Subscribe:

Pages


Bacalah Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Showing posts with label Masaum. Show all posts
Showing posts with label Masaum. Show all posts

Thursday, October 6, 2011

Masaum

Assalamualaikum,

Sejak dua menjak ni internet macam merajuk dengan kami.



Dari pagi sampai ke malam, merajuk tak sudah2.

Puas kena pujuk tapi tak makan juga.




bosan,

bosan,

bosan,



Lama2 fed-up kami beralih kepada benda yang lebih happening.



Baru2 ni ada ckgu2 sekolah beli pukat. Kalau menjala di sini dipanggil merambat. Heh takde hasil pun. Dapat la dua tiga orang putera duyung.




heh, jangan pandang sebelah mata. Cikgu masaum ada dua biji perahu. Untuk memancing dan waktu kecemasan. Ni salah satu bot dah berwarna putih dah.



heh, ni kawan pandalela sedang melakukan aksi beliau di sukan olimpik baru2 ni. Berjaya mendapat emas tapi sebab china tak puas hati, dia alter keputusan dan hantar pulang atlet ni terus ke malaysia. 


Tapi sekarang tak boleh dah sebab air sudah pasang. Macam hujan di hulu. Bahaya.


Sekian, Ni entri semalam tapi kena tunggu gambar kena edit dulu. hehe.

Monday, October 3, 2011

Penyakit - penyakit

Assalamualaikum.


Bagi yang follow blog aku. Setiap entri akan ada pendahuluan. Contohnya ;

Setiap manusia tidak dapat lari dari sakit. Penyakit datang tanpa kad undangan dan pergi tanpa perlu dilayangkan kad merah. Setiap kali ada penyakit kita akan mencari ubat atau duduk diam biar je sel-sel darah putih cuba menguatkan daya imunisasi badan untuk melawan penyakit tu. Biar apapun cara, kita tetap akan berjaya dan gagal namun yang pasti penyakit tidak akan pernah serik untuk datang,

(nampak topik diulas secara umum. Ini merupakan satu ciri pengenalan)






Kemudian aku akan masuk kepada isi. Dalam blog takde masanya aku nak susun isi2 bagi cantik jer. Isi berterabur untuk menguji readers (haha) dan untuk menunjukkan idea datang kat aku tak sekata, sekejap lancar sekejap aku kena bancuh dulu air kopi pujuk2 dia datang.


Ni senarai penyakit yang aku berjaya kenalpasti,


#1
Penyakit mencontohi dan menjadikan rujukan mereka2 yang kerjanya sangat di bawah par. Kena golek seratus kali baru masuk lubang. Ini sebenarnya banyak berlaku kepada guru2 muda yang akhirnya men'tua'kan mereka sebelum masanya.


#2
Penyakit berasa kerja diri sendiri sangat sempurna. Terbaik di kalangan yang terbaik. Sering merasakan apa yang dilakukan sudah mencukupi dan sekali lagi membanding2 dengan rakan lain dan akhirnya mengatakan "korang punya kerja punya la senang bla bla bla..."


#3
Berasa diri sendiri sudah buat yang terbaik. Akhirnya pandai mencari alasan2 untuk menyokong diri sendiri. Elektrik takde la, kertas tak cukup la, panas la, murid malas la, murid malas buat kerja rumah la, murid tak datang la, ibu bapa tak sokong la, dan etc. (takdelah nak menafikan kewujudan alasan2 tu tapi berat sangat dengan alasan tu yang buat jadi penyakit)


#4
Nak buat semua benda. Planning terbaik la. Begini begitu semua pong pang sana sini. Akhirnya habuk.

(bahagian isi entri kali ni agak tersusun la. Tengok siap ada nombor lagi satu2. Tapi ni tak boleh dalam karangan SPM sebab kena buat perenggan satu2.)






