Subscribe:

Pages


Bacalah Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Saturday, August 20, 2011

Qaala Ibnu Ahmad anil MLM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni kesiangan lagi. Memang untuk maintain berjaga sesudah subuh memerlukan azam dan semangat yang tinggi. Tambah2 bila rumet keluar dan rumah agak terasing dari komuniti kecil ni. Jadinya suasana aman dengan cuaca yang sejuk2 memang boleh buat tidur itu terlalu indah untuk dilepaskan. Dugaan dugaan dugaan.

Semalam lama aku berbual bersama isteri, antara topik panas kami ialah berkenaan MLM. Sejak dua menjak ni aku rajin membaca blog anti mlm, saudara Aidid. Banyak maklumat baru dan terkini aku dapat dari blog ni. Memang isteriku ada komplen berkenaan dengan bahasa yang digunakan, agak kasar namun pada aku, ketepikan dulu aras bahasa yang digunakan dan cuba dapatkan intipati kandungan blog tersebut. Ambil yang jernih buang yang keruh. Yang masalahnya kita selalu fokus kat yang keruh tu.

Sebenarnya aku respek saudara Aidid kerana usahanya untuk membongkar aktiviti MLM kerana memang jelas MLM sebenarnya hanya merugikan kita. Memang ada antara kita telah mendapat untung dari MLM tetapi tu mungkin kerana kita antara orang terawal dalam skim tu. tetapi kita tidak sedar kita sebenarnya telah menganiaya orang yang masuk di bawah kita dan tidak mampu untuk meneruskan bisnes tersebut. Memang kita boleh cakap "tu salah kamulah sebab tak dapat nak kembangkan bisnes', padahal semasa kita promosi dengan dia berbuih mulut kita cakap inilah peluang kamu hendak kaya, menolong ibu bapa, pergi umrah etc. Di rencah lagi "kamu tak perlu beli barang, tak perlu cari orang" tapi sekali dah terjebak lain pula ceritanya. Menurut Aidid masalah ini berlaku apabila terjadi ketepuan dalam masyarakat (tiada lagi orang yang mahu join) akhirnya yang di bawah akan berputih mata dan habis duit kerana tidak mendapat pulangan modal. Lebih menyedihkan kalau kita perhatikan kebanyakan yang giat menjalankan aktiviti MLM ni orang melayu juga.

Kalau di Masaum, topik MLM sangat dingin, langsung tiada cikgu2 yang berminat untuk join dan mempromosikan sebarang produk di sini. Mungkin atas faktor jaringan perhubungan yang sangat lemah. Kalau di pekan telupid ada juga aku dengar seorang GB (orang semenanjung) yang aktif melaksanakan pelbagai skim. Aku kurang jelas sebab belum pernah bertemu dengannya.

Semalam juga aku berjanji dengan isteriku untuk membaca betul2 artikel aidid berkenaan dengan Herbalife. Ada misi yang perlu kami laksanakan. Ada target yang hendak di brainwashkan balik. Secara rambang Herbalife sekarang menunggu masa untuk menerima nasib seperti Amway yang telah di saman oleh ahlinya kerana sistem piramid yang digunakan. Malah produk2 yang digunakan oleh Herbalife mengandungi banyak bahan kimia yang berbahaya. Banyak kajian klinikal dan kajian kes yang dijalankan telah membuktikan kaitan langsung produk Herbalife dengan kes2 kerosakan hati.

memetik dari saudara Aidid,

The reasons for the ineffectiveness of Herbalife's diet treatment are the following: no education to better food practices, products are systematically hypo-caloric with health risks, a medicalisation of the way of life by the absorption of special products, disproportionate price compared to results obtained. All the indicts of an inadequate approach of the diet coincide to create doubt as to the effectiveness of these supposedly miracle products.

Rasanya bukan kepakaran aku untuk membaca dan menjelaskan semua kandungan blog Aidid tu. Nasihat aku kepada diri aku dan pembaca sekalian untuk meluang masa untuk membaca dan mengambil intipati blog tersebut. Sekiranya ada yang tidak setuju, aku tidak boleh memaksa. Kita berhak untuk menyokong mana pendapat2. Malah dalam blog tersebut tengah hangat dibincangkan mengenai status MLMS yang didakwa sebagai sistem MLM yang halal.

Sebenarnya masalah seperti ini pernah sudah berlaku. Cuba kita lihat kes ASB. Apabila satu ketika dulu, bila majlis mufti selangor memfatwakan ASB adalah haram bertembung pula dengan fatwa majlis mufti kebangsaan yang mengatakan ianya harus. Bila kita tengok hujah kedua pihak (info ni aku dapat dari UZAR tapi bila aku cari balik artikel dah takde. mungkin sudah terlalu lama) pada aku hujah dari selangor lebih kuat kerana mereka berpendapat ASB haram kerana tempat pelaburan yang meragukan. Dikemukakan antara tempat pelaburannya di American Tobacco dan Maybank. Namun hujah kebangsaan pula hanya kepada maslahat ummat kerana ramainya orang islam di dalam ASB, nanti boleh menyebabkan kejatuhan ekonomi yang teruk di kalangan orang islam.

