Subscribe:

Pages


Bacalah Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Thursday, November 18, 2010

Blogging..

assalamualaikum dan salam sejahtera...

tatkala ni aku duk lepak kat kl kfc kl sentral smbil tunggu bas kol 1030 nk balik baling.. malas aku nak merayau maka aku amik kptsn duduk je lepak2 kt cni.. td jer aku dah pusing satu kl sbb ingktn hentian pudu dah siap.. aku gerak dr umah adik aku kt kota warisan kol 1 lbih.. naik erl smpi kl sentral.. pastu nek lrt smpi pasar seni.. menapak sampai pudu.. last2 hampeh.. pastu teringta kwn aku ckp hentian sementara kat hang tuah.. maka menapak la aku ke sana... bapak r jauh dari pudu ke sana (sebelah IPD Kuala Lumpur)... menitik peluh jantan aku..

pastu kuciwa sbb kat situ ada berapa bas jer.. yg g tg malim n seremban je byk..pastu naik balik monorail (nasib baik sebelah jer) balik kl sentral.. smpi sana naik cab g hentian duta.. sampai sana book tiket.. cari yg petang dh xda.. so amik malam jer la.. pastu balik kl sentral balik lepak2 cni tggu mlm.. boring.. penat.. buang masa.. buang duit.. adoii.. aku ingt xnk g hentian duta sbb nk g cari tiket jer... last2 kena jgk g sana.. pastu aku ni malas plak nk tnya orang pudu tu dh siap ke blom? last2 bila aku tnya driver teksi tu dia ckp kat bukit jalil.. baru aku tringat.. mmg kat bukit jalil hentian sementara.. rsenya dah dua kali aku naik kat sana.. hampeh.. terlupa aku..

jadinya sekarang melepak la aku kat cni.. boring.. moral dari post ni.. rse mcm dah xbrapa nk ngan dah aku ngan kl. mcm2 berubah.. then bila aku naik erl kan.. rse mcm dua dunia berbeza.. bleh kata aku berada di dua buah negeri bila aku nk bandingkan dengan negeri sabah.. jauh sgt2 beza.. mmg la sbb cni ibu negara.. sana negeri.. tp apabila terlampau jauh perbezaan aku leh nmpk berlaku ketidaksamarataan pembahagian kekayaan negara.. kesian kdg2.. ntah la..mcm aku pernah ckp masa lepak2 kat skolah "ni la keadaan kg aku 20 thn dulu... xda api xda lektrik.. jalan teruk.."

perjalanan bermula

assalamualaikum dan salam sejahtera..

alhamdulillah sekarang aku selamat sampai ke lcct.. duk lepak kt marrybrown smbl tunggu dia ttp sbb ada pest control.. kalau x aku lepak lama lagi sbb adik aku br gerak dr kl.. tyr mtor dia pancit plak.. adoii..

balik cuti ni byk kerja menanti.. persiapan majlis kebanyakan kakakku dah uruskan tp aku kena finalize la sbb dorg pun tggu aku jgk.. tp byk bnda aku serahkan je pada dorg.. untung ada kakak2.. hehe..

then untuk mggu2 awl ni aku mungkin akan sibuk berjalan memenuh jemputan walimah kwn2.. insyaALlah aku akan cuba pergi setakat yg aku mampu..

dan yang paling penting akan bergelar suami.. berdebar2 sebenarnya.. mohon doa dari kwn2 supaya selamat semuanya.. Ya Allah.. kurniakan aku penghidupan di dunia dan akhirat yang Engkau redhai.. aminnnn...

sekian wassalam..