Bahagian last sekali penutup/ kesimpulan. Dalam tulisan aku, penutup biasanya ulasan aku kepada keratan2 atau isu2 yang aku tampal kat entri tu, ataupun kesimpulan kepada isi2 aku dalam entri tersebut.

kesimpulan
Penyakit ini memang kena cari ubat dan dirawat segera. Mungkin sekarang kesannya tak ketara tapi untuk berpuluh2 tahun akan datang, kita takkan ke mana selagi ada penyakit ni. 

(biasa kesimpulan kena pendek jer.. panjang2 pun orang dah tak baca dah)


Entri takde gambar.

Sekian wassalam.

Thursday, September 15, 2011

lullaby

Assalamualaikum,

hari ni nak share satu lagu kanak2 sini apabila cikgu dia cakap,

"hah, siapa yang kentuttt ni???"

maka akan berkemundanglah lagu ni;


"sang-sang tut siapa berkentut dialah berbau aring, makan tikus no posak, nakarunina taik, ngarania si @@@@.....


sori, ada berapa part yang aku highlight merah tu aku tak pasti ejaan dia.




Sunday, September 11, 2011

Dah lama dah...

assalamualaikum...

tajuk blog ni takde kaitan langsung dengan kata2 mahathir sewaktu nak pencen dulu. cuma ayat tu tak habis lgi. ayat penuh berbunyi "dah lama dah nak cerita pasal ni..."

awal pagi (lebih kurang jam 4.00 am)

"cikgu... cikgu... cikgu..."
aku dan sudir terjaga. jarang ada orang yang datang ke rumah kami awal2 pagi begini. aku masing baring dan sudir yang pergi buka pintu.

"mus, air naik mus..."
secepat kilat aku teringat kereta aku.

cepat2 aku turun ke tangga. air sudah dekat side mirror kereta aku. aku ambil kunci kereta dan berenang ke arah kereta. buka pintu, cuba start tapi tak dapat. mungkin kipas dah tenggelam dan tak dapat melawan arus air.

"hmmm.... mana motor ko dir?"
"entah lah mus, semalam aku parking belakang kereta ko"
"habis lahhh..." jebon.

tak banyak yang dapat kami buat. kami berkemas, packing baju sikit2, ambil dokumen penting, angkat barang2 ke tempat yang lebih tinggi, ambil perahu dan pelan2 mengayuh ke rumah wan yang lebih tinggi. dari jauh sayu je aku tengok kereta aku makin hilang. sayup2 juga aku dengar suara kontot (kucing yang selalu mencuri makanan di rumah kami). tak sempat aku nak selamatkan dia.

menunggu siang kami tidur di rumah wan.


siangnya aku tengok air masih belum surut. jelas depan mata aku banjir di masaum. memang sk masaum selalu kena landa banjir. mungkin sebab sekolah yang dikelilingi sungai, semacam pulau pulak.


banjir di masaum jadi bila sungai di belakang menjadi terlalu besar. jadi sungai kecik di tepi sekolah tidak dapat mengalir lalu melimpah ke sekolah. macam banjir kilat juga di KL bila longkang tidak dapat menampung air lalu melimpah ke darat.


padahal malamnya hujan rintik2 jer. rupanya hujan lebat di hulu dan membawa air ke kuala. tu la bahaya bermain air sungai.

dengar cerita kampung2 di bawah menonton sahaja banjir di kampung mereka tatkala tengah panas terik.

dalam jam 2, baru air surut. kami gotong royong menarik kereta aku. perghhh.. terbaik!!! dah jadi macam kapal selam.

itu jer.. enjoy the pics below..

ni la perahu yang memang parking di bawah rumah kami. yang kami guna untuk ke rumah wan. dalam gambar wan dan hadi. 

satu2nya bangunan sekolah masaum. ni dari rumah aku. banjir tahun 2009 air naik sampai ke lantai bangunan tu. horror x?

tu bangunan baru yang ada dalam projek solar hibrid. kantin dan rumah guru. tenggelam beb.

tu dia KD Masaum..

jom main kakurusan (papan gelongsor). macam kat sunway lagoon ooo.. 