Sebenarnya yang haram tetap haram. Hujah maslahat umat tu sebenarnya terlalu lemah di Malaysia. Sekarang begitu banyak tempat pelaburan yang telah disahkan dan diakui halal. Mungkin ramai dari kita yang selesa dengan ASB sebab ASB maintain, confirm beri dividen setiap tahun. Kalau ejen dari tempat lain akan hanya menyatakan track record tahun2 terkemudian dan menyatakan kemungkinan kadar untung pada tahun2 mendatang. Jadi ada kemungkinan untuk untung dan rugi juga tetapi kalau ASB confirm untung. Ada 2 perkara di sini;
  1. apabila sesuatu pelaburan menjanjikan keuntungan secara tetap, ia jelas melanggar konsep pelaburan dalam islam. Sebab pelaburan dalam islam menyatakan terdapat untung dan rugi untuk memberi keadilan kepada pelabur dan juga syarikat yang dilaburkan. Cuba bayangkan tahun tersebut, ekonomi Malaysia jatuh teruk dan syarikat tersebut rugi, adalah zalim kepada syarikat tersebut untuk tetap membayar dividen walaupun telah rugi. Tetapi memang ASB mampu pun untuk bayar dividen setiap tahun waima ekonomi Malaysia jatuh sebab tempat pelaburannya memang susah hendak rugi pun. hehe.
  2. Untuk menjadi pelabur, kita sepatutnya kena la bekerja sedikit. Kebanyakan kawan2 aku yang masuk ASB merasakan ASB lebih mudah kerana mereka tidak perlu risau untuk memikirkan portfolio sesuatu syarikat kerana ASB confirm untung punya. Pada aku, kalau aku ada 10k atau 20k memang aku akan cari mana2 syarikat dan tengok track record dan tempat pelaburannya untuk melabur. Ini kerana sebenarnya kita mampu untuk menjana keuntungan lebih dari 5-7% setiap tahun dari syarikat lain. Malah pada tahun 2007 sebelum kejatuhan ekonomi Malaysia, ada syarikat yang memberikan kadar keuntungan melebihi 30%. Tetapi selepas kejatuhan ekonomi tu, memang teruk sikit la. Jadi di sini, jadilah pelabur yang berilmu sikit.
Jadi itu antara faktor yang menyebabkan aku tidak pernah join ASB. Lagipun aku takde cash maa. Ada rakan malah kakak aku sendiri membuat pinjaman bank untuk join ASB. Aku pernah cakap, kalau kita kira balik jumlah yang kita bayar dengan apa yang kita dapat dari ASB, kita akan dapati jumlah yang kita bayar sebenarnya lebih dari itu. Kan dah rugi di situ, mungkin kita membayangkan selepas 10 tahun bedebuk dapat 50k. Kalau betul kita menyimpan bulan2, memang kita akan dapat juga malah mungkin lebih banyak. Cuma tu la, biasanya kalau duit tu cair, senang je dia nk keluar. Lebih teruk kalau pinjaman dengan bank konvensional, tambah dengan status ASB, berganda2 la sumber rezeki kita meragukan.

Sesiapa nak melabur tengoklah la senarai syarikat yang telah disahkan halal oleh Suruhanjaya Sekuriti. Di sini.

Jadi berbalik kepada topik MLM ni, bila timbul isu MLM dan MLMS. Ada pendapat yang menyokong dan membangkang kewujudan MLMS. Antara hujah pembangkang ialah MLMS hanya kosmetik sahaja tetapi modus operandi tidak lari dari MLM. Hujah penyokong pula disokong oleh fatwa Majlis mufti kebangsaan yang menyatakan ianya adalah harus. Benda ini masih baru bagi aku, jadi aku mengambil jalan selamat untuk menjauhkan diri. Ambil masa untuk studi betul2.

Kepada pembaca, ambil tahulah. Mungkin bermanfaat untuk diri kita, mungkin saudara atau kawan kita akan beroleh manfaat bila kita ambil tahu. Kita janganlah taklid membuta tuli, jadilah mereka yang berpaksikan kepada ilmu. Bila mencari ilmu, kena la pula pandai filter. Jangan sembarangan menerima. Yang lebih mengesankan, bawa2lah berbincang dengan sesiapa sahaja. Mungkin dari kita ada lompong2 yang dapat diisi oleh yang lain. Seperti yang aku pernah cakap "perbezaan pendapat itu lumrah".

sekian terima kasih.

0 respon baek punya:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...