Subscribe:

Pages


Bacalah Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Wednesday, January 19, 2011

Tetap tegak terus berjalan

assalamualaikum..

bismillah...

memetik beberapa quotation yg aku rasa mengena ngan aku..

"beza guru pra dan guru arus perdana ialah guru pra seorang menjaga satu kelas, maka guru pra senang dan mudah dipersalahkan"

"If u are new, dont show you are more than them, or you wont have a chance"

"in real, acting is most important, or you wont get anything when u need it the most"

semua negatif je kan.. papepun skrg aku cuba jarakkan diri.. cari ruang dan peluang.. insyaAllah x lama aku rasa aku boleh terus tetap tegak terus berjalan...

Sunday, January 9, 2011

ckgu dewasa ini..

assalamualaikum dan salam sejahtera..

minggu pertama sesi persekolahan bercampur baur.. aku menjadi sangat teruja untuk melihat produk aku yang pertama melangkah yakin memasuki alam persekolahan formal.. dan lebih teruja untuk melihat anak-anak baru untuk tahun ni..

pgi isnin tu aku tidur juga selepas subuh.. kepenatan yang amat.. perjalanan tanpa henti sejak dari hari sabtu memang melelahkan. tambah lagi dengan pengalaman kali pertama naik flight dari johor bahru ke kota kinabalu dan langsung tanpa rehat dari kota kinabalu terus ke sandakan. sampai di sandakan tanpa kasihan rakanku mantan membawa ke rumahnya untuk makan. lebih menyeksakan terpaksa menunggu adiknya memanggang dulu daging kambing. bayangkan mereka hanya memanggang daging tersebut bila aku sudah sampai. lapar dan penat memang kombinasi yang mengantukkan. sedikit terubat dengan daging kambing panggang yang sememangnya kegemaran hasil asuhan isteriku. hehe.

jadi pagi isnin tu aku bersiap selengkapnya. berpakaian kemeja lengan panjang hadiah pertunangan dan tie sedondon, aku cuba tampil hebat. tambah dengan fakta menarik guru besar aku turut berada bersama kami pada hari ni. jarang sekali malah seingat aku tahun sekali saja dia masuk pada hari ahad tahun lepas. dari balkoni rumah kelihatan ibu bapa berkumpul di hadapan pra. makin teruja aku.

aku terus ke kelas. sayang xbanyak muka baru. sampai aku langsung xmengira statistik tepat murid baru ku. sebab jumlah keseluruhan yang datang pada hari pertama hanya 12 orang. sangat menyedihkan. aku mahu 25 orang. biarlah hingar bingar tapi aku lebih selesa dengan angka 25. semangat sedikit merosot. heh.

entry aku pgi ni sebenarnya nk cakap yang aku tengah bengang. menyirap darah aku bila kena komen "mus, teruk betul budak2 ko bagi aku thn ni, kalau mcm ni semua aku masuk linus la".."menulis nama pun xtau"..tapi aku pendam jer.. lepas tu aku balas "memang ada budak yang lemah (aku akui), tapi ada budak yang ok kan, riko, thericy, suzrieyannie, erlin tu mmg aku target tu".. kemudian cikgu tu diam. (maknanya dia tahu nama yang aku sebut tu memang betul boleh).. dan aku tgk sendiri dalam kelas diaorang xda masalah setakat nak tulis nama. membaca perkataan mudah aku jamin mereka boleh.

selepas tu senyap.. bisu.. kemudian selang beberapa hari bos menyapa aku "mus, teruk betul budak2 thn 1 thn ni".. aku menjawab balik "memang pun bos, (menyebut beberapa nama) memang saya pun pening nak ngajar, tapi ada empat orang sy rasa xda masalah, (menyebut lagi nama2 mereka). selepas tu diam terus. (maknanya dia pun tahu kebolehan budak2 tu.