ni dia barisan guru SK Masaum. yang pki baju lengkap tu siap2 nak g sekolah dah. haha


tu jer kot... kalau nak tau apa yang selepas banjir tu.. bagitau aku apa yang patut aku cerita..

sekian, wassalam

Thursday, August 18, 2011

Sesudah Subuh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hampir dua tahun berada di sabah, semacam menjadi satu kebiasaan untuk tidur sesudah subuh. Setiap pagi, aku bangun jam 530 am (atau lebih) dan kemudian solat subuh lalu tidur balik sampai jam 645 atau 700. Kadang2 tidur lepas subuhku dikejutkan budak2 yang datang awal ke sekolah. Kadang oleh cahaya matahari yang terang.

Sepanjang ramadhan ni, tidur sesudah subuh menjadi lebih panjang sebab aku bangun jam 400 dan bersahur. Biasanya aku bersama sudir akan berjaga sehingga masuk subuh dan solat berjemaah. selepas solat sebelum jam 5 aku tidur balik. Lebih kurang dalam 2 jam juga kami tidur.

Kedudukan rumah aku yang hanya sekangkang kera dari sekolah menyebabkan aku rileks untuk ke sekolah. Pernah kami terlajak tidur dan hanya sedar pada jam 715. Namun itu langsung tak menjadi masalah. Kalau aku kelas hanya bermula pada jam 730, tetapi sudir kalau kelas takde sebelum rehat lagi lah rileks ja.

Sistem sekolah yang tiada perhimpunan, perjumpaan, dan punch card menyebabkan tiada hal besar kepada habit begini.

Namun hendak atau tidak, tabiat sebegini memang patut dielakkan. Malah amalan tidur sesudah subuh ni memang tidak disukai oleh Nabi. Jadi sesuatu perlu dilakukan.

Untuk hanya sendiri sahaja yang berjaga sesudah subuh memang mencabar. Sepanjang ramadhan ni, beberapa kali aku berjaya untuk tidak tidur sesudah subuh. Untuk mengisi masa tu, aku menganjak jadual membuat RPH dari waktu malam (boleh diisi dengan chatting bersama isteri) ke pagi sesudah subuh. Pertama kali buat RPH sesudah subuh memang kepala ting tong tahap dewa.

Kadang2 aku berjalan kaki ke prasekolah untuk menyegarkan badan. Berpusing2 di kawasan pra untuk memeriksa keadaan atau bekalan makanan di pra. Tetapi untuk melakukan aktiviti sukan aku tangguhkan dulu.

Banyak beza aku rasa bila tidak tidur sesudah subuh, kepala akan lebih segar, suara akan menjadi lebih jelas, badan akan menjadi lebih bersemangat, tetapi tidur selepas zohor pula akan menjadi sangat lena. InsyaAllah mudah2an aku dapat istiqamah untuk berjaga sesudah subuh.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, March 1, 2011

Berkali2 baik sekali jahat hancur trusss...

assalamualaikum dan salam sejahtera..

"mus, bila ko trun tlupid? nanti jgn lupa bwk barang sy msuk aa.. roda tu ko kasi rohana"
"ok bos. asyik2 bwk brg bos ni bleh la sah jwtn sudah ni"
"blm blh lgi. bdk2 pra xbleh lgi bca. ko tu asyik lupa ja asyik ingt qema ja lu"
"bos ingt sy x ajar ke bdk2 pra. kalau bos pndi sgt bos ajar la sndri"
"apa ni. ambil masa lbih ajar bdk2 tu bca. kalau mau aku ajar bleh tp gaji kena bg wa la."

setelah bbrp ketika
"xyah bwk brg tu kalau ssh sgt. tq"

yeahhh... just started a war against GURU BESAR..