Sunday, November 14, 2010

Sukan MSSzP



SK Masaum johan utk kali pertama di MSSzP yang berlansung pada 12-15 Oktober di SMK Penangah... sukan zon penangah adalah untuk memilih wakil zon ke MSSd Telupid yang akan berlangsung pada tahun hadapan.kiranya sukan kat cni dah bermula pada thn ni.. jadi peraturannya murid tahun 6 tidak dibenarkan menyertai MSSz.. ni adalah penyertaan pertama aku sebagai guru pengiring merangkap jurulatih.. dari bulan 7 aku dan mantan melatih budak2 setiap petang.. then bila lagi 3 minggu kami pecah2kan murid mengikut acara masing2.. aku dapat lompat tinggi..

seronok.. puas hati.. loncak2 lagiiii....

dari bulan 7 sampi bulan 9 kami berikan latihan asas yang sama untuk semua.. drill, fitness, fleksibiliti... semuanya kami berikan secara konsisten.. aku perkenalkan latihan untuk fleksibiliti murid yang aku msih ingat2 mse kena buat ngan abg kpli tu mse kagum kt bandar penawar.. mmg sakit semua budak2 kena ngan aku tp aku percaya mereka sangat memerlukan.. seminggu sekali aku buat.. then aku juga perkenalkan latihan menggunakan hurdle.. walaupun dikutuk sbb hurdle aku dibuat dari kayu namun aku buat dono jer.. sbb budak dengan ketinggian 130cm mne nk latih ngan hurdle standart.. giler ke apeee..

olahragawati... si Kuyau.. nama betul Glorina Luis

skuad perbarisan SK Masaum... no 3
cikgu2 SK Masaum bikin havoc tgh2 padang.. hahaha

tp alhamdulillah.. aku bleh tgk tahap kecergasan atlet2 aku mse sukan.. walaupun berturut2 acara namun mereka tetap mantap.. untuk perempuan dari 6 emas yang dipertandingkan kami dapat 5.. untuk lelaki memang tiada harapan sebab dari awal tiada disiplin.. jarang datang latihan dan main2 semasa latihan.. satu perak jer.. tp sayang untuk lompat tinggi tiada pemenang.. aku tak puas hati sbb starting height dorg letak dah 1.15m.. ketinggian utk kelayakan ke peringkat daerah.. patutnya bg la rendah dulu.. biar budak lompat2 dulu.. dpt confidence dulu.. lee hup wei pun kalau trus start lompat 2.25m pun kantoi la wpun dia bleh.. tp aku xnk besar2kan sbb atlet aku mmg x ready sbb mse utk fokus acara iaitu 3 minggu sblm sukan aku kursus 2 minggu berturut2.. kesian dia.. tp thn dpn aku nk start lgi awl utk lompat tinggi..
mmg cmni la kontijen kami tdo.. atas lantai lapik karpet tu jer.. bdak2 bersusun2.. satu pengalaman yang xda kat tempat lain..

harap semua berpuas hati.. yg penting aku PUAS HATI...

Lawatan Sambil Belajar SK Masaum ke Sandakan


assalamualaikum dan salam sejahtera..

biarlah gambar pula berbicara..


semua kusyuk tgk orang utan.. tapi mcm orang utan plak yg tgk kami.. haha



aku dan ahli rombongan tggu lunch hour orang utan sepilok..


melepak di tepi pantai batu sapi.. di belakang adalah transport sepanjang lawatan.. mine is in red.. hehe.. sronok bdak2 ni dapat mndi laut

gb tegur aku "tinggi betul ko lompat"... mmg jdi fevret aku tangkap gmbr lompat2.. sejak aku ajak geng2 ckgu ni men loncak2.. dah jdi wajib plak kami loncak2 smbl tangkap gmbr..

di sepilok.. wpun dah dkt setahun aku ulang alik ke sandakan ni la pertama kali aku g sepilok.. nasib baik ada lawatan.. kalau x xtau la..

tu saja kot.. banyak lgi tempat kami pergi.. sbnrnya lwtn ni utk belanja dan meraikan ahli rombongan (sebenarnya atlet sk masaum) yang telah jadi johan msszp.. so tahniah..

sori gmbr terabur..

sekian wassalam..

