Subscribe:

Pages


Bacalah Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sunday, August 21, 2011

Mood Raya

Assalamualaikum,

Boleh dikatakan setiap hari ada ja entri baru dalam blog ni. Kalau ada yang mengatakan "si mus ni takde kerja ke?". Memang kat sini masa terluang banyak tapi bukan takde kerja, kalau nak mencari kerja memang banyak; kemas pra, lukis mural pra, kemaskini fail pra, kemaskini pra, kemas rumah, wat garisan padang, latih budak olahraga, dan macam2 lagi. Tapi tu la, susah nak jawab.

Bila aku baca balik entri2 aku minggu ni (suka menulis sebab aku suka baca balik - syok sendiri), takde pun entri yang berorientasikan ramadhan dan raya. Macam pelik pulak bila aku tengok dekat list blog kawan2 aku, semuanya menjurus kepada mood ramadhan dan raya. Jadi persoalannya aku ni tak berpuasa ke, aku ni tak de rasa nak beraya ke?

Tahun ni sebenarnya aku membuka ramadhan dengan satu lembaran baru, pertama kali aku dapat berbuka dengan isteri aku. Selepas beberapa tahun kami berkenalan dan memang selalu berbuka bersama sepanjang berkenalan, saat berbuka sebagai seorang suami isteri memang mengasyikkan. Tambah lagi dengan berkesempatan untuk berterawih bersama2 di masjid BBU, aku bersyukur kepada Allah atas nikmat yang tela dikurniakan. Semoga kami terus diberikan peluang untuk menebus kembali masa silam.

Untuk persiapan raya, jujurnya kami belum lagi bersedia. Kami sedang menunggu saiz sebenar isteriku untuk mengelakkan baju rayanya nanti tidak muat. hehe. Jadi mungkin kami akan beli masa minit2 terakhir nak raya. Dari segi mengemas rumah pula, kesibukannya mungkin tidak sama berbanding dengan rakan lain sebab kami masih lagi tinggal di rumah mentua, jadi isteri hanya mengemas seperti tahun2 sudah. Lepas ni kalau sudah pindah barulah boleh buat deco2 sikit setiap kali nak sambut raya.

Tapi secara keseluruhan, puasa kali ni lebih tenang, seronok, dan rela. Moga Allah kuatkan hati kami untuk terus istiqamah dalam amalan2 sepanjang bulan ramadhan ini di bulan2 akan mendatang juga.

"Ya Allah, segala puji hanya bagi Mu, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, Ya Allah, ampunkan dosa kami, tunjukkan kami jalanMu yang lurus, hidupkan kami dalam iman, matikan kami dalam iman, dan masukkan kami ke dalam syurgaMu dalam iman. Ya Allah, Ampunilah dosa kedua ibu kami, serta ahli keluarga kami, kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas mereka, Ya Allah ampunilah dosa guru2 kami yang banyak mendidik dan membimbing kami. Ya Allah, hanya kepada Mu tempat kami memohon pertolongan dan berserah, kurniakanlah dari kami zuriat yang soleh dan solehah yang dapat menyambung syiar agamu Ya Allah. Aminnnn..

Sekian wassalam.

Saturday, August 20, 2011

Qaala Ibnu Ahmad anil MLM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni kesiangan lagi. Memang untuk maintain berjaga sesudah subuh memerlukan azam dan semangat yang tinggi. Tambah2 bila rumet keluar dan rumah agak terasing dari komuniti kecil ni. Jadinya suasana aman dengan cuaca yang sejuk2 memang boleh buat tidur itu terlalu indah untuk dilepaskan. Dugaan dugaan dugaan.

Semalam lama aku berbual bersama isteri, antara topik panas kami ialah berkenaan MLM. Sejak dua menjak ni aku rajin membaca blog anti mlm, saudara Aidid. Banyak maklumat baru dan terkini aku dapat dari blog ni. Memang isteriku ada komplen berkenaan dengan bahasa yang digunakan, agak kasar namun pada aku, ketepikan dulu aras bahasa yang digunakan dan cuba dapatkan intipati kandungan blog tersebut. Ambil yang jernih buang yang keruh. Yang masalahnya kita selalu fokus kat yang keruh tu.

