Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Hampir dua tahun berada di sabah, semacam menjadi satu kebiasaan untuk tidur sesudah subuh. Setiap pagi, aku bangun jam 530 am (atau lebih) dan kemudian solat subuh lalu tidur balik sampai jam 645 atau 700. Kadang2 tidur lepas subuhku dikejutkan budak2 yang datang awal ke sekolah. Kadang oleh cahaya matahari yang terang.
Sepanjang ramadhan ni, tidur sesudah subuh menjadi lebih panjang sebab aku bangun jam 400 dan bersahur. Biasanya aku bersama sudir akan berjaga sehingga masuk subuh dan solat berjemaah. selepas solat sebelum jam 5 aku tidur balik. Lebih kurang dalam 2 jam juga kami tidur.
Kedudukan rumah aku yang hanya sekangkang kera dari sekolah menyebabkan aku rileks untuk ke sekolah. Pernah kami terlajak tidur dan hanya sedar pada jam 715. Namun itu langsung tak menjadi masalah. Kalau aku kelas hanya bermula pada jam 730, tetapi sudir kalau kelas takde sebelum rehat lagi lah rileks ja.
Sistem sekolah yang tiada perhimpunan, perjumpaan, dan punch card menyebabkan tiada hal besar kepada habit begini.
Namun hendak atau tidak, tabiat sebegini memang patut dielakkan. Malah amalan tidur sesudah subuh ni memang tidak disukai oleh Nabi. Jadi sesuatu perlu dilakukan.
Untuk hanya sendiri sahaja yang berjaga sesudah subuh memang mencabar. Sepanjang ramadhan ni, beberapa kali aku berjaya untuk tidak tidur sesudah subuh. Untuk mengisi masa tu, aku menganjak jadual membuat RPH dari waktu malam (boleh diisi dengan chatting bersama isteri) ke pagi sesudah subuh. Pertama kali buat RPH sesudah subuh memang kepala ting tong tahap dewa.
Kadang2 aku berjalan kaki ke prasekolah untuk menyegarkan badan. Berpusing2 di kawasan pra untuk memeriksa keadaan atau bekalan makanan di pra. Tetapi untuk melakukan aktiviti sukan aku tangguhkan dulu.
Banyak beza aku rasa bila tidak tidur sesudah subuh, kepala akan lebih segar, suara akan menjadi lebih jelas, badan akan menjadi lebih bersemangat, tetapi tidur selepas zohor pula akan menjadi sangat lena. InsyaAllah mudah2an aku dapat istiqamah untuk berjaga sesudah subuh.
Sekian, terima kasih.
pErTh bOund
7 years ago
1 respon baek punya:
sama la...duduk dlm sekolah...mcm ni la...
Post a Comment