Tuesday, October 21, 2008
beringat sebelum kena
hari ahad lepas aku sempat menyelit dalam rombongan JPP IPIS ke hospital Tunku Ampuan Afzan untuk melawat salah seorang daripada pelajar IPIS yang masih lagi dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana terlibat dalam kemalangan...memang jauh tapi rasanya berbaloi untuk aku pergi ke sana sebab banyak benda yang aku belajar...lagi pun aku nak latihkan diri membiasakan diri dengan keadaan hospital sebagai persediaan untuk menjadi seorang ejen insurans..hehehe...memang aku tak suka hospital tapi hospital la tempat kalau aku sakit nanti..in fact aku pernah kena tahan di wad sejak kecik lagi..biasalah orang berpenyakit..masuk hospital sebab accident pun pernah..hahaha...tidur atas moto sape suruh..anyway berbalik kepada lawatan aku tadi..memang tidak dinafikan betapa aku berasa sangat sedih dan kasihan dengan keluarga mangsa...memang malang tidak berbau...meletakkan diri aku sebagai keluarga mangsa merupakan perkara yang berat kerana tidak dapat kugambarkan kesedihan mak, ayah, abang, adik, sedara mara melihat ahli keluarga mereka terlantar je tak sedarkan diri...dalam perjalanan kami diingatkan bahawa hanya 2 orang pelawat sahaja yang dibenarkan pada satu2 masa...aku dapat mengagak betapa seriusnya penyakit dia sebab prsedur tersebut..biasa la...bila sampai je aku mcm tak percaya pesakit yang dalam keadaan tidak sedarkan diri ini hanya diletakkan di katil wad kelas 2 dan 3 yang terdedah dan terbuka..mana mungkin hanya 2 pelawat sahaja kerana katil tersebut berada dalam laluan pelawat dan saya mendapati orang ramai boleh singgah di katil mana-mana pesakit untuk melihat keadaannya...mungkin inilah keadaan di hospital kerajaan...aku semakin yakin dengan kenyataan bos aku...80% rakyat malaysia meninggal disebabkan tidak mendapat rawatan perubatan yang terbaik bukan kerana penyakit tersebut...so aku rasa memang berbaloi aku melibatkan diri dalam bidang insurans ni sebab aku akan banyak menolong orang lain...itu jer kot...tak pandai nak komen banyak2..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 respon baek punya:
rasa bertuah dapat lahir di hospital
Post a Comment