Sebenarnya aku respek saudara Aidid kerana usahanya untuk membongkar aktiviti MLM kerana memang jelas MLM sebenarnya hanya merugikan kita. Memang ada antara kita telah mendapat untung dari MLM tetapi tu mungkin kerana kita antara orang terawal dalam skim tu. tetapi kita tidak sedar kita sebenarnya telah menganiaya orang yang masuk di bawah kita dan tidak mampu untuk meneruskan bisnes tersebut. Memang kita boleh cakap "tu salah kamulah sebab tak dapat nak kembangkan bisnes', padahal semasa kita promosi dengan dia berbuih mulut kita cakap inilah peluang kamu hendak kaya, menolong ibu bapa, pergi umrah etc. Di rencah lagi "kamu tak perlu beli barang, tak perlu cari orang" tapi sekali dah terjebak lain pula ceritanya. Menurut Aidid masalah ini berlaku apabila terjadi ketepuan dalam masyarakat (tiada lagi orang yang mahu join) akhirnya yang di bawah akan berputih mata dan habis duit kerana tidak mendapat pulangan modal. Lebih menyedihkan kalau kita perhatikan kebanyakan yang giat menjalankan aktiviti MLM ni orang melayu juga.

Kalau di Masaum, topik MLM sangat dingin, langsung tiada cikgu2 yang berminat untuk join dan mempromosikan sebarang produk di sini. Mungkin atas faktor jaringan perhubungan yang sangat lemah. Kalau di pekan telupid ada juga aku dengar seorang GB (orang semenanjung) yang aktif melaksanakan pelbagai skim. Aku kurang jelas sebab belum pernah bertemu dengannya.

Semalam juga aku berjanji dengan isteriku untuk membaca betul2 artikel aidid berkenaan dengan Herbalife. Ada misi yang perlu kami laksanakan. Ada target yang hendak di brainwashkan balik. Secara rambang Herbalife sekarang menunggu masa untuk menerima nasib seperti Amway yang telah di saman oleh ahlinya kerana sistem piramid yang digunakan. Malah produk2 yang digunakan oleh Herbalife mengandungi banyak bahan kimia yang berbahaya. Banyak kajian klinikal dan kajian kes yang dijalankan telah membuktikan kaitan langsung produk Herbalife dengan kes2 kerosakan hati.

memetik dari saudara Aidid,

The reasons for the ineffectiveness of Herbalife's diet treatment are the following: no education to better food practices, products are systematically hypo-caloric with health risks, a medicalisation of the way of life by the absorption of special products, disproportionate price compared to results obtained. All the indicts of an inadequate approach of the diet coincide to create doubt as to the effectiveness of these supposedly miracle products.

Rasanya bukan kepakaran aku untuk membaca dan menjelaskan semua kandungan blog Aidid tu. Nasihat aku kepada diri aku dan pembaca sekalian untuk meluang masa untuk membaca dan mengambil intipati blog tersebut. Sekiranya ada yang tidak setuju, aku tidak boleh memaksa. Kita berhak untuk menyokong mana pendapat2. Malah dalam blog tersebut tengah hangat dibincangkan mengenai status MLMS yang didakwa sebagai sistem MLM yang halal.

Sebenarnya masalah seperti ini pernah sudah berlaku. Cuba kita lihat kes ASB. Apabila satu ketika dulu, bila majlis mufti selangor memfatwakan ASB adalah haram bertembung pula dengan fatwa majlis mufti kebangsaan yang mengatakan ianya harus. Bila kita tengok hujah kedua pihak (info ni aku dapat dari UZAR tapi bila aku cari balik artikel dah takde. mungkin sudah terlalu lama) pada aku hujah dari selangor lebih kuat kerana mereka berpendapat ASB haram kerana tempat pelaburan yang meragukan. Dikemukakan antara tempat pelaburannya di American Tobacco dan Maybank. Namun hujah kebangsaan pula hanya kepada maslahat ummat kerana ramainya orang islam di dalam ASB, nanti boleh menyebabkan kejatuhan ekonomi yang teruk di kalangan orang islam.

