Subscribe:

Pages


Bacalah Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Friday, September 30, 2011

Layan Rumet

assalamualaikum..

sejak dua menjak ni rumet aku asyik duk melayan lagu ni.. sampai aku pun duk terhangguk hangguk kepala layan.. memang agak sedap dimakan begitu saja.. hehe..


so layan dulu.. takde mood nak serius2 lagi..





sekian, terima kasih.

Kembali Dari Kelana

Assalamualaikum,

Akhirnya kembali juga dari berkelana. Tak pergi jauh pun. Dekat2 sini jer.

Jadi layan dulu lagu dari filem fevret aku.







Apa je aku buat sepanjang aku berkelana ni..

kebanyakan masa siang aku banyak layan blog  aididmuaddib dan malamnya aku chatting dengan isteri..

Itu je untuk edisi sulung aku kali ni..

sekian, wassalam.

Thursday, September 22, 2011

Korang Nak Pilih Mana?

Assalamualaikum,


Mesti ramai di kalangan kita adalah orang yang sentiasa berada di atas pagar kan. Straight to the point, mereka yang tidak menyokong BN dan PR. Mereka ini antaranya selalu cakap macam ni,

"malas la aku nak layan, serabut kepala otak aku jer, yang sini kutuk sana, yang sana kutuk sini"

"aku tak mahu diperalatkan, biarlah aku sendiri membawa hati yang lara ni. hehe"

"risau la aku nak cakap lebih2, aku ni pekerja gomen, kang tiba2 kena dengki kang tak naya je aku, then sape nak bagi aku makan, anak bini aku nak makan pasir ke"

dan banyak lagi..


Dulu aku pun lebih kurang je. Masa pilihanraya 2004, aku berkempen untuk semua parti. aku redah pos semua parti. Sebab setiap pos biasa ada makan2. Jadi kenyang la perut. hehe. Sebab aku join je mana2 kawan aku yang ajak. Aku pernah accident masa konvoi mencari harta karun anjuran UMNO. Tapi aktiviti PAS kurang sebab kampung aku pior UMNO. Sape tak kenal area gerik.

Tapi ada benda yang buat aku terfikir, yang secara logik berdasarkan kepada pengalaman aku sendiri jer.

Benda2 ni yang buat aku rasa terpaut untuk menyokong PAS. Mungkin diri aku ni takde lah sempurna tapi kita sepatutnya berusaha untuk ke arah yang lebih baik kan.

Antaranya,

1. Aku tengok abang2 aku, memula dorg nak aktif dalam parti mesti dorg aktifkan diri dengan masjid. Abang aku pernah jadi SU cawangan. Takdelah nak cakap abg aku alim tapi di masjid lah tempat dorg berkumpul. Memang ada orang cakap mereka ini memperalatkan masjid. Tapi bila difikirkan memang masjid lah tempat untuk diperalatkan oleh kita untuk menyusun aktiviti yang membawa kepada kebaikan kan. Ada usrah, ada program islamik, ada mesyuarat. Semuanya berkitar di masjid.

Senang cerita, untuk ko mudahkan diri diterima oleh parti ni, dekatkan diri dengan masjid.



2. Lagi bila aku menzahirkan diri menyokong PAS, people expect me to do good things. Maknanya tak boleh nak kacau anak dara orang, takleh nak masuk PUB, takleh nak melepak di shopping complex. Bila aku menyokong PAS, aku mesti rajin ke masjid, tak tinggal solat, rajin puasa sunat, boleh baca quran, boleh lead tahlil dan yasin, dan sekian2. Jadi bukan ke benda baik tu, tapi takde la aku nak cakap orang UMNO tak baik, cuma tu la, apa yang aku nampak la.

Senang cerita, aku diransang untuk berkelakuan baik which is good for me.


