Subscribe:

Pages


Bacalah Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Tuesday, July 19, 2011

formula aku..

assalamualaikum dan salam sejahtera,

hampir dua tahun mengajar, sedikit sebanyak aku makin masak dengan alam guru.. tapi mungkin masih terhad kepada sekeliling aku ja.. sebab di sini, disini je lah duniaku..

aku berpendapat, mana-mana sekolah sebenarnya ada potensi untuk cemerlang. waima di pedalaman mana pun boleh. malahan pada pendapat aku di pedalaman lah medan untuk kita mengasah dan membuktikan ketulenan skil seorang guru. sebabnya di pedalaman (pandangan aku) semuanya diberikan oleh guru. murid datang ke prasekolah boleh dikatakan kosong dan hanya mengenal ABC di sekolah sedangkan kebanyakan murid di bandar atau pekan kecil sudah sedikit sebanyak belajar dengan ibu bapa malah telah pun masuk tadika seawal usia 4 tahun lagi..

tetapi apa yang aku perhatikan apa yang menyekat kecemerlangan sekolah itu, budaya salah menyalah ni seakan sudah berakar umbi.. melekat kuat.. guru LINUS salahkan guru PRA, guru sekolah menengah salahkan guru sekolah rendah.. akibatnya setiap guru cuba untuk menjadi hero dan mencari orang lain sebagai pesalah..yang kesian guru PRA la sebab tiada modal untuk salahkan sesiapa.. hehe

sebenarnya kita kena sedar untuk mendidik dan mengajar manusia bukan perkara yang magis.. proses ini bukan sehari dua dan sekelip mata.. jadi pada pandangan aku sebenarnya perkara ini dapat diselesaikan dengan permainan nombor.. seperti dalam konsep semasa menjadi ejen insurans.. kamu berjumpa 100 orang sekurang-kurannya 10 orang akan terima, kalau jumpa 10 orang mungkin 1 orang akan terima..

contohnya (dalam situasi aku)..

murid prasekolah (campur 5 dan 6 tahun) pada tahun 2010 ada 25 orang.. pada 2011 10 orang akan masuk tahun 1. kalau dari 10 orang itu, aku boleh dapat 4 orang untuk boleh membaca dan mengira (kiranya membaca dan mengira itu indikator sekarang untuk menilai kejayaan murid dan guru), maka pada pandangan aku, itu sudah dikira ok sebab untuk menumpukan 10 orang ini dalam kalangan 25 orang sebenarnya sukar pada aku.. tolong ambil perhatian, aku baru setahun mengajar dan mengajar di pedalaman sabah yang menggunakan bahasa campuran suku sungai dan murut)..

jadi pada 2011 katakan guru LINUS masukkan enam dalam linus tegar, aku harapkan pada 2011, sekurang-kurangnya 2 orang dapat ditingkatkan ke LINUS dan ada murid yang akan lepas kelas perdana.. maka prosesnya berterusan.. malahan NKRA menyebut sasaran untuk murid boleh membaca dan mengira hanya selepas 3 tahun persekolahan formal.. jadi pada aku sangat realistik..

tapi malangnya, dari hari pertama lagi bila ada sudah yang menuding jari kepada aku menyatakan murid aku teruk hatta menulis nama pun tidak tahu..maka aku boleh simpulkan mereka membuat generalisasi.. mereka tidak membuat analisa dari pemerhatian yang tepat untuk menilai murid yang hanya seramai 10 orang ini.. malah lebih mengecewakan aku sehingga ke saat ini, tiada ura-ura yang mengatakan ada yang akan masuk kelas perdana..

pada aku, sebenarnya ada yang sudah boleh masuk kelas perdana dari awal tahun lagi.. tapi mungkin kerana murid pada pandangan mereka tidak lagi layak maka terus tidak layak.. tapi tak mengapalah sebab tiada masalah rasanya sebab walapun semua murid LINUS, aku perhatikan silibus yang diajar adalah menggunakan buku teks yang tentunya hanya dipelajari di kelas perdana (betul kan).. malahan guru LINUS kelihatan terkejar-kejar untuk menghabiskan topik menjelang peperiksaan..

lebih ralat bila tiada usaha untuk melibatkan guru prasekolah dalam perbincangan mengenai hal ehwal murid.. seolah-olah diketepikan tetapi merupakan orang yang pertama untuk dipersalahkan..

tapi ini semua sebenarnya cabaran, maknanya mereka mencabar kita guru prasekolah untuk melakukan magis.. jadi apa salahnya kita sahut cabaran ini.. memang untuk tahun 2012, seramai 16 orang murid akan masuk tahun 1, dan aku jangkakan tiada yang akan masuk LINUS TEGAR dan 10 orang akan masuk kelas perdana.. mari kita lihat tahun depan..

insyaALlah artikel ini akan aku update balik tahun depann..

sekian..

apa yang aku minta hanyalah...

assalamualaikum dan salam sejahtera...

baru-baru ini terjadi beberapa peristiwa yang buat aku sedikit hilang kawalan.. sedikit sebanyak lepas berkahwin panas baran aku makin menurun dan aku dah jarang marah-marah.. tambah lagi dengan beban kerja yang hampir tiada (maksud aku kerja-kerja lain selain mengajar pra). aku jadi relaks dan tenang..