Sebenarnya yang haram tetap haram. Hujah maslahat umat tu sebenarnya terlalu lemah di Malaysia. Sekarang begitu banyak tempat pelaburan yang telah disahkan dan diakui halal. Mungkin ramai dari kita yang selesa dengan ASB sebab ASB maintain, confirm beri dividen setiap tahun. Kalau ejen dari tempat lain akan hanya menyatakan track record tahun2 terkemudian dan menyatakan kemungkinan kadar untung pada tahun2 mendatang. Jadi ada kemungkinan untuk untung dan rugi juga tetapi kalau ASB confirm untung. Ada 2 perkara di sini;
  1. apabila sesuatu pelaburan menjanjikan keuntungan secara tetap, ia jelas melanggar konsep pelaburan dalam islam. Sebab pelaburan dalam islam menyatakan terdapat untung dan rugi untuk memberi keadilan kepada pelabur dan juga syarikat yang dilaburkan. Cuba bayangkan tahun tersebut, ekonomi Malaysia jatuh teruk dan syarikat tersebut rugi, adalah zalim kepada syarikat tersebut untuk tetap membayar dividen walaupun telah rugi. Tetapi memang ASB mampu pun untuk bayar dividen setiap tahun waima ekonomi Malaysia jatuh sebab tempat pelaburannya memang susah hendak rugi pun. hehe.
  2. Untuk menjadi pelabur, kita sepatutnya kena la bekerja sedikit. Kebanyakan kawan2 aku yang masuk ASB merasakan ASB lebih mudah kerana mereka tidak perlu risau untuk memikirkan portfolio sesuatu syarikat kerana ASB confirm untung punya. Pada aku, kalau aku ada 10k atau 20k memang aku akan cari mana2 syarikat dan tengok track record dan tempat pelaburannya untuk melabur. Ini kerana sebenarnya kita mampu untuk menjana keuntungan lebih dari 5-7% setiap tahun dari syarikat lain. Malah pada tahun 2007 sebelum kejatuhan ekonomi Malaysia, ada syarikat yang memberikan kadar keuntungan melebihi 30%. Tetapi selepas kejatuhan ekonomi tu, memang teruk sikit la. Jadi di sini, jadilah pelabur yang berilmu sikit.
Jadi itu antara faktor yang menyebabkan aku tidak pernah join ASB. Lagipun aku takde cash maa. Ada rakan malah kakak aku sendiri membuat pinjaman bank untuk join ASB. Aku pernah cakap, kalau kita kira balik jumlah yang kita bayar dengan apa yang kita dapat dari ASB, kita akan dapati jumlah yang kita bayar sebenarnya lebih dari itu. Kan dah rugi di situ, mungkin kita membayangkan selepas 10 tahun bedebuk dapat 50k. Kalau betul kita menyimpan bulan2, memang kita akan dapat juga malah mungkin lebih banyak. Cuma tu la, biasanya kalau duit tu cair, senang je dia nk keluar. Lebih teruk kalau pinjaman dengan bank konvensional, tambah dengan status ASB, berganda2 la sumber rezeki kita meragukan.

Sesiapa nak melabur tengoklah la senarai syarikat yang telah disahkan halal oleh Suruhanjaya Sekuriti. Di sini.

Jadi berbalik kepada topik MLM ni, bila timbul isu MLM dan MLMS. Ada pendapat yang menyokong dan membangkang kewujudan MLMS. Antara hujah pembangkang ialah MLMS hanya kosmetik sahaja tetapi modus operandi tidak lari dari MLM. Hujah penyokong pula disokong oleh fatwa Majlis mufti kebangsaan yang menyatakan ianya adalah harus. Benda ini masih baru bagi aku, jadi aku mengambil jalan selamat untuk menjauhkan diri. Ambil masa untuk studi betul2.

Kepada pembaca, ambil tahulah. Mungkin bermanfaat untuk diri kita, mungkin saudara atau kawan kita akan beroleh manfaat bila kita ambil tahu. Kita janganlah taklid membuta tuli, jadilah mereka yang berpaksikan kepada ilmu. Bila mencari ilmu, kena la pula pandai filter. Jangan sembarangan menerima. Yang lebih mengesankan, bawa2lah berbincang dengan sesiapa sahaja. Mungkin dari kita ada lompong2 yang dapat diisi oleh yang lain. Seperti yang aku pernah cakap "perbezaan pendapat itu lumrah".

sekian terima kasih.

Friday, August 19, 2011

Tribute to Jebon

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertama kali aku bertemu dengan dia aku sudah tersalah orang. Mungkin kerana dia mengatakan dia menginap di hotel City tu, aku terus menerpa orang yang sedang menunggu di lobi hotel. Rupanya dia dah check out dan sedang menunggu aku dalam kereta di hadapan hotel. Nak dijadikan cerita orang yang aku tersalah tegur tu plak kawan sekampung dengan Hadi yang kebetulan ada bersama aku, patutlah dia beri respon bila aku gerak ke hotel, rupanya dia mahu menegur Hadi. malu malu malu.

Seperti biasa guru baru akan diraikan sebaiknya. Sememangnya adat di pedalaman ni, Hubungan menjadi cepat kejap, erat dan rapat. Mungkin komuniti kami hanya berkitar belasan orang, kami cepat mengenal budi dan pekerti masing2. Malah seakan2 masing2 dapat menyesuaikan diri atau menyembunyikan kegusaran tinggal dalam hutan kerana perlu untuk survive atau menjaga diri.

Dia menjadi rakan serumah dengan aku, sepantas masa berlalu, kami sudah boleh dibawa untuk berceloteh dan bersenda. Tiada hiburan tatkala itu, malah internet pun masih belum disambung, jadi kami banyak membunuh masa dengan membuka topik2 berkisar isu2 semasa, pengalaman di maktab, malah turut menjangkau hal2 seperti perkahwinan. Aku yang lebih dulu merasa perit menguruskan perkara dari dalam sentiasa berkongsi dengan dia.

