assalamualaikum...
raya lepas memang berbeza kepada aku kerana beraya bersama isteri. tetapi kesian kat isteriku sebab budaya yang 100% berbeza dengan suasana beraya di rumahnya. hehe. memang kami lebih selesa bersantai di rumah pada hari raya, mungkin cuba menggantikan masa bersama ahli keluarga yang luput kerana masing2 jauh.
namun raya tahun ni agak meriah bila semua ahli keluarga berkumpul, biasanya abangku yang sulung menjadi insan tunggal yang tiada atau ada secara total kerana keluarga mentua di pahang. rasanya aku pun sama la nanti. hehe... jadi raya tahun ni semua dapat berkumpul walaupun secara rasmi hanya pada raya ke dua.
satu agenda rasmi kami sekeluarga adalah duduk dalam bulatan semasa makan dan selepas makan. satu budaya yang berjaya diterapkan oleh ibu bapaku sejak kami kecil. maka semasa dan selepas makan banyak topik yang keluar bagi mengisi masa.
kalau dulu hanya abg ju, abg ji, dan abg zahari, dan sekali2 ayah dan mak yang berbicara. kami adik2 yang lebih muda hanya mendengar dan memberi respons samada ketawa atau diam. paling meriah bila ada abg2 kembar. memang kelakar dan seronok. tapi sekarang aku dan adikku yang lain mula mengomen sikit2 untuk menambah rencah bicara.
antara topik wajib ialah berkenaan bola. samada bolasepak malaysia dan dunia. adik beradik lelaki aku seramai 5 orang adalah pemain bola di sekolah. adik hery paling cemerlang. pernah bermain untuk pulau pinang untuk SUKMA. jadi topik ni sering dibualkan oleh kami. sekarang yang masih tega menonton bola hanyalah abg ju dan heri. yang lain hanya mengikut dari jauh termasuklah aku. malah masa cuti kami sering call astro untuk masukkan sukan kerana mak buang channel sukan bila kami takde di rumah. tapi sekarang heri atau abg ju akan bawak balik kad astro rumah masing2 yang memang ada channel sukan. lagi senang kan.
satu perkembangan yang aku dapat sedari ialah mula kelihatan perbezaan pendapat dan pandangan abang2 ku berkenaan dengan isu politik. terutamanya abg ju yang mula kelihatan condong ke arah kerajaan. mula aku sedari selepas isu politik perak. menurutnya sultan azlan shah bukan calang2 orang untuk membuat keputusan begitu. hehe.. mungkin dia kena brainwash semasa kuliah undang2 di uitm.
manakala abg kembarku lebih condong kepada alternatif. ini memang sejak dahulu lagi namun mereka lebih bersikap menyokong secara senyap kerana mungkin faktor kerja. namun aku perhatikan kedua mereka aktif dengan aktiviti keagamaan. mungkin ada korelasi di situ.
namun aku perhatikan, dalam perbincangan mereka, satu perkara yang aku suka ialah perdebatan secara sihat. contohnya isu bukhari, abg ju akan memberi penilaiannya berdasarkan kepada penilaian dari segi undang2, malah menurutnya mereka turut mengkaji dan mengikuti kes tersebut hatta terdapat soalan yang menyentuh terus kes berkenaan. manakala abg kembarku akan bercakap sebagai entiti bebas.
menarik, itulah sebabnya aku suka bersantai di rumah.
tapi, bila aku ingat2 balik, tabiat aku bersantai di rumah sejak lepas spm. itulah pesan aku pada adik bawahku "abis belajar tu duduklah rumah sementara tunggu kerja, tak payahlah nak cari kerja sementara ke apa, nanti dah kerja susah dah nak balik rumah"
sekian, terima kasih.
Wednesday, September 7, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 respon baek punya:
perbezaan itu satu perkongsian yg hebat..
betul betul.. moga yg terbaekk!!
betul betul.. moga yg terbaekk!!
heh..
kongsi2 gk..
ada perbezaan meriah hidup beb!
Post a Comment