Subscribe:

Pages


Bacalah Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Wednesday, August 26, 2009

cucuk angin

PBrush

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya
utara selatan kelihatan sebuah kelisa putih tersadai di sebelah lane

kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kelisa tu

sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak

ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo

7 berhenti di sebelah kelisa tadi.


PBrush

"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda
berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple

aje....

"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta
saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju
pakcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta
kelisa didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.

dia pun jalanla....dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima

kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi

high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan
press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar,

dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia

dengan kelisa org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

PBrush

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam
bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.

Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat

bawah jambatan.

Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah
250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman

kereta-kereta yg laju nie...

PBrush

"Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah
ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak

percaye punye.........sebuah kelisa putih tengah cucuk angin evo7 tu

dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'

Wednesday, August 19, 2009

ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIR..


http://idhamlim.blogspot.com/2009/08/andai-ini-ramadhan-yang-terakhir.html
Dapatkan banyak lagi dari blog ini...


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu

sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

Tuesday, August 18, 2009

procrastination

assalamualaikum..

procrastinate.. aku xsure sgt bila aku mula kenal dgn perkataan ni sbb perkataan ni rasanya berada pada aras tinggi jugak... tp aku xbrapa ingat plak ape perkataan inggeris yang lebih mudah dan sinonim dengan perkataan ni.. xbrapa sure perkataan ape yang aku guna sblm aku kenal dgn perkataan procrastinate ni..

tapi amalan procrastinate sudah menjadi sebahagian dari idup aku.. sejak dari tarikh yang aku sendiri xbrapa pasti.. mungkin sudah sama usia dengan aku...procrastinate sering menjadi pilihan dalam aku melansungkan hidup...

x bagus kan.. banyak kali...contoh monolog.."nanti la aku basuh baju, rileks jap"..." nanti la aku call klien"..."esok la aku pergi"..."emmm.. banyak masa lagi ni"....

Ya Allah.. kuatkan hati hambaMu ini..

posisi tidur menurut islam dan sains

http://idhamlim.blogspot.com/2009/08/posisi-tidur-menurut-islam-dan-sains.html

Diriwayatkan daripada Barra2 bin 'Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن...
Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidor dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:
"Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gump alan belakang badan yang besar yang mengh alan g dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. "

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah 'Times' telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.
Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya." (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam." (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang

Dr Zafir al-Attar berkata:
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.
Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara...
Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri
Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Rujukan: Mausuah al-I'jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak oleh Dr Nadiah Toyyarah, Musnad Imam Ahmad dan kamus.

Moga ada manfaat,

Sunday, August 16, 2009

ICR-Impian Country Resort..

salamun alaik..

smlm aku menjejak kaki ke ICR..tempat yg banyak menyimpan banyak kenangan pada aku..

4 tahun lalu aku baru tahun pertama di IPIS.. dat year for the 1st time in my life aku dilantik ke satu jwtn yg dulu hanya ada dlm mimpi aku jer.. then yg paling terkesan bila aku berjaya handle kem kepimpinan kolej kediaman kat ICR ni..

thn ni.. iaitu smlm.. aku jejak lagi kaki kat ICR.. buat night walk... lari berhalangan.. kat tempat yang sama.. mmg satu kenangan yang sgt best.. then jmpa pak wan.. sempat jgak kena lecture sket tp satu penghormatan bila dia masih ingat lagi muka aku ni.. dulu jgak dia pernah komen aku psl penampilan mcm ntah pape masa jmpa dia.. haha.. mmg la dah aku dressing mcm nak mid valley g deal psl nk wat kem kepimpinan.. mmg sgt x sesuai la.. haha..

satu kebetulan atas izin Allah S.W.T... alhamdulillah..

Saturday, August 15, 2009

bingkisan hari ni..

salamun alaik..

ni aku tgh menunggu msg mmbr nk g ICR utk camping perdana sklh aku.. hehe.. sambil2..

aku ingin membawa di sini dua situasi yang mahu dipikirkan bersama teman2 yg membaca blog aku ni..

pertama... hari ni dlm metro rasanya arsene wenger mendedahkan bahawa dia tidak mahu berpindah ke real madrid kerana dia menganggap akan mengalami krisis keyakinan kepada diri sendiri sekiranya dia berpindah ke real... mmg dia tahu ramai pemain hebat yg baru di real madrid tp ttp dgn keyakinan beliau terhadap arsenal yg di bina sejak bertahun2.. bagus kan..

kedua.. seorang guru melayu.. mengajar pra sekolah.. mengeluarkan kenyataan begini.. " ni last sy anta anak ke prasekolah.. lps ni xmau dah.. adik2 dia saya nk anta ke sekolah swasta.."..

kontra sungguh kan.. fikir2kan lah..

Enam perkara yg Allah sembunyikan.....

sumber,
http://idhamlim.blogspot.com/2009/08/enam-perkara-yg-allah-sembunyikan.html

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.

'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmuitu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.' Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?' Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikansyurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...' Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh men empuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: 'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ' Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan..... .' Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan.... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S..W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

Thursday, August 13, 2009

berjiwakah aku....

salamun alaik..

bbrp mggu lps pn ct saleha ada cite kisah anaknya yg xbrapa sehat.. dua tiga hari lps mkn asyik muntah jer..then anak dia smpi lembik2 trus..kisahnya bermula pabila dia menghantar anaknya ke hospital serdang... mmg pada tika tu ramai orang menunggu...

pn ct menyambung lg.. lama dia menunggu.. sampai anaknya x tahan trus muntah jer atas lantai dpn orang ramai..mmg kesian mendengar..then staff or sape2 yg berkenaan skdr tgk jer.. pn ct ckp mmg time tu ramai orang tp kesian la kat budak tu sbb dah smpi lembik...

last2 pn ct bwk anak dia g hospital an-nur.. stop di situ saja crita dia..agaknya selesai la kot..

tapi kesimpulan yg dia buat..."tgk ea skrg ni mus, sekarang nilai kemanusiaan orang mcm dah xda..smpi tahap cmtu skali ttp dipeduli, mcm skrg kita tgk cikgu2 la..ngajar skdr ngajar utk ckp syarat dpt gaji..ckp thn naik gred n so on smpi pencen..orang skrg bekerja mcm dah xda jiwa sebagai manusia...kerja ikut buku jer..."

then aku terfikir..betul jgak kan...di mana2 saja skrg...even aku sendiri selalu memikir cmne nak survive...pedulikan la orang lain...biarlah orang lain xdpt asalkan aku dpt..biarlah orang kalah asalkan aku menang....jadinya wujudlah orang yg lebih percaya pada anjing, pada kucing, pada harmster, n sebagainya dan bukan kepada abg, kepada adik, kepada kakak, kepada ayah n mak, kepada rakan dll....

begitu lah kan..

moga ada manfaat kpd yg membaca..

sekian wassalam..

Sunday, August 2, 2009

the real friend.

butterflies dont know wat colour their flying wings are but human eyes know how nice it is..

Likewise u dont know how nice u r but i know hw sweet u r...


(all of sudden i realize true frends is doing the best they can for their frends although it will cost the frendship....tq)

today i'm getting older...

today is my 24th birthday
for the first time
there are group of frends waiting
and also the person i appreciate the most
for that moment
although the celebration is quite awkward
and a bit painful
but i talk to meself
i have to be happy

thanks guys
...
thanks CMXians...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...