Rupanya dia peminat tegar Shah Rukh Khan dan Awie.

Kami menjadi semakin rapat bila aku sering keluar masuk dengan dia. Jujurnya aku tahu, dia sebenarnya tidak betah tinggal di pedalaman. Jujurnya aku tahu dia sering merintih untuk keluar dari sini. Seperti aku, dia juga turut akan mengalami masalah sekiranya terus mengajar di sini sebab bakal isterinya di Kapit, Sarawak yang aku rasakan lebih jauh perjalanan berbanding dengan aku. Malah lebih membuak2 bila ada ura2 mengatakan penempatan dia akan dibuat semula dan dia akan ditukar ke unit pendidikan khas.

Hubungan kami melarat ke keluarga. Bila aku kerap turun ke KK untuk pulang ke JB, rumah dia menjadi persinggahan dan tempat aku parking kereta. Keluarganya terlalu baik melayan aku.

Memang satu ketika, hubungan kami berantakan. Sehingga pecah tak mampu di sambung kembali. Perbezaan itu kan lumrah.

Namun semua sudah menjadi kenangan. Dia telah sah bertukar ke sekolah lain. Tahniah untuknya. Semoga yang terbaik untuk dia. Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmatimu.

Semoga kita akan bersua lagi di lain hari. Selamat maju jaya.

Tribute to Jeboenz Khan.







Thursday, August 18, 2011

Sesudah Subuh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hampir dua tahun berada di sabah, semacam menjadi satu kebiasaan untuk tidur sesudah subuh. Setiap pagi, aku bangun jam 530 am (atau lebih) dan kemudian solat subuh lalu tidur balik sampai jam 645 atau 700. Kadang2 tidur lepas subuhku dikejutkan budak2 yang datang awal ke sekolah. Kadang oleh cahaya matahari yang terang.

Sepanjang ramadhan ni, tidur sesudah subuh menjadi lebih panjang sebab aku bangun jam 400 dan bersahur. Biasanya aku bersama sudir akan berjaga sehingga masuk subuh dan solat berjemaah. selepas solat sebelum jam 5 aku tidur balik. Lebih kurang dalam 2 jam juga kami tidur.

Kedudukan rumah aku yang hanya sekangkang kera dari sekolah menyebabkan aku rileks untuk ke sekolah. Pernah kami terlajak tidur dan hanya sedar pada jam 715. Namun itu langsung tak menjadi masalah. Kalau aku kelas hanya bermula pada jam 730, tetapi sudir kalau kelas takde sebelum rehat lagi lah rileks ja.

Sistem sekolah yang tiada perhimpunan, perjumpaan, dan punch card menyebabkan tiada hal besar kepada habit begini.

Namun hendak atau tidak, tabiat sebegini memang patut dielakkan. Malah amalan tidur sesudah subuh ni memang tidak disukai oleh Nabi. Jadi sesuatu perlu dilakukan.

Untuk hanya sendiri sahaja yang berjaga sesudah subuh memang mencabar. Sepanjang ramadhan ni, beberapa kali aku berjaya untuk tidak tidur sesudah subuh. Untuk mengisi masa tu, aku menganjak jadual membuat RPH dari waktu malam (boleh diisi dengan chatting bersama isteri) ke pagi sesudah subuh. Pertama kali buat RPH sesudah subuh memang kepala ting tong tahap dewa.

Kadang2 aku berjalan kaki ke prasekolah untuk menyegarkan badan. Berpusing2 di kawasan pra untuk memeriksa keadaan atau bekalan makanan di pra. Tetapi untuk melakukan aktiviti sukan aku tangguhkan dulu.

Banyak beza aku rasa bila tidak tidur sesudah subuh, kepala akan lebih segar, suara akan menjadi lebih jelas, badan akan menjadi lebih bersemangat, tetapi tidur selepas zohor pula akan menjadi sangat lena. InsyaAllah mudah2an aku dapat istiqamah untuk berjaga sesudah subuh.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, August 16, 2011

Menghitung Hari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Entri kali ini hanya berpaut kepada blog isteri. Begitu terkesan dengan entrinya kali ni.

Sila baca di sini,

DARURAT Bukan Semudah Itu..


untuk tambahan boleh juga di sini,

ZURIAT BERKAT


InsyaAllah, dengan izin Allah, kami akan berusaha untuk mendapatkan doktor perempuan muslimah. Sedang berusaha ke arah itu, memang kosnya sangat tinggi sebab hanya di hospital swasta ada kemudahan tu.