tetapi beberapa ketika ini, aku hampir hilang kawalan lagi.. benda kecil je aku rasa.. cuma bila kita kumpul telah menjadi berbekas dalam.. pada aku bendanya boleh dielak sebenarnya.. cuma mungkin aku kurang skill untuk memberitahu aku x suka begini dan begitu.. kebanyakan masa aku akan diam dan mengharapkan mereka faham yang aku tidak suka.. tetapi semakin aku diam, seolah-oleh kelompok ini cuba mencabar aku..

sebab kalau aku hilang kawalan, akibatnya sangat buruk kepada AKU... orang lain x rasa apa yang aku rasa sebab bila marah, semuanya akan memberi kesan kepada AKU.. jadi pada aku, sepatutnya kita perlu lebih mahir untuk membaca situasi.. mungkin semenjak dua menjak ni, penzahiran sokongan aku kepada sesuatu pihak menyebabkan aku semakin kurang disenangi..

itu sajalah.. cuma apa yang aku minta hanyalah ...korang bgtau apa yang korang xsuka dan aku akan x buat tapi cubalah faham apa yang aku x suka dan jangan buat.. setiap benda ada hadnya.. seperti kata aku pada kawan aku bila dia bertanya kepada aku "ok ke daging kerbau?".. aku jawab "bab makan ni semua ok tapi jangan melebih la"..

sekian..

Sunday, July 10, 2011

BERSIH 2.0

assalamualaikum dan salam sejahtera...

semalam beberapa kerat antara kami begitu teruja untuk ambil tahu mengenai apa yang berlaku di Kuala Lumpur. alhamdulillah mujur selepas cuti sem lepas sekolah aku sudah ada akses kepada internet. walaupun beberapa bulan lewat namun aku tetap bersyukur sempat juga internet masuk ke sini. memang kalau tiada internet, maka sumber berita mengenai keadaan luar hanya kepada TV3, TV1, dan astro AWANI. cuma kadang-kadang bila aku keluar sandakan baru la ada sikit bahan-bahan yang didownload oleh JACK. jangan tanya pasal surat khabar di sabah. sedih sangat2.




aku mengikuti rapat perkembangan BERSIH malah menjadi topik utama apabila berchatting dengan isteri. alhamdulillah juga isteri pun sekapal. xda la susah2 nak berhujah.

pada aku, perhimpunan kali ni memang menghadapi cabaran yang lebih dasyat. seawal hari khamis jalan-jalan utama sudah ditutup kepada awam. malah bukan sekadar jalan masuk ke KL tp di seluruh negara turut diadakan sekatan jalan raya. semasa balik JB minggu lepas, aku risau tak sempat untuk ke airport bila jalan ke airport sesak teruk kerana ada sekatan jalan raya.malah ayah mentua turut meanyakan sinis kepada aku"sabah tiada road block ke?".. maka kesimpulannya road block ada di mana-mana.

menjelang hari perhimpunan, semakin hebat polis beraksi. malah dalam satu blog terdapat orang awam yang diminta berpatah balik dari memasuki KL kerana alamat di ICnya bukan di KL. malah beberapa sedutan klip di TV3 memamparkan betapa KL lengang dan kosong. beberapa tahun berada di sekitar KL, aku cukup faham betapa terdapat jalan-jalan di KL memang xpernah lengang. macam 24 jam ada je kereta atau kenderaan. tapi kelmarin lengang dan kosong penangan BERSIH.

dalam kepala aku, rasanya gagal la BERSIH kali ni. tapi mengejutkan aku bila aku buka je blog malam semalam, walaupun selepas tekanan, sekatan dan ugutan dari semua pihak kerajaan, polis malahan PERKASA DAN PATRIOT, rakyat membuktikan betapa kuasa sebenarnya berada pada tangan rakyat. berpuluh ribu, malah menurut Al-Jazeera beratus ribu berhimpun menuntut pilihan raya bersih dan adil. walaupun matlamat untuk berjumpa AGONG tidak kesampaian, namun BERSIH telah membuktikan usaha mereka sebenarnya telah berjaya.

bila orang bertanya kepada aku, kenapa nak juga buat perhimpunan ni, secara jujurnya aku sebenarnya tidak punya jawapan yang betul konkrit. namun tujuan utama bersih menuntut pilihanraya yang adil ada rasionalnya. sekian banyak bukti dikemukakan yang menunjukkan betapa pilihanraya di Malaysia mempunya banyak keraguan, namun tiada tindakan diambil. paling jelas bila pelaksanaan penggunaan dakwat kekal menjadi acara tarik tali SPRM pada pilihanraya 2008. malah bukti-bukti mengenai daftar pemilih yang bertindih, tidak dikemaskini, pengundi hantu semuanya masih tidak ditangani dengan baik.

medium jalanraya dirasakan paling baik untuk menunjukkan kepada kerajaan bahawa mereka sebenarnya diperhatikan rakyat. rakyat bukan lagi mudah ditipu, diugut, diancam dan ditakut-takutkan. sekiranya kerajaan masih sombong dengan kuasa mereka, percayalah hayat BN x lama.

sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...