3. Ini faktor yang menolak UMNO plak, aku dibesarkan di kalangan penyokong tegar UMNO. Memang ketidakadilan selalu jadi di kampung aku. Memang ada kemajuan tapi sepatutnya kampung aku lebih baik. Contohnya jalan raya sampai ke hari ni masih lagi tidak berturap penuh. Pernah ada satu projek membina pemancar celcom di kampung aku, jadi kira satu kilometer jalang kampung rosak teruk. Teruk yang sangat sampai abg2 aku pening kepala nak bawa kereta dorg sebab memang dah takleh nak elak lubang. Nak dijadikan cerita ada beberapa orang kampung yang marah dan tahan bos kontraktor tu. Maka bongkarlah bahawa bos tu dah beri pampasan untuk repair jalan kepada ketua JKKKK. Tapi yang hairan nape takde repair. Pastu ada kes dapat peruntukan buat jalan tapi diturapnya court sepak takraw.
Satu lagi kes, bila PR menang tahun 2008 di perak, semua barang kelengkapan kahwin macam khemah, pinggan mangkuk dan semua2 hilang lesap entah ke mana. khabarnya disorokkan. Hujahnya tu hak kerajaan UMNO. Kerajaan PAS beli la plak untuk kampung. Serabut betul. Pastu bila PR kena sanggah, barang2 tu timbul balik tapi banyak dah hilang. dah jadi harta peribadi kot.

Senang cerita, pengalaman aku dengan UMNO tak berapa baik la. hehe.


4. Lagi satu teringin aku nak tengok PR perintah malaysia.. Hari2 duk pong pang sana sini, negara berkebajikan la, demokrasi la, keadilan la. Berlambak dalam youtube kutuk Najib la, Rosmah la, BN la, apa la.. Semua tak kena. Hari2 duk cakap aku nak juga tengok macam mana la dorg ni kalau pegang Malaysia. Kalau ok bagus lah. Kalau tak ok memang aku surrender la politik Malaysia ni.
Pernah aku dengar Malaysia akan hancur, bangkrap, kacau bilau kalau PR menang. Hairan plak aku macam mana boleh ada kenyataan macam tu. Tak pernah pun aku tengok PR menang pilihanraya, jadi macam mana boleh cakap macam tu plak.
Kalau setakat pegang lima negeri tak boleh nak nilai lagi. Apa sangat la kuasa pada negeri.

Senang cerita, jom test kerajaan baru plak. JEpun rileks je tukar PM berkali2.


Jadi tu lah. Bukan aku nak pengaruh orang atas pagar ni tapi tu lah. Sampai bila kita mahu di atas pagar kan. Sampai bila mentaliti rezeki diberikan oleh UMNO. bahaya tu. Sampai bila cikgu cuma boleh cakap belakang jer. Memang ada kes cikgu dikenakan tindakan bila aktif, tapi salahkah cikgu aktif dalam politik. Selagi dia tak mengacau kerjanya aku rasa ok kan. Cikgukan SOCIAL ENGINEER.


Aku takde la nak keluarkan isu2 semasa lain. CUma pengalaman aku. Mungkin tak sama dengan orang lain sebab aku MUSTAKIM. Korang mungkin nama lain. hehe..


sekian, wassalam.

Tuesday, September 20, 2011

Terbaekkk!!!... ARE WE??

Assalamualaikum,


Ni pun antara artikel yang termasuk dalam kategori 'dah lama dah...". Aku kadang2 banyak isu nak kongsi dalam blog ni tapi aku manusia lemah tambah biasa yang mudah lupa. Tahap lupa aku makin teruk bila dua kali aku tertingal laptop. Satu masa nak balik sabah dan satu lagi tertinggal di pekan Telupid masa nak masuk ke dalam. (masa sedang mengarang ni actually sedang menunggu reply YM dari isteri, maybe dia tertido dah ni).


Dekat dua tahun aku berkelana ni sabah ni, banyak benda yang aku belajar. Ketepikan dulu soal jalan raya atau shopping complex atau bandar2 yang segan hidup mati tak mahu, kita fokuskan kepada benda yang lebih serius sikit, pasal kemajmukan agama yang ada di sini. Aku takde la nak mengulas panjang pasal jumlah penganut agama islam berbanding dengan kristian atau ape, atau nak keluarkan statistik berapa jumlah masjid dan gereja, tapi aku nak bawa satu perbualan yang aku tersentappp sangat lama dulu.