pada aku kenyataan mereka ini xlebih dari nk provoke aku. nak hebohkan kegagalan aku mengajar murid2 ni. maka lebih jahat aku ni xbuat kerja pun. please la. tolong berpijak di bumi nyata. dorg dah lebih tahun berada dalam sekolah ni xkan x faham tahap intelek budak2 di sini. pada aku kejayaan aku transform 4 orang budak dari 10 orang adalah satu kejayaan manis memandangkan aku nak kawal semua 20 orang (average budak yg dtg thn lps) dalam satu kelas.. aku xsuka sebenarnya mencari alasan. tapi memang banyak alasan sepanjang aku ngajar. terutamanya xdtg sekolah. memang tu membantutkan kerja aku.

tambahan.. dan aku memang percaya bukan setakat melayu tetapi cina, india, bugis, jawa, atau apa saja bangsa di dunia ni mmg ada satu kesamaan.. sebilangan mereka lebih gemar membesarkan yang pahit dari memperkatakan yang manis..

entah. aku takut aku menghambur nanti dalam meeting. aku berhenti dulu. sekian.

Friday, January 7, 2011

salam


assalamualaikum..

alhamdulillah setinggi-tinggi puji bagi Allah tuhan pencipta alam. mmg sangat bersyukur bila sejak dua menjak ni sentiasa berada dalam lindungan dan perhatianNya. semoga kita akan sentiasa berada dalam jagaan dan rahmat Allah s.w.t. memetik sebuah hadis yang dikirim seorang sahabat "urusan orang muslim itu sentiasa baik, sekiranya dia ditimpa musibah maka akan berkatalah dia bahawa ini adalah ujian dari Allah yang ingin menguji sejauh mana kekuatan hamba-Nya, adakah sekadar bermain di bibir atau betul teguh dan kuat imannya, dan bila dia beroleh nikmat dan kebaikan maka bersyukurlah dia akan anugerah dan kurnia tuhannya hingga dia tak lupa kepada saudara2 utk sama mengecap nikmat tersebut.

bulan lps selamat sudah aku menjadi suami kepada thuaibatul aqmar.. perjalan baru nak mula. baru nak masuk gear satu. banyak lagi gear nk pki. lepas ni nak redah mcm2 bonggol kat tengah jalan. mmg akan berlaku gegar2 sikit tp aku sentiasa berdoa moga akan diteguhkan ikatan kami.

heh.. kelaka je bahasa.. kenapa ea.. semua ni bermula gara2 isteriku juga sebab simpan buku di bawah ni..(thanks sayang)
buku yang sangat menarik.. pertama kali aku jumpa buku yang ditulis begini. plot yang caca merba memang membosankan tapi sangat mencabar aku. smpi kdg2 rse bengang plak. tapi buku ni mmg wat aku salute abis ngan faisal tehrani. sepanjang membaca buku dlm BM ni lah aku bleh bagi 5 bintang..

kemudian aku dah jadi ketagih.. last2 aku cari lgi.. maka akhirnya membeli jgk buku2 berikut;

baru habis baca di Masaum. memang menarik. mmg ada yang sinis ble tajuk psl surat prpm johor sbb aku br khwn ngan org jhr kan tp percayalah isi buku ni mengalahkan buku sejarah stpm.


buku yang baik utk kita tekuni. sekurang2nya ada info berkenaan masalah yang sebenarnya tak pernah padam dari umah islam iaitu usaha menjauhkan kita dari agama kita sendiri. namakan lah ape sahaja gerakan baik perang salib, kristianisasi, plurisme, liberalisme.. semuanya menjurus kepada untuk menjauhkan kita dari amalan agama kita secara menyeluruh.. musuh kita mahu kita solat, puasa, zakat, pergi haji tapi mereka gusar bila kita mahu melaksanakan hudud, qisas yakni berpaksi kepada ajaran sebanar Islam.

satu buku yang diakui sendiri oleh faisal tehrani sebagai karya yang gagal.. mmg pada aku agak tidak mencabar buku ni. lurus jer gaya bahasa dan plot yang mudah. jalan cerita yang mudah dijangka dan normal. tapi xrugi baca sbb aku suka isu buku ni yang seakan-akan karya HAMKA iaitu tengelamnya kapal van der wijck.. hehe

penulis buku2 ni faisal tehrani.. aku akhirnya menjadi peminat pemuda ni..

kepada kwn2.. bacalah karya2 beliau.. moga mendapat manfaat bukan sekadar di dunia tapi juga di akhirat..

sekian



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...