Subscribe:

Pages


Bacalah Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Monday, August 8, 2011

selamat berpuasa

assalamualaikum dan salam sejahtera,

selamat berpuasa kepada semua umat islam. semoga bulan ramadhan kali ini diisi sebaiknya untuk menjadikan kita hamba Allah yang lebih baik disisiNya. betul kan? sekarang kebanyakan daripada kita cenderung untuk menjadikan dirinya lebih baik disisi manusia sendiri contohnya disisi guru besar, kawan-kawan semata-mata untuk mendapat kesenangan dan keredhaan manusia tersebut.

teringat kepada karya Ramlee Awang Murshid. seorang novelis yang aku minat. kelahiran papar sabah. kemungkinan berketurunan brunei sebab rata-rata melayu di papar adalah keturunan brunei. lagipun namanya pun ada ala-ala orang brunei kan. dalam satu karya beliau yang baru aku baca 'bagaikan puteri' menyebut dengan jelas pergantungan watak utama iaitu laksamana sunan kepada Allah dalam segala hal. namun dalam hal menyerahkan diri kepada Allah sepenuhnya ini, kita tidak mengambil pendekatan tok bomoh dan pawang yang hanya membaca mentera dan jampi serapah maka semua keadaan akan menjadi baik.

dalam novel ini, laksamana sunan merupakan seorang pahlawan terbilang setanding dengan Hang Tuah malah lebih baik akhlaknya apabila taat dan patuh kepada perintah Allah berbanding dengan perintah sultan. malah laksamana sunan sanggup menyanggah perintah sultan melaka apabila menyedari perintah itu hanya akan membawa akibat buruk kepada manusia hatta kepada sultan itu sendiri. berbanding dengan hang tuah yang begitu taat dan patuh kepada perintah sultan hingga menzalimi diri sendiri.

namun untuk menjadi seperti laksamana sunan bukannya senang tetapi harus diingat tidak mustahil. setiap manusia diberi peluang sama rata untuk mengabdikan diri kepada Allah mengikut keadaannya. semoga kita dapat mengambil kesempatan dibulan ramadhan ini untuk memperbaiki diri sendiri dan masyarakat.

sekian, wassalam.

0 respon baek punya:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...