"... ko tengok itu si Ali (bukan nama sebenar), dulu masa mula2 masuk, perghhhh. Solat tak pernah tinggal. Lepas tu kalau kau lalu jak di rumah dia waktu maghrib sure ko akan dengar suara dia mengaji. Tapi sekali dia putus tunang, dia couple plak dengan satu orang kampung tu, pastu boleh plak diaorang tinggal satu rumah. Pastu tak tahu lah apa jadi. Alih2 dengar cerita mak bapak itu budak suruh dia kahwin sama itu cikgu. Sekarang macam teda sudah, macam pindah sudah dia...."





Masa ni aku duk mendengar cikgu2 senior ni duk bercerita pasal guru2 yang skandal. haihhh..Guru yang bercakap di atas adalah kristian.


Jadi apa isinya. Seorang kristian boleh bercakap macam tu. Agak2lah kan apa nilai murni yang berjaya diambil oleh kawan aku ni. Terkedu aku.



Aku dari dulu tak suka untuk bercakap banyak tambah pula pasal benda2 tak baik ni. Antara sebabnya banyak dah aku duk tengok orang yang pong pang sana sini orang ni buat benda jahat la apa la, last2 tiba2 dia plak yang kantoi buat benda tu. Sama sebijik plak tu.

Itulah cabarannya kan. Bila kita cuba berniat baik dan cuba memberi kesedaran, kita juga akan diuji. Jadi selain dari mengambil iktibar dan memberi pengajaran kepada orang lain, kita kena selalu buat check up kepada diri sendiri.



Berkaitan dengan cerita di atas, banyak betul isu yang muslim di sini yang aku rasa menyebabkan orang lain jauh dengan islam. Sebenarnya sebagai muslim, they expect us to behave, to be a good person, punctual, bersih, rajin, baik, dan segala2 yang baik2 belaka. Tapi malang dan sedih bila kita lebih bangga untuk menjadi seperti mereka demi merasakan untuk lebih mudah diterima dan cool.

Kesimpulannya, sentiasalah check diri sendiri.

sekian, terima kasih.

Monday, September 19, 2011

Merdeka, British, Komunis finale


Kita boleh perhatikan dua tiga menjak ni, ramai ahli akademik mempertaruhkan kredibiliti mereka dengan membuat kenyataan2. Ada berapa kenyataan yang aku nak highlightkan kat sini.

Tanah melayu bukanlah tanah jajahan british tapi tanah naungan british. Jadi siapa yang menentang british pada ketika itu sebenarnya menentang kerajaan tanah melayu bukan british. Jadi timbul persoalan, apa tu negara naungan apa tu negara jajahan???... Jadi negara kita tak pernah dijajah ke??? Kalau tak pernah dijajah jadi kenapa kita perlu sambut Hari Kemerdekaan.

Kemudian turut ada isu sebenarnya takde istilah british meyerahkan tanah melayu kepada malaysia tapi sebenarnya raja2 melayu yang menyerahkan kuasa kepada rakyat untuk memerintah tanah melayu melalui kerajaan raja berpelembagaan. hmm.. confius sangat kan... aku taknak komen sangat. sumber berita harian 10 september.




Mat Sabu secara peribadi tetap melawan dan enggan meminta maaf. Kalau kita enggan meminta maaf maknanya kita percaya diri kita tidak bersalah kan. 

Kata Mat Sabu, Mat Indera berjuang pada zaman pra kemerdekaan. Beliau menentang british dan pada ketika itu hanya melalui platform komunis dia dapat menentang british. Mat Indera mahu menghalau british dan seterusnya membawa tanah melayu ke arah kemerdekaan. 

Profil Mat Indera secara tiba2 menjadi sensasi. Malah menakjubkan bila mat indera termasuk dalam senarai buku pengukir nama johor. Beberapa artikel menyatakan Mat Indera sebagai seorang yang amat dihormati di kampungnya malah berlatarbelakangkan pendidikan agama. Malah turut dikaitkan dengan bapa Muhyidin Yasin.

Kisah Mat Indera selari dengan kisah yang diceritakan oleh tok isteriku. seorang guru lama yang sendiri mengaku orang jawa tidak menganggap mat indera sebagai komunis. Ceritanya mengenai bagaimana orang kampung menangkap Mat Indera memang sama dengan dalam harakah.