Namun terdapat kerisauan juga bila ada kawan memberi respon begini

"Mus, ko kena ingat, private ni buat bisnes. Kadang2 yang boleh lahir normal pun dorg nak buat pembedahan".

Sehingga ke saat ini, memang kami nekad untuk mendapatkan khidmat hospital swasta. InsyaAllah mudah2an.

sekian, terima kasih.


Monday, August 15, 2011

Bonus Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bismillah,

Akhirnya hari ni masuk juga bonus raya setengah bulan gaji.

Tolak juga EPF rupanya. walaupun tak seperti yang dijangka namun syukurlah. Terima kasih kerajaan. mungkin ada yang berkata tengok, tak sokong kerajaan tapi ambil juga bonus yang kerajaan bagi.

Well, pada aku takde masalah pun dengan attitude tak sokong kerajaan ni. Tapi bila masa plak aku tak sokong kerajaan, semua dasar yang di bentuk dan digubal oleh kerajaan terutamanya melibatkan kementerian pelajaran semua aku ikut kan. Cuma mungkin ada beberapa isu yang aku tak setuju dan setuju dengan mereka2 yang membangkang tu. Mana la ada orang yang sempurna kan. Kerajaan pun ada buat silap dan tak salah untuk menegur kan.

Setiap dari kita kan berhak untuk menyokong siapa2 sahaja. Aku jujurnya percaya kerajaan yang bakal dibentuk oleh PR akan menjadi lebih baik dari kerajaan sekarang. Mungkin ada tak percaya, aku tak salahkan sebab sehingga ke hari ni PR tak pernah pun jadi kerajaan. Ok sekarang kita bercakap pasal kerajaan pusat, kalau setakat kerajaan negeri kita tak boleh buat perbandingan kerana perbezaan kuasa dan autoriti yang ada pada kerajaan pusat. Cuba bandingkan dengan kerajaan negeri Melaka, N9, dan lain2. Ada x perbezaan???.

Papepun aku masih menunggu pengumuman negeri2 macam Penang, Selangor, dan kelantan yang berjanji untuk beri bonus juga.

Sekian terima kasih.

Ambil Mudah

assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bismillah,

Berikut adalah dua contoh set perlakuan,

1.
A - Lepas makan aku cuci pinggan, susun di rak. Kemas dapur dan rehat2.

B - Lepas makan aku letak pinggan di sinki, baru satu pinggan, tunggu la dulu banyak sikit baru cuci. Lepas tu rehat2 dulu2.

2.
A - Kelmarin aku cuci baju. hari ni kering dan aku ampai di dalam untuk betul keringkan sebab ada basah sikit akibat rembesan hujan. Pagi ni aku lipat dan masukkan dalam almari.

B - Dah kering longgok la dulu di katil. nanti la lipat. rileks la dulu.

3.
A - Esok dah mula mengajar. Hari isnin kan. Malam ni buat RPH siapkan ABM dan latihan budak2.

B - Esok baru isnin. Lusa je la aku buat RPH. Latihan budak esok pun sempat aku print.


siapa2 pun boleh cakap bertangguh tu tidak bagus. kita membebankan diri bila nak selesaikan urusan yang bertangguh kerana terpaksa melakukan kerja yang banyak sekaligus. tambah2 bila due date untuk selesaikan kerja tu dah dekat. maka akhirnya kerja yang dibuat dalam kelam kabut dan kualiti hampeh la.

Tapi setakat mana kita dapat melawan sikap bertangguh ni. Tambah2 kita sering saja ambil mudah.

sekian , terima kasih.

Sunday, August 14, 2011

Berdiri Atas Diri Sendiri



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bismillah,

Dalam hidup mesti kita tidak akan terlepas dari meminta pertolongan orang lain. memang kita hidup di dunia ni kadar kebergantungan kita kepada insan lain sangatlah tinggi. Hatta setiap urusan kita memerlukan kepada kehadiran dan bantuan orang lain.

Namun bagi aku, keadaan ni menyusahkan aku. Sejak dari dulu aku tak suka dan sebolehnya tidak mahu meminta pertolongan orang lain. namun dalam banyak masa memang aku tak boleh lari dari meminta bantuan orang. Sejak bekerja ni, dua tiga senario menyebabkan aku makin takut dengan meminta pertolongan ni.

tambah bila aku merasakan aku semacam sudah terikat apabila diberi pertolongan. Then aku smacam kena menyembah mereka2 ni kerana apabila aku semacam tidak je maka dikira aku ni sebagai orang yang tidak menghargai mereka yang banyak menolong aku.