Thursday, April 29, 2010

gara2 YM xleh msuk...

assalamualaikum dan salam sejahtera...

boring aku mengadap FB.. di tambah ngan xleh2 msuk YM.. kalau x bleh aku berasmaradana dgn bakal teman hidupku.. hehehe...jadi baiknya aku update sket blog aku ni sblm aku beransur balik sbb batry laptop dh nk kong n mlm ni xleh dh nak cas sbb cas btry solar dah nak abis (ni org pedalaman je phm n pak wahid esp xkan pernah faham)...


jadi sudah mahu msuk bulan 5 sekarang.. maka hampir 4 bulan sudah aku berada di bumi masaum.. dari kali pertama aku menjejak kaki ke sini semakin aku dapat membiasakan diri dengan dunia baru ni.. maybe dua 3 minggu pertama aku kecoh ngan aktiviti yang best mcm memancing dan mendayung n sebagainya tp lama kelamaan aku sudah kebosanan.. ditambah ngan jmlh ikan yg menyusut dgn gila2 gara2 tuba n memanah.. maka melepak je la hari2 tanpa wat pape.. nak men badminton pun xleh sb angin kuat sgt petang2..


tapi satu benda yg aku pasti.. aku dah makin sayang dgn anak2 muridku..ingt lagi minggu pertama.. ramai yang menangis tgk aku.. cakar2 tangan aku.. lari dari aku.. xmau aku pegang... tp sekarang bleh bergelak2 dgn aku.. berebut2 tangan aku bila aku hulurkan tangan utk buat bulatan.. hmmm.. mmg touching.. setiap hari aku berharap 22 orang murid akan datang.. alhamdulillah sejak dua tiga minggu ni paling kurang pun 15 orang la akan dtg.. kalau 20 orang tu biasa....dan aku semakin memahami mereka..faham yang mana boleh ditampar,, yang mana boleh dicubit... yang mana sensitif.. yang mana manja.. yang mana mengada2... tapi semuanya memberi warna baru dalam hidup aku...


semoga aku akan terus istiqamah..doakan aku berjaya hingga keakhir..

sekian wassalam...

Monday, April 26, 2010

please.. do listen to me..

assalamualaikum dan salam sejahtera..

please.. listen to me now or never..

u are left so far behind..
look people around u..
dont u notice the differences..

i dont think u r stupid...
i dont think u r not capable...
i dont think u get not enough help..

but i think u r asking too much..
i'm not saying 'subsidi' is not good...
but u take it as an advantage..
it make u super duper 'LAZY'

"xkan la rumah pun nak kena minta kerajaan... haih"

Monday, April 19, 2010

my new baby




assalamualaikum dan salam sejahtera..








di sini saya menayangkan dgn bangganya baby saya yang terbaru.. walapun lebih gagah dan tegap namun ADT tetap di hati kerana jasanya tidak terkira banyaknya.. hehe..

toyota land cruiser 2


Tuesday, April 13, 2010

setelah kesekian kalinya

assalamualaikum dan salam sejahtera...

lama sudah aku menyepi.. peduli aku dgn aku kerana aku sekarang mmg ting tong tahap maks.. langsung tidak mahu mengadap laptop ni..

sebelum tu aku ingin dedicate sekalung takziah kepada Hanim atas kehilangan insan istimewa dalam hidupnya... semuga arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 mukmin..

sejak dua menjak ni kecoh di kalangan beberapa rakan mengenai seorang insan yang bernama pak wahid.. sejak artikel dia tersiar tu mmg pak wahid jadi famous di kalangan kami sbb mengena tepat ke batang idung aku...

mungkin apa yang orang luar nmpk kami bergaji besar.. elaun tinggi gila.. ngajar xda tekanan.. bleh cilok2 kelas.. bleh mcm2 tanpa gangguan dari nazir atau ppd.. maka kami dikategorikan sebagai guru goyang kaki.. haih..

bukan nak menegakkan benang yang basah.. hanya beberapa senario yang berlaku di sekolah aku untuk renungan pak wahid.. loan bank aku kena rejek padahal aku x prnh wat loan n xda kad kredit.. aku nk wat 50k je.. padahal aku layak tanpa mslh utk wat 150k.. puncanya gara2 bank xdpt hubungi aku utk sahkan status permohonan...