Jadi timbul persoalan, wajarkah Mat Indera dianggap sebagai pejuang kemerdekaan??? Mat Sabu menyatakan memang tidak salah untuk membariskan jaafar onn, tunku abdul rahman sebagai orang yang membawa kemerdekaan malaysia tetapi seharusnya disenaraikan jugak la mereka2 ni yang dikatakan sebagai haluan kiri (kerana menentang british) sebagai pencetus kemerdekaan


.

kesimpulan,

jadi sekarang, apa isi yang hendak diangkat dari isu ini. 

Adakah mat sabu pendokong komunis???
Mat Indera komunis???


dan secara tidak sengaja timbul pula persoalan lain bila isu ini disensasikan oleh UMNO>>

Umno pejuang kemerdekaan???



Aku tak berniat untuk mempengaruhi sesiapa. apa yang aku tulis hasil dari apa yang aku baca dan tengok. Mungkin tak sama dengan orang lain. Biasalah perbezaan tu kan lumrah.

hehe.. sekian.

(sorry kalau point terabur, aku ada masalah dalam menyampaikan maklumat, tegurlah mungkin aku boleh improve)

finale..

Merdeka, British, KOmunis 2


Berdasarkan pemahaman aku kepada utusan dan tv3, mat sabu dikatakan sebagai pejuang komunis kerana mengangkat Mat Indera sebagai seorang pejuang kemerdekaan. simple as that kan. 


Kenyataan Mat Sabu adalah berkisar dengan cerita Bukit Kepong. Beliau menyatakan orang yang menyerang balai polis itu iaitu Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan kerana menyerang polis british.


Bila aku tengok filem bukit kepong, apa je nilai kemerdekaan dalam cite tu? Komunis serang balai polis, polis kalah dan komunis tawan balai tu. Cuma lamanya cite tu dengan perjuangan polis2 untuk mempertahankan balai polis tu. macam mana ada isteri2 yang terkorban, anak2 kecil terbunuh. Boleh disimpulkan cite ni nak menunjukkan kekejaman komunis pada satu ketika di zaman kolonial. jadi apa kaitan dengan usaha menuntut kemerdekaan??? Siapa yang mahu memerdekakan tanah melayu dalam cite tu???

Honestly aku masih tak ingat ending cite tu sebab aku akan tukar siaran selepas adegan tembak menembak tu. heh..





Ramai yang kata umno menggali kubur sendiri bila mengangkat isu ni dengan begitu panas sekali. Kenapa???

1. Orang mula menggali balik sejarah malaysia. Sejak akhir2 ni kita boleh tengok kebanjiran buku mengenai tokoh2 haluan kiri sebelum kemerdekaan seperti shamsiah fakeh, burhanuddin helmy, dan tentunya mat indera. Semasa aku belajar subjek sejarah di sekolah dulu, topik mengenai mereka sangat tipis dan hanya menyentuh secara sepintas lalu tentang perjuangan mereka dalam PKMM, API, AWAS dan lain2.

Jadi timbul persoalan, siapa sebenarnya yang memperjuangkan kemerdekaan. Satu pihak berjaya mendapatkan kemerdekaan untuk malaysia melalui rundingan dengan british manakala satu pihak lagi tidak berjaya tercatit dalam sejarah dalam mendapatkan kemerdekaan malaysia kerana diburu british dan dianggap sebagai pro-komunis yang berjuang secara gerila dalam hutan.

Jadi kalau mereka menyokong komunis, adakah wajar mereka terus dilabel sebagai komunis. Cuba kita timbulkan persoalan 


"Siapa yang ditentang mereka???"
"Kenapa mereka menentang pihak tersebut???"


Jadi, adakah sejarah yang kita belajar sekarang mewakili sejarah sebenar negara kita???

2. It's do or die for everybody. Memandangkan tarikh pilihanraya sebagai dekat. Kurang dari setahun adalah tempoh yang sangat singkat. Jadi samada Mat Sabu dan PAS atau UMNO yang berjaya menyakinkan rakyat adalah turning point kepada kejayaan mereka. Sekarang kita lihat PAS hanya mampu membuat kenyataan media alternatif. Tapi kita perhatikan dalam media arus perdana, serangan makin diperhebatkan. Jadi sejauh mana rakyat dapat mencapai sesuatu maklumat akan memberi kesan kepada isu ini.





continue..