Lepas tu aku jadi serba salah kalau timbul isu2 yang berbangkit. ye la kan, nak protes dia ni selalu tolong aku, last2 senyap jer padahal hati memang tak suka dah. Contoh si A ni selalu tolong aku, satu hari dia buat benda yang aku tak suka, pastu aku diamkan je sebab aku harap dia tahu aku tak suka. tapi mungkin dia tengok aku diam makin menjadi2 plak. lepas itu bila aku dah meletup jadilah perang besar. akhirnya terus masam muka hatta dah bermaaf2an pun keadaan dah tak sama macam dulu.

sebenarnya bukan aku ni lupa akan jasa2 ni, tetapi bila seolah2 kita ni dikehendaki untuk membalas jasa mereka ni, aku jadi benci plak. sampai timbul protes pula. Cuma dalam hati aku, memang nekad untuk membalas jasa mereka sekiranya ada peluang namun jangan la sampai macam dipinta2.

walau apapun, memang aku sedar, untuk hidup sendiri adalah mustahil. memang aku memerlukan kepada orang lain untuk kelansungan hidup. tapi tu la, sebolehnya biarlah aku lebih hidup atas diri sendiri.


Aku dan Prasekolah


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bismillah,

Baru ni laptop aku rosak, OS problem. Tak boleh langsung nak start. Aku dah pening kepala terus je aku beli hard disk baru, format dan ok. Jadi hard disk lama tu aku jadikan portable, terus aku dah ada dua portable hard disk sebab satu lagi pun hard disk laptop lama yang rosak lemas dalam air hujan. Nak dijadikan cerita, sebelum aku format hard disk yang rosak dan dijadikan portable hard disk, aku transfer semua file2 yang ada dalam tu ke hard disk sudir. Sebab kena transfer file satu2 folder (atau proses transfer tu akan jadi XXX lambat kalau transfer trus sedebuk) aku secara tidak langsung jadi membelek satu2 folder2 lama especially masa kat maktab dulu.

Antara folder yang menarik ialah koleksi kajian-kajian yang aku download masa tengan buat Action Research (AR) di maktab dulu. Jadi bila tengok banyak pula research yang aku dah cari tapi rasanya sikit sangat yang aku baca. Kebanyakan aku skimming saja untuk cari quotation untuk masuk dalam AR aku. Jadi bila aku fikir-fikir ada baiknya aku print semua kajian tu (sebab aku mudah pening kalau baca tulisan kecik2 tu dalam laptop) dan baca balik semua kajian tu sebagai persediaan aku nak buat master satu hari nanti.



Untuk buat master, aku kena baca betul2 kajian2 lepas dan bahan lain. Melihat dari kelakuan sorang kawan, Budi yang sedang buat master TESL, aku rasa cara aku buat AR masa degree seratus peratus berbeza dari buat master. Jadi rasanya sekarang aku kena prepare siap2. Setakat ni ada beberapa kajian dah aku print dan baca.



Kemungkinan besar aku sambung balik kajian aku semasa degree iaitu mengenai tulisan (writing). Ada beberapa tajuk yang bermain dalam kepala aku macam Kaitan tulisan awal kanak-kanak dalam perkembangan kognitif, Hubungan antara tulisan dengan persepsi guru terhadap murid (lebih kurang macam kalau tulisan cantik guru cenderung tak untuk memberi markah yang tinggi berbanding dengan tulisan yang buruk), Tahap tulisan kanak-kanak dengan menggunakan tablet PC. Tengah memikir lagi ni.

Semasa aku buat AR degree dulu, aku memang menghadapi masalah untuk mencari kajian2 pasal tulisan ni. Kebanyakan kajian yang aku dapat download adalah kajian yang dijalankan di Israel. Tak hairanlah bangsa ISrael sekarang boleh dikatakan sedang menguasai dunia, pendidikan mereka seawal pendidikan kanak-kanak sangat maju. Jadi kagum aku bila mereka menggunakan tablet PC dalam satu kajian untuk menguji tahap tulisan kanak2 di sana. Setiap seorang sampel akan menulis di atas kertas yang diletakkan di atas tabletPC dan tulisan mereka akan dianalisa hatta masa tangan mereka sedang menulis dan tangan mereka di udara pun turut dikira.

Memang pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia masih lagi baru. Kalau disorot balik sejarah hanya pada awal 90an baru satu kurikulum yang lengkap digubal. Dan hanya pada 2010, guru2 prasekolah yang lulusan degree dikeluarkan secara pukal. Padahal dalam satu artikel yang aku baca di USA pada tahun 1998, semua guru prasekolahnya berkelulusan degree, lebih 20percent ada master, dan kurang dari 5 percent ada PHD dan mengajar di kelas. Hebat kan.Namun kita perlu cepat, sekurang2nya kita sudah ada model. Sebenarnya aku teringin nak pergi dua negara sahaja untuk mengkaji pendidikan awal2 kanak2, indonesia dan singapura. cukuplah kot.

sekian, terima kasih.