seorang guru hanya mengetahui kehilangan mak saudaranya selepas seminggu.. bayangkan la kalau ibu bapanya yang pergi..

setiap hari aku mkn mknn segar dari dlm tin.. kadang2 je ada ikan fresh.. sayur kubis yang terkenal dgn byk bahan kimia.. lunch aku hanya mee sedap...

tapi aku seronok di sini kerana kami serba kekurangan.. kekurangan menyebabkan hubungan kami menjadi lebih dari sekadar kawan.. pernah aku berfikir.. kalau aku serba cukup mungkin aku tidak punya suasana sekolah seperti ini..

sekian..

Monday, March 1, 2010

learn a word a day

assalamualaikum dan salam sejahtera...

dalam masa 2 bulan aku ada kat bumi sabah ni.. sikit2 aku dah terikut2 loghat n pattern ckp sabahan dan masaumians...ni nak share sket... hehehe

ada beberapa perkataan yang disedapkan bunyi....
"ada di saaaaaaaana".....
nak menunjukkan jauhnya tempat tu...
perkataan yang lain dari lain

"bolah limpas ke sungai tu".....
maknanya boleh lepas atau lalu ke sungai tu...

"terima kasih bek (e emak)".....
sebagai kata penguat... hahaha

"kertas saya pitas cikgu".....
maknanya kertas saya koyak cikgu

"bertapuk2 lagi ko itu.. sudah la tinggi.. ".....
mcm bersembunyi la.. hahaha

"sinalau bakas ada dijual disini".....
sinalau tu maknanya daging yang disalai.. bakas tu nama lain bagi b***.. juga di sebut khulos... haha

"lain cara ko ini".....
satu trademare yg aku suka.. haha

sekian...akan update lgi.. aku pingin mahu belajar bahasa rumanau.. rumit sekali bah.. sukar sbb aku jarang bercampur dgn orang kg..

Wednesday, January 27, 2010

me @ SK Masaum continue...

assalamualaikum dan salam sejahtera..

hari ni berjalan lancar.. sesi p&p agak teratur dgn ketidakhadiran Al-Dody.. memang dia agak lincah dan sukar dikawal.. tambah2 ngan Danil n Riko n Cila.. mmg skit kepala seharian.. huhu..

hari ni aku ngajar smbil tgk buku rph.. satu2 tgk smbil tgk jam utk bajet masa.. alhamdulillah.. berjalan lancar aku rasa.. tapi sewaktu aku melayan karenah Danil yang sudah tidak mahu membuat kerja...

"sungai kamu ni ada buaya ker?"
"banyak cikgu.. besar2 lagi"
"hish.. yeke.."
"betul cikgu"
"kamu pernah nampak ker buaya tu"
"pernah cikgu...."

.....baru je aku nak respon....

"di taman buaya cikgu.."
"hahaha..."

ntah la dia buat lawak ke atau mmg dia jujur je crita kat aku.. sbb muka dia xmcm nak mengenakan aku.. tp mmg aku terkena la..dah mcm excited dah aku nak dgr cite psl buaya kt Masaum..

satu lgi pada hari ni..

"semalam cikgu g memancing.. ckgu dpt ikan sungkok,, ikan mungkok.."
(tiap kali aku sebut je nama ikan tu smua tergelak..)
"eh silap.. bukan ikann sungkok tp ikan gigius..."

....trus je ttba ramai2....

SAYA SUKA GIGIUS
SAYA DAPAT GIGIUS
GIGIUS SAYA BESAR
BESAR MCM INIIII (sambil mendepangkan tangan)

pergh.. ikan mcm tu pun ada lagu utk dia.. hahaha... harmoni sungguh...

sekian sahaja..

Saturday, January 23, 2010

me @ SK Masaum preload

assalamualaikum dan salam sejahtera..


just nak msukkan gmbr yg ptt msuk mula2 aku smpi cni.. hehe..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...