Merdeka, Komunis,British...


Assalamualaikum,

Sejak dari hujung ramadhan, aku agak pening2 lalat untuk menghadam cerita Mat Sabu yang dikatakan sebagai penyokong komunis. Memandangkan time tu aku kat kampung, tak banyak yang dapat aku komen sebab kat kampung takda internet. sebab sekarang selain paper, internet sumber aku untuk tahu berita panas ni..

kebiasaanya kalau ada isu aku akan buat beberapa perkara,
  • tengok tv3, baca paper. biasanya mereka ni cepat dalam kalau berkaitan dengan isu2 panas ni. lagipun ni la sumber paling mudah nak cari kan. 
  • internet. mula cari video kat youtube. lebih terang dan jelas kalau kita dengar sendiri kan ucapan orang yang berkenaan. pastu tengok blog2. status blog banyak kat facebook dan twitter.
  • tengok status FB, biasanya ramai akan update. tu bergantung kepada rakan2 fb kita la.
  • tengok sumber2 lain, sembang2 dengan kawan.
lepas tu terpulang la kepada kita untuk menilai kan. mungkin ada yang menyokong dan membangkang tapi sebelum tu biarlah kita dah tengok dan dengar dari kedua belah pihak. macam yang mat sabu cakap "berilah saya peluang untuk slot di akhbar arus perdana dan TV, sebab saya diserang setiap hari tapi langsung takde peluang untuk beri penjelasan, sekurang2nya kalau saya dah beri penjelasan rakyat boleh menilai".

betul jugak kan. teringat apa yg PM kita cakap pasal ni. dia pertikaikan bila pembangkang minta ruang dalam surat khabar arus perdana kerana katanya tu surat khabar dia. dia kata pembangkang takde pun beri ruang kat kerajaan dalam surat khabar parti pembangkang macam harakah. persoalannya akhbar macam utusan, BH, the star tu bukan akhbar parti kan. tu kan akhbar bebas jadi sepatutnya dia bebas. sepatutnya UMNO atau BN buatlah akhbar sendiri untuk menyerang pembangkang secara khusus. barulah kita kata adil. akhbar parti fokus pada parti manakala akhbar perdana tidak berpihak atau cenderung kepada mana2 pihak.

berbalik kepada kes Mat Sabu,

continue..

Thursday, September 15, 2011

lullaby

Assalamualaikum,

hari ni nak share satu lagu kanak2 sini apabila cikgu dia cakap,

"hah, siapa yang kentuttt ni???"

maka akan berkemundanglah lagu ni;


"sang-sang tut siapa berkentut dialah berbau aring, makan tikus no posak, nakarunina taik, ngarania si @@@@.....


sori, ada berapa part yang aku highlight merah tu aku tak pasti ejaan dia.




Sunday, September 11, 2011

Dah lama dah...

assalamualaikum...

tajuk blog ni takde kaitan langsung dengan kata2 mahathir sewaktu nak pencen dulu. cuma ayat tu tak habis lgi. ayat penuh berbunyi "dah lama dah nak cerita pasal ni..."

awal pagi (lebih kurang jam 4.00 am)

"cikgu... cikgu... cikgu..."
aku dan sudir terjaga. jarang ada orang yang datang ke rumah kami awal2 pagi begini. aku masing baring dan sudir yang pergi buka pintu.

"mus, air naik mus..."
secepat kilat aku teringat kereta aku.

cepat2 aku turun ke tangga. air sudah dekat side mirror kereta aku. aku ambil kunci kereta dan berenang ke arah kereta. buka pintu, cuba start tapi tak dapat. mungkin kipas dah tenggelam dan tak dapat melawan arus air.