Saturday, August 13, 2011

Post no 200

assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ya betul. Ni post yang ke 200. hebat kan. haha. post yang ke 200 setelah hampir 4 tahun berblogging. rasanya kalau blogger tegar setakat 200 entry setahun takda masalah pun. blogger yang suam-suam kuku pun rasa purata setahun 100 post kan. tapi tu la. aku memang akur dengan kehebatan aku setakat ni je. untuk rekod tahun 2008 (19), 2009 (100), 2010 (33), dan 2011 - sekarang (13). tambah semua baru 165 kan. maknanya ada lebih kurang 35 lagi post yang tak publish pun. haih...

Permulaan blogging ni bila aku balik dari belayar di Tunas Samudera. rasa membuak-buka plus jelous dengan rakan-rakan yang ada blog buat aku tak fikir panjang terus buat satu akaun. lagipun benda free kan. sepanjang blogging aku tak banyak keluar dari komuniti kelas dan maktab aku. kebanyakan hanya kawan-kawan sekelas sahaja. macam tak berapa berminat untuk mempromosikan blog. rasa biarlah je macam tu.

Seronoknya blog ni bila masa-masa lapang tu baca balik post yang lama. kelakar je bila kenang-kenang balik. betul gambar menceritakan 1001 cerita. tapi kalau tengok gambar tak ingat ape pun takde guna juga. so kalau ada karangan serba sedikit ok la sikit nak kenang balik kan.

post paling aku suka baca ialah berkenaan dengan paintball. Post ni bila mula2 sekali aku ajak kawan join kejohanan paintball amatur di Tasik Idaman. seronok seronok seronok. baca balik macam mana nak kumpulkan ahli tu pun dah kelakar. dalam masa kurang satu hari hanya melalui blog ja aku dh dapat satu team. padahal kebanyakan tu sebelah bilik jer. tapi medium blog juga yang diguna. punya la kemaruk blogging masa tu.

sekarang aku makin jarang blogging. ni pun sebab aku berjauhan dengan isteri dan banyak sangat masa terluang kat sini. memang banyak masa terluang sebab selain mengajar, tengok TV, main badminton memang xda kerja lain dah. kecuali kalau keluar ke sandakan atau KK la. tapi sekarang aku banyak penuhkan masa dengan baca Quran, baca jurnal, baca buku dan kadang2 utk rehatkan diri aku baca blog politik atau siapa2 atau tulis blog atau layan facebook. tapi malam sudah rutin untuk chatting dengan isteri. hehe.

tu je la kot.. xda pun banyak benda nk cerita. sebab memang kecerdasan aku dalam menulis sangat lah kurang. tu yang aku rindu dengan subjek akaun dan matematik.

sekian, wassalam.

Friday, August 12, 2011

Syahdu



assalamualaikum dan salam sejahtera..

saat ini aku sedang memasak bubur kacang untuk juadah berbuka puasa.. sememangnya bubur kacang sangat sinonim dengan aku.. memang diketahui umum (mak aku dan isteri aku) yang aku sangat menggemar bubur kacang.. ntah npe.. tambah kalau cecah dengan roti gardenia.. memang masyukk habis..

percubaan kali ke berapa ntah aku tak ingat tapi rasanya bubur aku tak pernah pun jadi.. kalau tahu dek istri aku memang habis la aku kena gelak.. hehe.. tapi janji aku dapat merasa bubur kacang pun dah kira ok la.. tambah duk dalam ni.. terima je la.. kali pertama kering bubur tu.. macam makan kacang je.. aku dah berapa kali tambah air tapi tiba2 hilang semua air.. hehe



tapi sebenarnya post kali ini saja nak cakap yang aku rindu kat mak ayah.. macam lama plak aku tak jumpa dorg.. padahal duduk satu negara.. tapi tu la.. kekangan masa, tenaga, dan wang membataskan.. insyaAllah raya ni kami suami isteri akan beraya di gerik dulu..



mak dan kak ani..

sekian sahaja..

takut kepada yang takut..

ni post aku yg dulu2.. masa aku dgr ceramah kes ape ntah. lupa dah.. malas plak aku nk cari balik td..


mahasiswa takut kepada dekan
dekan takut kepada dorsen
dorsen takut kepada menteri
menteri takut kepada perdana menteri
perdana menteri takut kepada mahasiswa..

tu jer.. sekian...

