Sekian lama menyepi, akhirnya dapat juga aku kemaskini blog. sekarang aku cuba nak berbahasa sebaku yang boleh, memandangkan sejak dua menjak ni timbul isu panas bahasa-bahasa singkatan dalam BM dalam akademik tak kira kalangan budak sekolah dan IPT. cuma aku perhatikan xda plak dia timbulkan pasal blog. mungkin x parah lagi kot.
kesempatan ini aku nak umumkan mengenai pengunduran aku sebagai ejen takaful prudential. selepas bertahan sekian lama, maka akhirnya aku rasakan jalan ni jalan yang paling baik aku boleh ambil. setelah menambah tolak semua kelebihan dan kekurangan, aku rasa untuk kepentingan ramai lebih baik aku berhenti. memandangkan proses aku nak bertukar ke tempat lain semakin sukar, dan akhirnya menyebabkan aku susah sangat2 nak memberikan khidmat servis maka aku rasa adalah tidak adil untuk aku terus diam2 mendapat komisen setiap bulan tapi langsung x buat kerja. aku takut tiada keberkatan di situ.
aku sebenarnya rasa berat sangat tambah2 kebanyakan klien adalah kawan2 dan sahabat2 yang telah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada aku tapi aku janji insyaAllah akan cuba menolong semampu aku walaupun tak jadi ejen dah. ejen baru a.k.a bos aku en sopian akan uruskan berkenaan urusan pertukaran ejen. belian boleh dihubungi melalui 0193355395...
sekian...
0 respon baek punya:
Post a Comment