"hmmm.... mana motor ko dir?"
"entah lah mus, semalam aku parking belakang kereta ko"
"habis lahhh..." jebon.

tak banyak yang dapat kami buat. kami berkemas, packing baju sikit2, ambil dokumen penting, angkat barang2 ke tempat yang lebih tinggi, ambil perahu dan pelan2 mengayuh ke rumah wan yang lebih tinggi. dari jauh sayu je aku tengok kereta aku makin hilang. sayup2 juga aku dengar suara kontot (kucing yang selalu mencuri makanan di rumah kami). tak sempat aku nak selamatkan dia.

menunggu siang kami tidur di rumah wan.


siangnya aku tengok air masih belum surut. jelas depan mata aku banjir di masaum. memang sk masaum selalu kena landa banjir. mungkin sebab sekolah yang dikelilingi sungai, semacam pulau pulak.


banjir di masaum jadi bila sungai di belakang menjadi terlalu besar. jadi sungai kecik di tepi sekolah tidak dapat mengalir lalu melimpah ke sekolah. macam banjir kilat juga di KL bila longkang tidak dapat menampung air lalu melimpah ke darat.


padahal malamnya hujan rintik2 jer. rupanya hujan lebat di hulu dan membawa air ke kuala. tu la bahaya bermain air sungai.

dengar cerita kampung2 di bawah menonton sahaja banjir di kampung mereka tatkala tengah panas terik.

dalam jam 2, baru air surut. kami gotong royong menarik kereta aku. perghhh.. terbaik!!! dah jadi macam kapal selam.

itu jer.. enjoy the pics below..

ni la perahu yang memang parking di bawah rumah kami. yang kami guna untuk ke rumah wan. dalam gambar wan dan hadi. 

satu2nya bangunan sekolah masaum. ni dari rumah aku. banjir tahun 2009 air naik sampai ke lantai bangunan tu. horror x?

tu bangunan baru yang ada dalam projek solar hibrid. kantin dan rumah guru. tenggelam beb.

tu dia KD Masaum..

jom main kakurusan (papan gelongsor). macam kat sunway lagoon ooo.. 

ni dia barisan guru SK Masaum. yang pki baju lengkap tu siap2 nak g sekolah dah. haha


tu jer kot... kalau nak tau apa yang selepas banjir tu.. bagitau aku apa yang patut aku cerita..

sekian, wassalam

Wednesday, September 7, 2011

Perbezaan itu lumrah..

assalamualaikum...


raya lepas memang berbeza kepada aku kerana beraya bersama isteri. tetapi kesian kat isteriku sebab budaya yang 100% berbeza dengan suasana beraya di rumahnya. hehe. memang kami lebih selesa bersantai di rumah pada hari raya, mungkin cuba menggantikan masa bersama ahli keluarga yang luput kerana masing2 jauh.


namun raya tahun ni agak meriah bila semua ahli keluarga berkumpul, biasanya abangku yang sulung menjadi insan tunggal yang tiada atau ada secara total kerana keluarga mentua di pahang. rasanya aku pun sama la nanti. hehe... jadi raya tahun ni semua dapat berkumpul walaupun secara rasmi hanya pada raya ke dua.


satu agenda rasmi kami sekeluarga adalah duduk dalam bulatan semasa makan dan selepas makan. satu budaya yang berjaya diterapkan oleh ibu bapaku sejak kami kecil. maka semasa dan selepas makan banyak topik yang keluar bagi mengisi masa.


kalau dulu hanya abg ju, abg ji, dan abg zahari, dan sekali2 ayah dan mak yang berbicara. kami adik2 yang lebih muda hanya mendengar dan memberi respons samada ketawa atau diam. paling meriah bila ada abg2 kembar. memang kelakar dan seronok. tapi sekarang aku dan adikku yang lain mula mengomen sikit2 untuk menambah rencah bicara.


antara topik wajib ialah berkenaan bola. samada bolasepak malaysia dan dunia. adik beradik lelaki aku seramai 5 orang adalah pemain bola di sekolah. adik hery paling cemerlang. pernah bermain untuk pulau pinang untuk SUKMA. jadi topik ni sering dibualkan oleh kami. sekarang yang masih tega menonton bola hanyalah abg ju dan heri. yang lain hanya mengikut dari jauh termasuklah aku. malah masa cuti kami sering call astro untuk masukkan sukan kerana mak buang channel sukan bila kami takde di rumah. tapi sekarang heri atau abg ju akan bawak balik kad astro rumah masing2 yang memang ada channel sukan. lagi senang kan.


