Subscribe:

Pages


Bacalah Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Wednesday, October 28, 2009

aku dah nak posting 6

assalamualaikum dan salam sejahtera..

hari ni boleh dikatakan garisan penamat kpd aku sebagai guru pelatih di IPBA dan IPIS.. tamat je exam tdi xda rse pape sgt sbb rse nak abiskan cepat2.. patut aku duduk je dlm dewan tu hirup udara dewan semasa exam puas2 kan..tpi ketaksabaran utk bebas dari belenggu modul sejak empat tahun lepas membuat aku mengangkat kaki keluar trus dari dewan..

keluar dari dewan aku perlu bersedia jiwa raga kerana selepas ini alam baru bakal aku tempuh.. bukan alam cakerawala lain tapi alam cikgu la pula...syukur kepada tuhan kerana dengan izin-Nya aku lepas juga setelah banyak rintangan dan halangan dan aku hampir tersungkur di tengah jalan.. mungkin di sini tempat aku.. di sini aku punya peranan untuk dimainkan.. punya fungsi untuk dijalankan.. mungkin impaknya tidak sebesar iceberg yg tenggelam tp aku pasti aku punya kesan di sini..

aku perlu kuat semangat selepas ini..

petang tadi aku dan rakan2 dirai oleh persatuan prasklh.. wjud rupanya persatuan begini.. haha.. seingat aku masa sem 1 kami pernah perlu mengadakan aktiviti untuk persatuan pra utk gerko tp mungkin kerana tika itu gerko masih bernafas dalam lumpur dan kami memang tidak mahu menyusahkan diri maka persatuan itu pun berlalu di telan arus..

tatkala ucapan2 oleh pengucap mengusik gegendang telinga aku, aku masih tiada perasaan ape2.. tapi pabila video yg disediakan oleh hakim dimainkan... ditamabah dengan efek lilin ala2 demo nizar dlu aku dan rakan2 (pasti kan) berasa sangat tersentuh hati..begitu menyentuh perasaan...tambahan kami sebenarnya tidaklah berapa mengenali kerana mungkin terdapat gap batch antara kami..pernah bekerjasama membuat aktiviti tapi tak berapa begitu rapat..

jadi rasanya aku tidak rugi ape2 untuk menyatakan perasaan terharu dan berterima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang bertungkus lumus menyediakan majlis untuk kami..terasa kami kelas yang sangat beruntung pula..pada satu ketika kami berasa berada terlalu bawah di sini.. tiada dipedulikan oleh warga lain kerana mungkin berlainan ideologi dan fahaman tapi hari ni aku sangat teruja dengan diperlakukan begini...

sekali lagi terima kasih...bak kata mr. stylo xtau ape nk buat untuk ckp trima kasih.. tgkp gmbr beramai2 je yg termampu..THANKS..

sekian wassalam..

Tuesday, October 27, 2009

amarah hari ni membuak pulak

assalamualaikum dan salam sejahtera..

hari ni aku xtau la ape yg x kena ngan aku.. pgi2 buta lgi dah semcm jer.. bgn awl2 nak studi last2 ttdo dgn buku2.. menonong je g dwn.. dlm dewan plak tensen aku ngan kipas angin besar tu.. brapa kali ntah kertas aku terbang diterbang kipas tu...sabar lagi..time nak jwb exam tangan aku mcm crammed je nak tulis.. tulis jgak.. layan kan jer la.. dah la jwpn ntah pape..

tghri je aku dah ponteng talk kat kl.. pttnya aku attend tp malas..mslh terkmpl la tu.. kang g office ada la kena ayat2 pedas..last2 aku layan je muvie..dkt kol 3 cmtu aku g post office plak..nak renew road tax.. tggu pnya lama.. faham2 je la post office malaysia ni.. smpi je no aku.. g kat kaunter slumber je ckp dah xmau la dah cover utk motor lebey 10 thn.. kena amik allianze.. xmau aku..lps tu trus je ckp xleh proceed sbb kuoata dah penuh..

pastu aku ingt nk balik dah.. last2 pkir baik try kat mne2 office insurans.. ada 2 3 kat fasa 1.. trus aku msuk sahlal agency..nasib ok.. trus wat insurans motor.. pastu trus renew road tax..

tapi sepanjang2 hari aku..mcm2 je xkena..kes yang xpernah sudah2..aku x tau la brapa lama aku bleh bertahan..salah aku ke??..kenapa aku rasa aku ttp betul..entah.. aku dah cuba mengalah tp mcm ape ntah..aku pun x reti la nk ckp..

last2 ptg td nak men vball aku dah x tentu..xsmgt lgsg..last2 kalah..penat n tensen..sori la.. aku x salam pun ngan korang td..tp aku mmg bengang sbb hari aku rasa nk sepak je sape2..

sekian..

aku dah nak posting 5

assalamualaikum dan salam sejahtera...

smlm rasanya mse tgh makan mendapat pengkhabaran pasal posting yang x menentu.. haih malas betul aku nk pikir bnda2 cmni.. bila la mereka mahu bekerja dgn lebih efisien dan teratur.. tp aku kdg2 fed up la dgn pengkhabaran2 yg ntah ape2 ni.. suka benor mereka menyusahkan jiwa raga student.. bagi la motivasi sket.. ni lagi nak meranapkan student ada la..

teringat kata2 manager insurans aku yg baru.. kdg2 dlm kerja ejen ni bkn tekanan dan pressure dari klien yg buat ramai ejen lari tp sbnrnya tekanan dr dlman tu yg skit jiwa raga.. yeah mmg benar dan skrg aku tgh terperusuk jauh dalam ape ntah.. xmahu bangkit2 lagi stlh jatuh berdebuk!!!... tp aku perlu bangkit..

jadi kaitannya dgn di sini sbgi aku nk posting ni.. mmg kdg2 jdi xmahu ingin menjadi guru kerana byk sgt unsur2 ion yg negatif dari positif.. di maktab sahaj sudah terserlah.. rasanya kalau ditukarkan polisi pensyarah perlu menjadi guru dahulu sblm menjadi pensyarah rasanya bertukar sedikit budaya di mktb ni.. ambil la professional ke jdi pensyarah. tp sukar pulak mereka nak menghayati keguruan ni...

tapi pada aku banyak mana pun unsur2 ini.. tu dah jadi lumrah la.. menikam dan ditikam tu perkara biasa... hari ni kamu ketawa dengan dia... hari lain kamu belum tentu suka melihat dia.. jadi kena tough je la.. hidup perlu diteruskan..

sekian wassalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...