Saturday, November 13, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama rasanya aku x menulis kat sini.. mungkin sebab nk tggu loading post new entry ni asyik fail jer maka ilang mood aku nk mengisi blog aku.. tapi kali ni aku type dulu dlm word n nanti aku save dlm blog bila line dah laju tahap gaban..
Tggl lagi 5 hari je sebelum aku balik semenanjung.. maka itu secara rasminya menandakan aku dah setahun bergelar guru.. pejam celik pejam celik dah setahun rupanya.. bila diingat2 balik ape yg berlaku sepanjang setahun ni.. memang banyak benda yg x pernah aku jangkan telah berlaku.. posting di sabah.. mengajar di pedalaman (sebab aku expect xda pra kat pedalaman)… main 4wd. (mmg thrilled siottt)… dan mcm2 lagi pengalaman baru yang sangat2 aku rse beruntung mendapatnya…

Balik cuti ni aku insyaAllah akan melangkah ke alam baru.. menjadi suami kepada Thuaibatul aqmar.. bukan tugas mudah untuk menjadi seorang ketua keluarga.. dugaan dan ujian semestinya akan ada.. sedangkan sewaktu menjadi tunangan dh berlaku mcm2.. apatah lgi selepas berkahwin.. semakin kita ingin mengikut jalan-Nya semakin hebat dugaan yang kita akan tempuh.. bukan mudah semuanya.. tu semua untuk memastikan kualiti hamba-Nya berada sentiasa pada tahap cemerlang.. kerana Dia tidak memandang kepada kuantiti sahaja..insyaAllah semoga semuanya berjalan lancar…

Setahun menjadi guru pra. banyak lompong yg aku perlu isi. memang belajar selama 4 thn dalam jurusan pra belum tentu menyediakan diri untuk mengendalikan pra.. bukan bermakna tiada pengisian semasa belajar tapi bila posting kita perlu bijak merangka strategi dan menggunakan ilmu yang dipelajari mengikut situasi dan keadaan.. aku posting kat pedalaman.. memang 100 peratus berbeza ngan skolah2 praktikum yg aku pernah pergi.. budak dtg sekolah x mandi adalah biasa dan biasa jgk kepada bdk skolah rendah.. berbuih mulut aku suruh dorg mndi.. bau peluh dan badan mereka bila bersatu alamak haiii.. tapi xkan kita nk suruh dorg balik.. tu dah menjadi kebiasaan kepada mereka kan.. tahan jer la.. smpi bila gb tegur murid aku berbau aku respon slumber jer.. saya dah immune la bos..

then bdak2 pedalaman ni xleh nk expect tinggi sgt.. tp sronok.. 100% perubahan atau peningkatan kepada budak2 adalah dari kita.. budak dtg pada januari adalah kosong.. dan pada november bila aku tgk ada yg dah bleh membaca, mengeja, dan menulis aku happy sgt.. bayangkan mula2 dorg masuk nk buat bulatan pn ssh.. lama aku usahakan.. kalau kat luar mungkin ambil masa sebulan je utk dorg praktis menulis tp kat cni lama sikit la.. nk tukar salah kenal huruf pn ambil masa.. tapi aku ralat sikit bila ramai lagi x kenal huruf n nombor.. aku ngaku x brapa nk fokus..tmbhn yg lemah sgt tu plak dtg skolah mcm chipsmore..

dan yg aku paling terharu bila ada sorg ayah datang n mnta maaf kat aku sbb anak dia xdpt dtg sbb dmm panas.. dia ckp menangis2 dia bila xleh dtg skolah.. nk jgk datang.. hehe.. padahal awl thn dulu smua lari bila tgk aku.. kalau korg bleh tgk mcm mne awl2 dulu pagi2 aku kejar bdak2 yg nk lari balik rumah bila nmpk aku dtg pra.. best n klaka.. alhamdulillah.. mereka semakin seronok n bleh belajar ngan aku.. cuma perlukan dorongan dan bimbingan yang sesuai..

insyaAllah thn dpn aku harapkan aku dpt bimbing anak2 Masaum.. sayang aku pada mereka.. harap2 yg akan masuk thn 1 aku bleh jadi murid yang cemerlang..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...