satu perkembangan yang aku dapat sedari ialah mula kelihatan perbezaan pendapat dan pandangan abang2 ku berkenaan dengan isu politik. terutamanya abg ju yang mula kelihatan condong ke arah kerajaan. mula aku sedari selepas isu politik perak. menurutnya sultan azlan shah bukan calang2 orang untuk membuat keputusan begitu. hehe.. mungkin dia kena brainwash semasa kuliah undang2 di uitm.


manakala abg kembarku lebih condong kepada alternatif. ini memang sejak dahulu lagi namun mereka lebih bersikap menyokong secara senyap kerana mungkin faktor kerja. namun aku perhatikan kedua mereka aktif dengan aktiviti keagamaan. mungkin ada korelasi di situ.


namun aku perhatikan, dalam perbincangan mereka, satu perkara yang aku suka ialah perdebatan secara sihat. contohnya isu bukhari, abg ju akan memberi penilaiannya berdasarkan kepada penilaian dari segi undang2, malah menurutnya mereka turut mengkaji dan mengikuti kes tersebut hatta terdapat soalan yang menyentuh terus kes berkenaan. manakala abg kembarku akan bercakap sebagai entiti bebas.


menarik, itulah sebabnya aku suka bersantai di rumah.


tapi, bila aku ingat2 balik, tabiat aku bersantai di rumah sejak lepas spm. itulah pesan aku pada adik bawahku "abis belajar tu duduklah rumah sementara tunggu kerja, tak payahlah nak cari kerja sementara ke apa, nanti dah kerja susah dah nak balik rumah"


sekian, terima kasih.

Reflection...

Assalamualaikum...

sejak dua menjak ni, banyak kejadian berlaku di sekeliling aku. perubahan kepada atmosfera sekeliling terkadang menyesakkan namun adakalanya terasa begitu lapang.


kita selalu berfikir adakah sesuatu keputusan itu betul atau tidak. terkadang kita cenderung untuk menilai sesuatu keputusan tu berdasarkan kepada outcome keputusan tu. mungkin pada saat ini, kita mahu kembali membetulkan balik keadaan dan akhirnya kadang2 kita tak pernah membetulkan apa2 jua keadaan pun.


sebagai manusia biasa, kita tetap punyai keinginan luar biasa.  padahal kita patut sedar limitasi selaku makhluk biasa yang sempurna kejadian punya banyak lompong.


ada kala aku terpikir terlalu keras dalam membuat keputusan. bila ada yang jengkel dan memandang separuh mata, aku mula rasa goyah. tapi bila difikir balik, apapun tak salah untuk membuat silap.


selalu kita mengharapkan agar kita difahami. supaya segala keputusan dirasionalkan sebaik mungkin. namun kita juga perlu sedia untuk langsung tidak dipeduli. lumrah.


sekian, terima kasih.



Monday, September 5, 2011

Raya...

assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tahun ni raya membawa makna yang berbeza bagi aku. Akhirnya saat yang ditunggu tiba juga. Sekian lama aku kepingin menjadi seperti saudara2ku yang telah berpasang2. Beraya bersama2 dengan isteri di sisi.

Mungkin masa menjadi semakin terhad. Namun syukur akhirnya kami berjaya menyambut kedatangan syawal secara sederhana dan insyaAllah tahun depan kami akan bersama seorang lagi ahli baru.

Masa berlalu begitu cepat. Tahun demi tahun berlalu, aku makin berganjak dari satu tahap ke satu tahap.

Alhamdulillah, hanya syukur kepadaMu yang memberikan aku kekuatan dan daya dalam menempuh hari2 dalam hidupku.

Terima kasih kepada semua yang mengenali, yang membantu membentuk diri menjadi seperti hari ini.

SELAMAT HARI RAYA, Maafkan aku atas salah silap selama berkenal dan berkawan. Aku juga maafkan salah silap semua kawan2. Semoga tarbiah ramadhan telah membentuk diri kita menjadi istiqamah dalam amalan kita.

sekian, wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...