap ada dialog slumber dari diaorang
"silap kita juga tak datang pantau diaorang ni kan"
"ye lah, seorang dah 5 tahun jadi ppm, yang mus ni plak dah ngajar 3 tahun"
"banyak ni..."
aku ngaku banyak benda yang aku hanya tahu setakat tajuk jer.. isi2 aku kurang mahir sebab aku sendiri tak berapa terlibat dalam pengurusan pra yang sebenar.. tu sebab dulu bila kawan2 bagitau jpn johor ni lain macam, aku suka sebab aku rasa rugi kalau muda2 kita dah rileks.. sayang muda2 kita dah bersenang2..
tapi syukur sejak aku masuk sekolah ni, sejak aku pindah ke johor... aku sentiasa di keliling mereka2 yang begitu supportive.. terutama kepada isteri, kawan2 lama di maktab terutama abu n hakim, kawan2 guru baru, pentadbiran sekolah.. inshaAllah minggu depan harap2 semua berjalan lancar...
minggu depan agak penuh jadual.. ada nazir, sambutan hari lahir, futsal komuniti guru,... tapi best... hehe
pErTh bOund
7 years ago