Kemaruk Blog


assalamualaikum dan salam sejahtera..

sejak dua menjak ni macam syok sendiri je dengan blog ni.. asyik duk tukar template jer.. benda free.. lagipun masih lagi tak jumpa template yang berkenan.. sebenarnya tak pandai pun nak edit2.. dulu ada master eky boleh juga tanya2 dia.. ni nak kena cari sendiri2 tu yang macam malas jer..

tapi sebenarnya kemaruk blog ni berjangkit daripada rumet aku... dia memang suka berjalan2 blog ni.. jadi untuk tak ketinggalan keretapi bila bersembang dengan dia maka aku pun ikut sekali baca la.. lagipun aku rasa blog2 ini lebih menarik dari blog politik sebab blog politik ada masa2 jer.. masa BERSIH hari tu punya la panas.. hehe.. tapi aku rasa perlu juga untuk baca supaya kita ni tak salah memilih.. eh kenapa pulak tak salah memilih? lorh bukan ke setiap dari kita akan ditanya perbuatan kita.. jadi untuk tak salah memilih kena lah banyak membaca kan..

kat sini aku nak list beberapa blog yang aku baru kenal dari rumet aku ni..




1. Blog anti MLM - baik untuk kita sebagai bekalan apabila ada orang2 MLM yang jumpa. aku berapa kali hampir terjebak untuk masuk MLM. zaman Uni dulu tapi nasib tak ke mana. masuk maktab ada juga kawan aku (punya lama tak jumpa, alih2 jumpa ajak masuk Hai-O) yang promote aku Hai-O.

2. Blog Dr Harlina - ni aku dapat dari dalam blog anti MLM di atas. tapi sebenarnya baru je aku baca satu post di situ. 10 tips untuk guru survive. terbaekkk!!!..

3. Berita Semasa - dalam ni ada banyak maklumat terkini yang mungkin ada dalam suratkhabar or mana portal. memandangkan site ni dah memilih yang terbaik dan terkini maka aku pun baca la. lagipun aku suka sebab banyak post2 dia pasal kereta yang belum lagi keluar pasaran. aku pun kagum macam mana dia boleh dapat shoot gambar kereta tersebut yang sedang di pandu uji di highway.

4. Blog AlBanjari - blog ni aku ikut sejak dari masa perak kecoh dengan rampasan kuasa oleh BN dulu. lama dah aku ikut dan pernah satu ketika blog ni kena hacked menyebabkan owner blog ni kena create plak blog baru. tapi masih lagi kekalkan Al-Banjari tu.. hehe.. blog politik ni.

hehe.. tu je la kot. sekarang aku asyik sibuk membaca jurnal-jurnal sebagai persediaan untuk sambung Master satu hari nanti. belum lagi ada perancangan tapi bersedia sajalah. lagipun tak rugi baca sebab boleh tambah ilmu kan. pasal jurnal nanti la bila2 aku rajin aku update..

sekian wassalam.






Monday, August 8, 2011

selamat berpuasa

assalamualaikum dan salam sejahtera,

selamat berpuasa kepada semua umat islam. semoga bulan ramadhan kali ini diisi sebaiknya untuk menjadikan kita hamba Allah yang lebih baik disisiNya. betul kan? sekarang kebanyakan daripada kita cenderung untuk menjadikan dirinya lebih baik disisi manusia sendiri contohnya disisi guru besar, kawan-kawan semata-mata untuk mendapat kesenangan dan keredhaan manusia tersebut.

teringat kepada karya Ramlee Awang Murshid. seorang novelis yang aku minat. kelahiran papar sabah. kemungkinan berketurunan brunei sebab rata-rata melayu di papar adalah keturunan brunei. lagipun namanya pun ada ala-ala orang brunei kan. dalam satu karya beliau yang baru aku baca 'bagaikan puteri' menyebut dengan jelas pergantungan watak utama iaitu laksamana sunan kepada Allah dalam segala hal. namun dalam hal menyerahkan diri kepada Allah sepenuhnya ini, kita tidak mengambil pendekatan tok bomoh dan pawang yang hanya membaca mentera dan jampi serapah maka semua keadaan akan menjadi baik.

dalam novel ini, laksamana sunan merupakan seorang pahlawan terbilang setanding dengan Hang Tuah malah lebih baik akhlaknya apabila taat dan patuh kepada perintah Allah berbanding dengan perintah sultan. malah laksamana sunan sanggup menyanggah perintah sultan melaka apabila menyedari perintah itu hanya akan membawa akibat buruk kepada manusia hatta kepada sultan itu sendiri. berbanding dengan hang tuah yang begitu taat dan patuh kepada perintah sultan hingga menzalimi diri sendiri.

namun untuk menjadi seperti laksamana sunan bukannya senang tetapi harus diingat tidak mustahil. setiap manusia diberi peluang sama rata untuk mengabdikan diri kepada Allah mengikut keadaannya. semoga kita dapat mengambil kesempatan dibulan ramadhan ini untuk memperbaiki diri sendiri dan masyarakat.

sekian, wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...